Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0
March 5, 2018March 11, 2018

Ohhh … Jatuh cinta dengan Tshirt muslimah Hana Tajuddin

Tshirt Muslimah

Isi Kandungan hide
1 Tshirt Muslimah
1.1 Susah nau nak jumpa Tshirt Muslimah yang lawa dan selesa
1.2 Eh! Lawa plak design Tshirt Muslimah ni … Simple & Stylo seyhh!
1.3 Jatuh cinta dengan Hana tajuddin Basic Tee 2.0
1.4 HANA TAJUDDIN Basic Tee 2.0 Tshirt Muslimah
1.5 Apa yang best sangat dengan Hana Tajuddin
1.6 HANA TAJUDDIN ada butik !
1.6.1 Butik HANA TAJUDDIN C 23-1 Jalan Serai Wangi L/16L Sek 16 Alam Avenue 2 40200 Shah Alam Selangor Tel : 03-55240841
1.6.2 Waktu Perniagaan Dibuka SETIAP HARI dari jam 9.00 pagi -6.00 petang
1.6.3 Web : http://hanatajuddin.com.my/ Facebook : https://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/ Instagram : https://www.instagram.com/hanatajuddin/
1.7 Related posts:

Bagi Nina pakaian paling sempoi selesa tuk di pakai ke mana-mana adalah Tshirt Muslimah. Kain yang lembut, serap peluh, santai di pakai, bebas bergerak untuk apa jua aktiviti terutama sekali bila bersama anak-anak. Mak mak tentu setuju ngan Nina kann…??

Kalau korang perasan, di acara kasual kebiasannya bila Nina ke mana-mana, korang akan nampak Nina dok pakai Tshirt KBBA9 jer.. Sebabnya selesa! Dann … Nina ada bannykkk helai tau tshirt KBBA9 ni. Lebih 5 helai kot untuk design yang sama. Kesian dok ulang itu aje!  Hahaha . . .

Susah nau nak jumpa Tshirt Muslimah yang lawa dan selesa

Bukan apa, Nina dok perati tshirt yang ada kat pasaraan tuuu biasa-biasa jer. Tak de apa yang menarik pun. Kadang tu kainnya nipis, pastu jarang laaa, terpaksa pakai inner pastu lak nanti panas! Haishhh… Tak selesa. Harga pula tak berpadanan dengan kualiti. Pembeli harus bijak kann? Atau, Ok mengaku cerewet. . Hahaa . . .

Akhirnya dari susah payah nak belek-belek usha usha Tshirt yang ada kat pasaran tu, senang citer tak payah fikir extra – Nina pakai Tshirt KBBA9 jer. Lagi pun selesa! So itu jer laaa Nina dok ulang pakai. Hehehe .. .

Eh! Lawa plak design Tshirt Muslimah ni … Simple & Stylo seyhh!

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0

Hari tu Nina dok usha belek-belek kat IG Hana Tajuddin, sekali tengok Tshirt Muslimah ni macam cantik jer… macam lawa jer … macam menarik jerrr pilihan warna dia! Aduh .. Korang jangan laaa pi tengok IG dia. Bukan apa, kesian kat mata korang nanti. Terbeliak-beliak dibuatnya. Hahaaa . . .

Jatuh cinta dengan Hana tajuddin Basic Tee 2.0

Dalam banyak-banyak pilihan yang dok lalu depan mata, paling Nina tertarik kat Basic Tee 2.0 Hana Tajuddin. Aduyai … Sempoi seyh! Pilihan warna dia lak … semua cecantik. Rambang mata tak tau nak pilih yang mana satu. Akhirnya setelah puas paling dadu nak buat pilihan warna, Nina pilih Emerald Green.

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0

Amacam… Ada gaya ala-ala model Tshirt Muslimah tak? tak sangka lawa gak sekali sekala bila Nina bergaya gitu. Ok perasan. Hahaa … Eh! Jangan laaa tenung lelama, blushing pink pipi ni dibuatnya. Rasa nak menyorok bawah katil jer gamaknya. Huhuuu

HANA TAJUDDIN Basic Tee 2.0 Tshirt Muslimah

Nina terpaksa akui Tshirt Muslimah Basic Tee hana Tahuddin ni memang best! Jarang tau Nina nak sukakan sesuatu barang. Maklum lah Nina ni cerewet sikit banyak orangnya.   Kalau korang dah cuba, gerenti korang pun setuju ngan Nina. Senang citer, Nina ringkaskan tuk korang.

