Seronok anak-anak di Kidzania Go Quill City Mall Kuala Lumpur
Hari tu masa cuti sekolah yang lepas kannn Nina ada cerita nak bawak anak-anak Nina ke Kidzania Go Quill City Mall KL. Bila dah kasitau ngan anak-anak, depa ni teruja bagai nak rak. Setiap hari dok tanya soalan yang sama selagi tak pegi. Adududuhhhh… Fening mama..!!
Maka hari yang di janjikan pun tiba. Sabtu lepas Nina bawak lah depa ni pi sana. Awal pagi sebelum jam 9:30am kami dah sampai kat Quill City Mall. Staff Kidzania masih sibuk set up kelengkapan game.
Kat sini ala ‘Mini Kidzania’ so keluasaannya tidak lah sebesar yang gempak kat sebelah Ikea Damansara tu. Tapi yang ni ada 8 game! Banyak gak laaa kann….
Masa promosi cuti sekolah hari kann… Korang hanya perlu berbelanja sebanyak RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet di Quill City Mall Kuala Lumpur, korang boleh redeem 1 tiket Kidzania Go secara percuma. Yes FREE..!! Menarik kann??
Kat sini ada 8 stesen menarik menanti anak-anak korang :
✅ Sharp Air Quality Control
✅ Scott’s Research Lab
✅ Mc Donald’s Fitness Centre
✅ Magic Studio
✅ TV Studio
✅ Volvo – Stop, Look and Wave
✅ Court House
✅ Recyling Centre
.
Jom Nina share kan apa game yang anak-anak Nina explore.
Stesen 1 : Volvo – Stop, Look and Wave
Stesen pertama, kanak-kanak diberi pendedahan akan keselamatan di jalan raya. Tentang peraturan yang harus dipatuhi . Contohnya berhenti, melambai, tengok kiri, kanan. Aktiviti gini memberi kesedaran dan pendedahan buat anak-anak tentang pentingnya keselamatan semasa di jalan raya. Bagus!
Stesen 2 : Court House
Kengkonon dalam mahkamah gitu. Dekat sini, kanak-kanak diberi kad sorang satu untuk di baca. Tengok tu Eilman jadi hakim. Amboi …
Stesen 3 : Sharp Air Quality Control
Stesen ni menerangkan tentang kualiti udara dan cara-cara utk tenangi permasalah ini. tahap kualiti IPU yang sepatutnya diterangkan. Kanak-kanak didedahkan cara-cara nak turunkan pencemaran udara.
Stesen 4 : Mc Donald’s Fitness Centre
Ahaa… kat sini kanak-kanak kena tulis nama kat atas sijil, pas tu beratur dan masing-masing di ukur tinggi dan berat. Simple jer… Selesai aje, dapat laa jadi certified trainer di Mc Donals’s Fitness Centre. Hahaa.. Mama pun nak laaa
Stesen 5 : Magic Studio
Kat sini nampaknya Eilhan seronok enjoy! Ada silap mata. Kanak-kanak paling seronok bab magic trick gini. Sel otak terus berhubung. Dok citer benda ni pun sampai 3-4 hari tak sudah! Hahaa . . .
Stesen 6: Scott’s Research Lab
Kanak-kanak sedia maklum dengan Scott ni kann…?? Mak Pak suka bagi kat anak-anak as supplement tambahan. Rasa pun sedap. Kat sini derang ajar cara buat gummies. Ala-ala saintis gitu. Dah siap keje as saintis, dapat laaa upah sorang satu sebiji vitamin scott. Suka anak-anak!
Stesen 7 : TV Studio
Entertainment ni perlukan daya keyakinan tinggi kanak-kanak untuk berinteraksi dengan public. Yang suka berangan jadi pelakon ke, pengacara ke, director, ahli musik, Lawyer, doktor, Eh… Terdialog P.Ramlee lak. Hahaa… Ok, yang minat teruja sebab ada real equipment gitu. Dapat berpeluang rasai pengalaman yang belum pernah rasa.
Stesen 8 : Recyling Centre
Last stesen, perihal kitar semula. Bagus! Kanak-kanak dibahagikan beberapa kumpulanm pastu derang kena cari guni yang di isi dengan barang-barang kitar yang boleh di kitar semula. Kiranya kena teamwork sambil mengetahui tentang barangan yang boleh dikitar semula demi menjaga alam sekitar bumi yang kita diami ini.
Baru dapat masuk yang mini pun anak-anak dah seronok. Tak sabar nak bawak derang pi yang besar lak. Kidzania Kuala Lumpur yang berdekatan dengan IKEA Damansara tu…
Info lebih lanjut korang intai-intai laaa kat
Web : www.quillcitymall.com
IG : www.instagram.com/quillcitymallkl
Web Kidzania : https://www.kidzania.com.my/
Facebook Kidzania : https://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur
Best yer kak nina bawa anak2 datang sini. Macam2 game juga ada, menarik. Huda pun teringin nak bawa anak2 ke kidzania yang kat damansara tu.
bagus utk anak anak teroka dunia sebenar.