Ketam
Seafood favorite ramai. Cuma agak mahal bila tak de musim. Hurmm… Musim pun mahal gak! Hahaha… Resipi Shell Out Sedap Sambal Bercili Ketam Menangis
Biasanya bila shell out, menu utama semestinya ada ketam. Baru syiokkkk kann?
Bagaimana nak tahu ketam segar fresh
Ketam yang sedap semestinya yang fresh. Isi nya masih utuh. Contohnya, bila kita pecahkan kaki, isi tak hancur dan senang terasing dari kaki. Kiranya isi tak melekat kat kulit nya.
Selain tuu, ketam segar tak de bau hanyir. Kalau dah bau tu, sorry laaa… Ketam tu dah lama!
Ketam baru depa tak berikat-ikat kat kakinya. Alaaa… Kalau korang tengok
kat pasar, ada tuu depa ikat getah kat kaki supaya kaki ketam tuu tak terkulai layu di tasik madu. Yang tu selalunya dah tak segar. Ketam yang masih sado kaki tangan badan tuuu InsyaAllah masih fresh!
Ok, dok citer pasal ketam, Nina nak share Resipi Shell Out Sedap Sambal Ketam Menangis. Hurmm… Korang mesti nak tau awat sambal ketam menangis kannn??
Pass korang dah masak ikut resipi Nina ni, gerenti korang nangis sebab ketam tak cukup! Atau koramg terletak lebih cili padi. Atau nasi tak cukup. Sila standby masak lebih ehh… Berapa banyak atau daaaa.. Hahaa saje komersialkan nama ketam tu
Ok, jom nengok resipi nya. Diharap korang tak nangis nengok sambal ketam Nina ni… Sila telan ayaq liuq. Macam kejam ker ayat tu… Maaf laa sekali sekala gurau ngan korang 🙂
Resipi Shell Out Sedap Sambal Bercili Ketam Menangis
Bahan-bahannya :
4 ekor ketam [cuci bersih, buang bahagian yang tidak perlu dan toskan]
2 batang serai
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
Garam dan gula [secukup rasa]
1 pokok daun ketumbar [dihiris]
Bahan kisar :
15 tangkai cili kering [rendam dan kisar]
4-5 biji cili padi [ nak nangis lagi buh laa segenggam]
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc halia
sedikit belacan [ikut suka nak letak ke tak nak]
Cara Penyediaannya
1- Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan pecah minyak
2- Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan serai, sos cili dan sos tiram. Masak hingga kuah pekat
3- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
4- Masukkan ketam dan biarkan hingga ketam masak
5- Taburkan hirisan daun ketumbar
6- Tutup api dan hidangkan
Sedap weyyy makan panas-panas. Nak nak buh style shell out gitu. Gerenti menangis tak cukup ketam dan sambal. Atau korang terletak lebih cili padi. Hehe. . .
nampak pun,sudah tau tahap kesedapan tahap mana.Kuah dia cantik kaler tu.. emmm.. nyumnyum..terimakasih kaknina..Memang teringin nak buat sendiri,harini baru jumpa resipi
Ina… Nanti cuba eh… Pastu bagi feed back. Nak tau, nangis ke idok? Hahaa
hehehe
menangis sebab pedas sangat tu
memang menangis la kalau macam ni akak kejammmmmmm saya peminat tegar ketam tau huhuuuu eh lama dah nak buat shellout kat umah tapi apakan daya lakiku tak gemar seafood huhuuuu
Ketam ni macam all time expensive je ha3 dah la kalau cuma makan satu ekor tak puas
perghhh..kak nina bg resipi sampai nak rasa meleleh air liuq
sedap. baru lepas hilang kempunan makan ketam. mak mentua bawak balik dari Qatar baru2 ni
sedapnyerr…tp mmg menangisla klo buh cili tu bebanyak kann…haha
Agak keliru bila baca tajuk. Menangis kerana harganya atau kesedapan nikmat tidak terkata. 🙂
Ni resepi kak ita masam manis kan. Just tmbah cili padi n sos tiram je bezanya awak buat.
Salam Riz,
Laaaa iyer ke? tak perasan lak ada persamaan. Kebetulan kot. Kita memang masak gini selalu tuk menu ketam.
Tetiba rasa bangga kita awakk sebab tak sangka style masak² nina ada iras-iras kak Ita. makaseh inform kita ♥