Sebut je coklat ramai sukakannya! Takde sapa yang mampu menolak andai diberikan sepotong coklat terutama kanak-kanak. Apa saja berasaskan coklat pasti menjadi rebutan. Paling digemari tentu aja Kek Coklat. Tapi tahu tak Apam Coklat Moist tak kurang hebatnya sebab Resepi Apam Coklat Moist antara resepi yang paling legend, diajar di sekolah zaman MakMak kita sekolah dulu. Haa.. tau tak?
Rasa apam coklat moist lebih kurang je macam kek coklat moist cumanya apam lebih comel. simple, sebab apam takde topping dan teknik masak apam ni ianya dikukus. Kedua-dua nya mempunyai kesedapan yang sama!
Ini kek coklat. Sebiji besar, nak hidang kena potong-potong. Sikit leceh laa jugak berbanding apam dah siap sedia kecik comel so mudah dihidangkan.
APAM
Apam merupakan menu popular dijadikan hidangan pencuci mulut di majlis keramaian atau sebarang kenduri-kendara, potluck, jamuan sekolah dan macam-macam acara lain. Sebab nya kuih tradisional ni lebih comel dan ringkas dihidangkan.
Nina kongsikan resipi sukatan cawan yang mudah. Tak perlu mixer, pakai blender je. Kalau korang nak pakai senduk je pun boleh, janji semua bahan diadun rata semuanya. Mudah kan? Jom tengok resepi nya
RESEPI APAM COKLAT MOIST SUKATAN CAWAN MUDAH
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air
1bj telur
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
Cara-caranya
- Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
- Mix kesemua bahan-bahan menggunakan blender jer . Kalau tak nak pakai blender, pakai senduk pun boleh. No hal janji semua bahan diadun rata kesemuanya.
- Setelah itu, masukkan acuan ke dalam acuan lompang atau loyang yang disapu minyak sedikit.
- Kukus hingga masak lebih kurang 10 – 15 minit.
- Mudahkan dan cepat jer kann…!!
Selain Apam Coklat Moist, Apam Pisang juga antara menu pilihan dijadikan menu tambahan untuk sebarang majlis keramaian. Nina kongsikan Resepi Apam Pisang ni untuk korang. Apam pisang ni sedap!
TIPS apam pisang cantik ada urat-urat – lepas lenyekkan pisang, korang biarkan seketika adunan dalam 15-30 minit. Nanti terjadi lah hitam-hitam sikit tu , kemudian baru lah adun bersama tepung dan bahan lain.