As’salam ….
Buat apa tuu? Mengelamun ehh …. tak baik tau mengelamun banyak nanti keje tak jalan. Rugi masa terbuang begitu sahaja. Nantikan, sedar-sedar satu apa pun tak buat lagi. Macammana ?? Siapa yang susah… Diri sendiri juga 🙁
Tapikan dolu-dolu Nina punya satu habit yang susah nak buang. Malu pula nak bilang. Hik hik hik ~~~
Nina nie kuat sangat ‘berangan’. Ngeh ngeh ngeh ~~~~ . . . .
Pada mulanya Nina pun tak perasan. Alkisah sahabat baik Nina yang perasankan habit Nina nie. Dia selalu sergah Nina semasa Nina berangan. Sambil tersenyum simpul sendiri-sendiri sambil kerja tak jalan. ( lamunan ku terhenti … Oh Tidakkkkk..)
Akhirnya, habit tu lelama hilang dengan sendirinya.
Alhamdulillah…. Terima Kasih Sahabat.
Yelah kan …. bukannya bagus pun selalu mengelamun, berangan entah apa-apa.. Tapikan, Nina punya berangan sambil bercita-cita.
Chewahhhh …… sempat lagi nak puji diri sendiri … Hehehe . . .
Hari nie Nina nak share resepi dari salah seorang teman dari facebook. Orangnya manis, baik hati dan jujur. Insan yang bernama NORA DANY HARRY. Ada satu hari di waktu petang, dia post lah gambar Donut buatan hasil air tangannya bersama resepi yang simple dan mudah. Gebu jerrrr rasanya. Dari dok beli jer kan… buat sendiri pula…. Jom kita sesama tengok resepinya.
p/s : Nora, Kak Nina copy & paste kat sini yea. Untuk rujukan kak Nina kemudian hari dan untuk dikongsi buat yang lain-lain.
sumber dan resepi : Nora Dany Harry
Bahan-bahan :
1. 500g tepung gandum
2. 50 g butter/margerin
3. 2 sudu gula
4. 1/2 sudu kecil garam
5. 1 peket mauripan / dry yeast
6. 1 biji telur (pukul sebentar)
7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Bahan-bahan :
1. 500g tepung gandum
2. 50 g butter/margerin
3. 2 sudu gula
4. 1/2 sudu kecil garam
5. 1 peket mauripan / dry yeast
6. 1 biji telur (pukul sebentar)
7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Cara-caranya
1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10minit (bahan kacau)
2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.
6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.
Note :. Resipi yang simple dan mudah tapi sangat puashati bila kita sendiri membuatnya.
Selamat mencuba…
Eh eh …… Eilman nie. Mama sibuk2 ambil gambar donut dia pula main donut buat posing.
Nanti dia, nanti dia ……. bababb dia~~~ Hehee