As’salamualaikum dan Salam Sejahtera.. Setelah 10 hari kita menunaikan ibadah puasa pasti pelbagai resepi korang dah digeledah, terjah, selongkar kann…?? Nak tanya ni… korang selongkar dapur kengkawan tuu cari resepi ada kemas balik tak? Ker tinggal gitu aje! Jangan laa gitu, dah singgah cari resepi tuu, kemas semula sekurangnya tinggalkan jejak dan komen kat tuan rumah. Sebagai tanda korang hargai tuan rumah kasi intai resepi dia.. hehe . . . Resepi Fish And Chips Mudah
DOA RAMADHAN HARI KE-10
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ
Allâhummaj ‘alnî fîhi minal mutawakkilîn ‘alaika waj’alnî fîhi minal fâizîn ladaika waj’alnî fîhi minal muqarrabîn ilaika biiîhsânika yâ ghâyatat thâlibîn
Ertinya :
“Ya Allah! Mohon jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU, dengan kebaikan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon”
Kali ni Nina kongsikan menu ala Western plak. Sekali sekala kann nak gak jadi omputeh. Hakikatnya idok ler putih mana pun. Berangan ajer kann… hehehe . . . Tak per, berangan tak kena bayar tax pun! erkk…
Nak buat Fish and Chips ni mudah aje. Kos pun tak mahal mana pun… Tapi kalau makan kat restoran, pastu punya family macam Nina ni, dah punya anak berderet-deret X4 tambah lagi Nina dan MyGang punya. Mmmm…. cer kirakan? Kan kan kann…..??? hehee . . . .
Berbaloi-baloi korang beli bahan dan masak. Boleh makan puas-puas.. Kos bahan pun tak sampai RM20. Tapi kalau makan kat restoran sepinggan dah confirm atas RM10. Kalau pi makan Cafe ala Hipster plak… dah cecah puluh-puloh hingget. Kalau kat Hotel lak…?? Fuuhhh…. Sila lap peluh yang menitik-nitik tuu ya…
Tapi kalau korang Cik’M’ pegi aje makan kat restoran. .. hehe
Nina dah pernah buat resepi Western ni.. Masa tuu Nina buat RESEPI Fish And Chips with Mushroom Black Pepper Sauce .. Kali ni pun sama cuma vege part Nina gantikan ngan coleslow.
Resepi Fish & Chips Mudah
Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4-5 keping isi ikan Dory – Nina beli yang frozeen ajer
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
Serbuk Secukup rasa Maggi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Sampingan
Kentang Goreng – Nina guna ready made ajer then goreng garing dan toskan.
Brokoli – direbus seketika
Coleslaw
Cara-cara
1- Ikan Dory dinyahbekukan.
2- Panaskan kuali dan minyak untuk menggoreng
3- Kesemua bahan disatukan dalam pinggan kecuali telur
4- Telur dipukul rata dengan menggunakan garfu
5- Salut ikan dengan telur lalu golekkan ke atas pinggan yang berisi serbuk tepung pula
6- Goreng dalam minyak sehingga masak. Ala-ala deep fried gitu
7- Setelah masak rata, angkat, toskan dan ketepikan
8- Hidangkan bersama ketang goreng, coleslaw dan brokoli
Coleslaw
Bahan-bahan
1/2 Kobis
1 batang Carrot size kecil
1-2 cawan Mayonnaise
3 sudu besar Gula Halus
1/2 sudu teh Garam (rata)
1/2 sudu besar Cuka
Cara-caranya
1- Kobis dan carrot dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris halus dan dicincang kecil-kecil.
2- Masukkan kobis dan carrot dalam mangkuk besar.
3- Masukkan mayonnaise, gula halus, garam dan cuka ke dalam mangkuk lain dan kacau rata kesemuanya sampai betul-betul sebati.
4- Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk besar yang berisi kobis dan carrot tadi. Gaul rata sehingga betul-betul rata.
5- Setelah itu, simpan coleslaw dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais. Sebaiknya selepas 6jam baru lah coloslaw sedappp dimakan. Sebab lebih sebati antara satu sama lain dan rasa lebih berkrim dan smooth. Tapi …. kalau dah tak sabar – belasah ajer laaaa…. Nina simpan semalaman.
Hehehe . . .
Pppssttt >>>> mengikut pengalaman Nina, coleslaw nie boleh tahan lebih 4-5 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti ais.
Selamat mencuba!
Ahaa…!! Kalau korang tak suka jadi omputeh, kot-kot nak jadi ala Habibi Ya Maulana korang boleh cuba masakan ala Timur Tengah Resepi Nasi Arab mudah .. Ini pun senang aje bikin. Yelah, kot-kot korang verangan berada kat sana lak kannn….?? hehee . . .
Apa pun selera kita, tekak kita… Samada Western, Malaysian, Chinesse style, Mamak Style atau Gangnam Style… erkkk!! Kita tetap hamba Allah..
Salam Ramadhan buat semua…
sedapnyerr..western gitu..
ermm..sdapnya..:)
Mmg murah lg buat sendiri.. ss suka lamb chop
rajin betul Nina memasak.. pasti puas hatikan dapat menikmati hidangan berbuka puasa hasil air tangan sendiri..
wahh boleh cuba ni.. tq kak Nina..