Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Apam Beras Gebu Mudah Senang
January 20, 2012September 14, 2023

Apam Beras . Gebus nyerrr Mekar cantik lak tu …

Apam beras juga dikenali sebagai kuih apam, adalah sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia dan negara-negara serantau. Apam beras adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras sebagai bahan utamanya. Tepung beras ini dicampur dengan gula, air, dan bahan lain seperti santan atau ragi. Cara pembuatan Apam beras gebu mudah ada teknik nya. Jom ketahui lebih lanjut cara buat apam beras gebu mudah ini

Isi Kandungan hide
1 Pertama kali buat Apam Beras Gebu
2 Apam Beras Gebu Mudah Senang
3 Tips apam beras gebu mekar cantik
4 Apam Beras
5 Related posts:
6 Dessert paling best buat juadah berbuka puasa /iftar. Heavenly Milo Oreo Jelly. Rugi tak cuba.....
7 JUADAH BERBUKA PUASA : Dessert paling senang > PUDING SUSU KIWI
8 Pergghhhh... Sedap! Resipi Udang Galah Masak Diraja
9 Resepi Kek Pisang Comel Gebu Paling Mudah Tapi Sedap

Apam beras  memerlukan proses pembuatan pencampuran bahan-bahan nya sehingga menjadi adunan yang licin dan lembut. Biasanya, adunan ini perlu dibiarkan fermentasi ( perap ) selama beberapa jam atau semalam sebelum dimasak.

Pertama kali buat Apam Beras Gebu

Baru-baru ni buat pertama kalinya  Nina mencuba buat Apam Beras. Ya ampun… Sedapnya!
Terasa kelembutan toing toingg apam beras ni. Gebu gabas lagi! Aawww

Resepi ni Nina ambil dari kak Ita Masam Manis. Alhamdulillah beberapa resepi beliau semuanya menjadi dan menepati selera tekak Nina. Thanks a lot Kak Ita, minta halal Nina share kat sini yea dan sebagai rujukan Nina akan datang.

Apam Beras Gebu Mudah Senang

Apam Beras Gebu Mudah Senang

Sumber : Kak Azlita Masam Manis
Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

“DO IT YOURSELF”

1-  Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2-  Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3-  Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4-  Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
5-  Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
6-  Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7-  Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

resepi apam mekar gebu

Yang ini apam mekar namanya. Ada sikit kelainan bahan dan rasanya. Tekstur Apam mekar sedikit padat berbanding apam beras. Resepi Apam Mekar

Tips apam beras gebu mekar cantik 

Korang harus pastikan api pengukus besar. Kalau kecik apam ni tak akan mekar kembang cantik gini. Ingat tau..!! Api besar kalau nak mekar nya besar .

Apam Beras

  • Bahan Utama: Apam beras adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras sebagai bahan utamanya. Tepung beras ini dicampur dengan gula, air, dan bahan lain seperti santan atau ragi.
  • Proses Pembuatan: Proses pembuatan apam beras melibatkan pencampuran bahan-bahan tersebut sehingga menjadi adunan yang licin dan lembut. Biasanya, adunan ini perlu dibiarkan fermentasi selama beberapa jam atau semalam sebelum dimasak.
  • Pengembangan: Apam beras mengandungi agen pengembang seperti soda bikarbonat atau ragi yang membantu dalam proses pengembangan. Ketika dimasak, apam akan mengembang dan menjadi lembut serta berlubang di tengah.

  • Pilihan Rasa: Terdapat pelbagai variasi rasa apam beras. Beberapa jenis yang popular termasuk apam beras asli yang mempunyai rasa manis semulajadi, apam beras pandan yang mempunyai aroma pandan, dan apam beras gula melaka yang disajikan dengan gula melaka cair.

  • Cara Memasak: Apam beras biasanya dimasak dalam dulang kukus. Dulang tersebut dipanaskan terlebih dahulu, dan adunan apam dituangkan ke dalamnya. Proses kukusan akan membuatkan apam mekar dan merekah.
  • Hidangan Tradisional: Apam beras adalah hidangan yang sangat popular semasa perayaan-perayaan dan majlis-majlis istimewa di Malaysia. Ia sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau snek manis.