Apa yang best sangat dengan Hana Tajuddin

1- Tidak payah iron lansung, pas dah cuci terus gantung. Jimat masa!
2- Material kain yang serap peluh. Selesa bak angg…
3- Kain yang lembut, boleh stretch, cantik jer terletak kat badan kita. Kain yang sikit  tebal, tak panas pun pakai. Paling best tak melekat kat badan. Idok lerrr nampak lelemak yang ada kat  badan.  Hahaa . . .
4- Labuh menutup pinggul, cutting menutup aurat. Gaya muslimah gitu tapi tetap stylo seyhh… Lawa!
5- Sesuai di pakai pelbagai occasion – semi kasual, outing, riadah santai mahupun bersukan.
6- Pilihan warna yang menarik! Rambang mata,  semua pun cantik trendy. Sesuai untuk Tshirt Family Day
7- Design yang sesuai tuk semua peringkat usia.
8- Harga mampu beli.

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0

Macam Nina ni ada baby kannn… Kadang tu tak selesa bila baby dok tarik-tarik baju kita kannn..?? Habis senget benget herot berot baju dibuatnya. Dengan Hana Tajuddin selesa sangat. Bila baby main tarik-tarik baju pun tak perlu risau dengan material dia. Boleh stretch! Best kann..??

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0

HANA TAJUDDIN ada butik !

Selalunya jual online ni payah nak nampak butik depa kann…?? Semua nya di alam maya gitu. Tapi >>> Tidak pada Hana Tajuddin. Korang nak tengok sendiri material, nak rasa sendiri kesedapan kelembutan kain baju dia, nak cuba sendiri size yang ada, korang pi laaa Butik Hana Tajuddin.

Butik HANA TAJUDDIN
C 23-1 Jalan Serai Wangi L/16L
Sek 16 Alam Avenue 2
40200 Shah Alam Selangor
Tel : 03-55240841
Waktu Perniagaan
Dibuka SETIAP HARI dari jam 9.00 pagi -6.00 petang

Hana Tajuddin Tshirt Muslimah Labuh Basic Tee 2.0

Web : http://hanatajuddin.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
Instagram : https://www.instagram.com/hanatajuddin/

Ok daaa… Selamat ber shopping!

 

Related posts:

Hotel Bajet Murah BEST! RIDEL BOUTIQUE HOTEL di Wakaf Che Yeh Kelantan 
Makan mana BEST Sedap area Sentul KL Selangor? Restoran ZK AL-Azmi Garden menepati citarasa
Kerana bipolar dan dendam! Sinopsis Drama SURI KATRIANA ASTRO
Resepi Kari Ikan Patin... Sedap ker?
Lifestyle Review Tips 0 Hana TajuddinBaju OnlineBasic Tee 2Basic Tee Hana TajuddinButik HANA TAJUDDINHANA TAJUDDINOnline ShoppingTshirt Family DayTshirt LabuhTshirt Muslimah

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (11)

  1. IQ aka Izyan Balqis says:
    March 5, 2018 at 9:35 am

    best baju tshirt muslimah hana tajuddin ni. selesa sangat nak pakai.

    pss: cantik lahai kak nina pakai baju ni, ala2 model daahhh

    Reply
  2. Shazillahsani says:
    March 5, 2018 at 11:51 am

    Wahhh.. Canti yer warna hijau ni… Hihihi

    Reply
  3. azni says:
    March 5, 2018 at 12:01 pm

    cantik jugak kaler nih kan

    Reply
  4. Hans says:
    March 5, 2018 at 1:47 pm

    bagus tshirt nih
    sesuai dan nampak selesa untuk muslimah

    Reply
  5. Fulvico says:
    March 5, 2018 at 6:46 pm

    Bukannya senang nak cari T-Shirt yang Muslim Compliance dan selesa macam ni. Cantik pulak tu…Bestnya!!!

    Reply
  6. Mama Kembar Tiga says:
    March 5, 2018 at 7:26 pm

    Lawa sangat color emerald green ni

    Reply
  7. huda says:
    March 5, 2018 at 8:26 pm

    best la tshirt hana tajuddin. ada rezeki lebih nnt nak beli la..

    Reply
  8. mas saari says:
    March 5, 2018 at 11:28 pm

    Tak perlu iron tu yang best, senang kita ada anak kecik ni.

    Reply
  9. Doing says:
    March 16, 2018 at 12:47 am

    Thanks Denzil hope to see you again soon!buy viagra online

    Reply
  10. BOAKGP says:
    March 20, 2018 at 1:02 am

    Thank you so much for the prayer it means a lot.

    Reply
  11. robux generator says:
    June 1, 2018 at 6:37 pm

    Hey friends Thanks for this amazing info.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes