RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT!

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT!

Selalu terjadi kann asal nak masak je buntu apa nak masak? Bila dah keluarkan bahan lagi buntu + stress nak masak apa.  Memang gini dugaan Mak Mak. Kalau tukang masak lagi senang sebab hanya masak apa yang orang order. Kalau Mak Mak ni kena fikir menu masakan yang seisi keluarga suka makan dan paling penting juadah nya habis licin tiada pembaziran.

Surirumah kann Domestic Manager! Atau  MOTHER  = Manager Of The House
Bukan mudah weyhh task keje Domestic Manager ni. Kena multitask gitu kann? Lagi mencabar bilamana kita pernah bekerjaya kemudian jadi surirumah. Ada fasa kita perlu bangkit dari rasa down yang bukan mudah untuk diceritakan. Okies tutup story InsyaAllah ada rezeki Nina share fasa tuu

Masak menu yang simple cepat mudah

Cerita pasal menu harian yang selalu kesuntukan masa, Nina biasanya akan masak yang simple, mudah dan cepat disediakan. Tak done nak dok lelama kat dapur. Manager kann, banyak urusan lain yang perlu Nina pantau. Blog ni pun antara tugasan yang perlu selit dalam list of the day.

Nina share kan antara Tips pilih ayam segar Ayam masak apa sedap . Yelah ayam merupakan bahan asas masak yang anak-anak suka. So korang boleh lah intai Resipi Ayam yang mudah cepat yang selalu Nina masak ehh..

Hari ni Nina share style Nina masak Ayam Masak Kicap Jalen. Sempoi bak anggg!
Kuahnya ala-ala masakan kat restoran , catering , kenduri gitu. Cuba laaa

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT

RESEPI AYAM MASAK KICAP JALEN MUDAH SANGAT

Bahan-bahan
Ayam potong kecik , cuci bersih salut serbuk kunyit dan garam.
Goreng separuh masak. Nina masuk dalam air fryer dalam 30 minit suhu 180

Bahan kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cili Merah (kalau nak pedas boleh lah tambah cili padi)

Serai – ketuk je
Rempah 4 bff (kayu manis, bunga cengkih, pelaga, bunga lawang)
Air
Kicap Jalen Lemak Manis
Garam gula secukup rasa

Cara Masak Resepi Ayam Masak Kicap Jalen

1.  Memuala sediakan ayam dulu. Cuci bersih salut serbuk kunyit dan garam.
Nina goreng dalam air fryer je suhu 180 dalam 30 minit
2. Panaskan minyak, masukkan 4 rempah BFF, pastu masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak .
3. Pastu masukkan air sikit dari lebihan kat bekas blender tadi. Kata orang tua-tua, tips  ini lah buat sedap masakan. Kita follow jer laa… Bukan memudaratkan pun kann?
4. Kemudian tuangkan Kicap Jalen Lemak Manis. Ikut lah banyak mana nak letak. Agak-agak gitu. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan ayam. kacau kasi ayam sebati mesra dengan kuah. Serikan dengan tomato, cili hijau dan bawang merah potong baji. Taste Nina cili hijau ni sangat membantu kasi kuah masak kicap kita rasa lebih sedap. Mana yang tak pernah try boleh lah cuba. Dan lagi warna hijau tuu menaikkan seri masak kicap.
6. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Tapi kekadang datang sikit malas, Nina tak de nak blend bagai. Hiris-hiris je semua, tumis pastu tuang kicap.
Kalau lagi besau Cik M, Nina goreng gitu je pastu renjis je dengan kicap. Settel! HAhaaa

Selain tu korang pun boleh try Ayam Masak Kicap Bersantan . Sedap jugak! Rekemen to try

Related Post
Kuey Teow Goreng Bodo … Paling senang sedap!
Resipi Kuey Teow Goreng Bodo Paling Senang Sedap

Kuey teow goreng bodo paling senang tapi sedap Holla ... Dah agak lama aaaa Nina tak share resipi kann? Ok, Read more

Resipi Biskut Raya Mudah Wajib Cuba! Samperit Susu
Resipi Biskut Raya Dahlia Samperit Susu Mudah Sedap Wajib Cuba Buat

Biskut Raya apa favorite korang? Kalau biskut Raya tradisional Nina paling suka Biskut Samperit atau ada gak yang panggil Biskut Dahlia. Read more

Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak
Cara Buat Puding Milo Oreo

Seronoknya Cuti Sekolah Cuti sekolah ni paling sibuk dah tentu surirumah. Stress weyhh . . .! Haru hara rumah di Read more

Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau
Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau

Ayam bermacam ayam.. Telur sebiji riuh sekampung.. Eh! Ternyanyi lak. HAhaa Resipi Cara Masak Ayam Masak Lemak Hijau Selalu ayam Read more

3 Comments
  • Saidila Abdul Rahman
    Posted at 22:01h, 14 February Reply

    My faveret ni ayam masak kicap and kalau masak ai mesti pakai kicap Jalen jugak. Rasa lagi sedap dan lengkap. Tak perlu letak banyak2 garam dan gula.

  • fatihahfazlin
    Posted at 09:30h, 21 February Reply

    Sedapnya. Lama dah tak ,makan ayam masak kicap ni.

  • Azhafizah MN
    Posted at 23:05h, 04 April Reply

    Menyelerakan betul ayam masak kicap kak nina. Memang mudah sangat masaknya. Sedap pun sedap!

Post A Comment