  • Tekstur dan Rasa: Apam beras mempunyai tekstur yang lembut dan berlubang di tengahnya. Ia mempunyai rasa manis yang lembut dan boleh disajikan dengan pelbagai jenis bahan seperti kelapa parut, gula melaka, atau krim kelapa.

  • Hidangan Warisan: Apam beras adalah hidangan warisan yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Ia mempunyai tempat istimewa dalam kebudayaan makanan Malaysia.

RESEPI APAM PISANG MUDAH GEBU SUKATAN CAWAN

Apam beras adalah sejenis kuih yang lazat dan beraroma yang merupakan sebahagian daripada menu yang kerap dihidangkan dalam pelbagai acara istimewa dan perayaan. Selain Apam Beras, Nina cadangkan korang cuba Resepi Apam Pisang ni . Sesuai juga dijadikan menu tambahan untuk sebarang majlis atau jamuan potluck atau jamuan sekolah anak. Buatnya mudah dan kos pun tak besar.  Apam pisang ni sedap!

 

Related posts:

Dessert paling best buat juadah berbuka puasa /iftar. Heavenly Milo Oreo Jelly. Rugi tak cuba.....

JUADAH BERBUKA PUASA : Dessert paling senang > PUDING SUSU KIWI

Pergghhhh... Sedap! Resipi Udang Galah Masak Diraja

Resepi Kek Pisang Comel Gebu Paling Mudah Tapi Sedap

Lifestyle Resepi Tips Apam BerasKuih Muih Warisan Kitamenu minum petangresepi mudahresipi ringkasSarapantips Apam Mekar cantikTips dan Petua

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (5)

  1. Anonymous says:
    October 1, 2012 at 4:11 pm

    salam kak… TQ sb share byk resepi best2 y membuatkan sy skrg dah rajin ke dapur ha3
    utk resepi ni, sy nk tnye blh ke klo kita nak perapkan adunan tu utk 1 mlm? pg esk baru kukus..ade effect x? TQ

    Reply
  2. Nina Mirza says:
    October 1, 2012 at 8:34 pm

    Wa'alaikumussalam,

    sama-sama 🙂
    Alhamdulillah, sekarang dah rajin ke dapur yea?
    Tentu dah cuba macam2 resepi kann.. kak Nina tumpang happy mendengarnya~~
    Actually, Kak Nina pun masih banyak yang kena pelajari lagi so kita
    belajar sama-sama lah yea… hehehe..

    Untuk resepi apam beras nie, secara jujurnya kak Nina tak pasti samada boleh perap sampai 1 malam atau tak. Bukan apa, kalau terlalu lama perap,
    takut nanti yis tuu akan mati. Tapi, kalau dalam peti ais kak Nina tak sure laaa… belum pernah cuba 🙂

    Anyway, jutaan terima kasih kerna sudi singgah dan mencuba resepi kak Nina. Jangan jemu yea… singgah lah selalu ;p

    Take care

    Reply
  3. Anonymous says:
    October 2, 2012 at 11:21 am

    ooo..patut lah sy dah cube y perap 1 mlm semalam last2 pg td kukus xjadi gebu..mendap je..tu lah padah nye klo pandai2 ubah resepi akak hahaha.. xpe nnti sy try lg.. TQ akak..

    fb link -> Yam Hussain (mariam_terengganu@yahoo.com.my)

    Reply
  4. Nina Mirza says:
    October 2, 2012 at 3:21 pm

    Alahai …. kesiannyer~
    tak per, jangan putus asa. Nanti free2 cuba lagi.
    Kak Nina juga tak semuanya menjadi, pernah juga ada yang tak jadi.
    Kak Nina faham sangat rasa kecewa tuu….
    Pengalaman adalah sifu yang terbaik untuk kita
    lagi pula praktis make perfect 🙂

    Reply
  5. zulfa says:
    October 11, 2016 at 9:18 am

    Nina…lama dah tak buat apam ni…tadi terpandang nasi sejuk teringat pulak apam sedap nih…hehhehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes