Asalnya macam tak de apa nak cakap eh! Tulis Eh! Type. Haaa.. Baru betul. Pastu…. Macam vongok lak rasa. Ker memang kita ni vongok. 😭😭
Paling tidak sharing ini melegakan kecamuk bila terluah kannnnn. Sikit laaaa sila setuju!
Pepatah melayu dok kata
“Janganlah jadi seperti lilin, yang menerangi orang lain namun tanpa sedar ia membakar diri sendiri…”
TAPI
Omputeh pulak dok kata
“A candle loses nothing by lighting another candle!”
Korang pilih yang mana? .
Jawapan yang korang pilih ada simboliknya… Jeng jeng jenggggg 🙊🙊🙊
Lilin ni sinonim dengan petatah melayu. Konon menerangi orang lain tapi membakar diri laaa, merana laaa, berkorban demi kebahagiaan orang lain. Korang percaya?! Sila jangan vongok sangat boleh??!!
Namun, ini lah silapnya. Korang tau tak reversed psychology mampu ubah persepsi sesuatu falsampah atau lebih tepat permasalahan. Bukankah lebih molek kita ambil positif nya.
Nak diluah tak punya daya
Ku cari di mana kekuatan
Tak terluah namun apakan daya
Sememangnya aku tak berdaya lagi
Lemah longlai langkah ini
Tiada arah tiada kompas
Ku cari cahaya
Nantikan mentari di ufuk timur
Ku lari laju laju lajuuuuu
Ingin ku kejar masa mentari itu
Lilin yang ada setia menemani
Walau cahaya nya suram dalam kegelapan
Namun cukup menerangi kehitaman ini
Lalu aku tertanya
Kenapa tunggu mentari?
Kesempatan yang belum pasti!
Nina Mirza
18.07.2018
Korang setuju tak?
Eermmm…. Ker sepatah haram pun korang tak faham? Eerrk…. Sorry laa ya, makaseh laaa korang dah bazir masa singgah ter baca luahan Nina yang merapu entah apa-apa.
Korang, doakan tuk Nina… Andai kan mentari yang Nina nanti kan entah bila munculnya tu datang bersama pelangi yaa. .. Moga ribut taufan cepat pergi dan tak kembali lagi. Aamiin. .. Kita dah nak tenggelam kelemasan dah ni.. Ada yang tau CPR? Alaaaa… Pm tong gas laaa better kot. 😂
semoga urusan nina dipermudahkan, …semoga allah meringankan segala beban rasa yang nina sedang hadapi
semoga urusan dipermudahkan.
tapi kecik tak berapa nak faham . hahaha.
tapi antara dua dua quote tu, kecik pilih pepatah melayu. sebab dah biasa dengan quote yang itu. walaupun ada yang kata ‘kenapa nak kena bekorban kebahagiaan sendiri demi kepentingan orang lain?’
bagi kecik, pengorbanan tu nilainya sama dengan kebahagiaan kita sendiri. kebahagiaan yang orang lain tak nampak. sebab orang asik nampak yang kita ni asik bekorban untuk orang.
tanpa kita sedar, kalau kita sabar dengan situasi yang kita lalui sepanjang ‘mengorbakan diri’ ada ganjaran yang lebih besar menanti