Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Tisu Lembap Wet Tissue Antibakteria AIKEN
March 4, 2018March 4, 2018

Terkini di pasaran | Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Wet Tissue | Tisu Lembap

Isi Kandungan hide
1 Wet Tissue | Tisu Lembap
2 Terkini | Tisu Lembap Antibakteria AIKEN
3 Tisu Lembap Antibakteria AIKEN
4 Tisu Lembap Antibakteria AIKEN – Perlindungan Ekstra
5 Tisu Lembap Antibakteria AIKEN – Pelembapan Ekstra
6 Harga
7 Related posts:
8 Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Aktiviti hari ke-2 - Lebih Havoc, Hapenning lagi Peninggg.....
9 Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..
10 Telur Dadar Berinti
11 Kat CLINIC WESTERN | 'ubat' tuk penggemar western food murah tapi sedap

Hurmm … Tentu dalam handbag mak mak punya stok wet tissue kann…?? Yelah yang ada anak kecik gerenti ada. Tisu lembap sangat membantu di kala anak comot makan , nak lap muka tangan anak, tangan kita. Tak lupa boleh remove make up.  Betul kann..??

Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.

Tisu Lembap Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Terkini | Tisu Lembap Antibakteria AIKEN

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken.

Tisu Lembap Antibakteria AIKEN

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

 

Tisu Lembap Antibakteria AIKEN – Perlindungan Ekstra

Tisu Lembap Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

Tisu Lembap Antibakteria AIKEN – Pelembapan Ekstra

Tisu Lembap Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut.

Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Wet Tissue Antibakteria AIKEN

Harga

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Tak susah pun nak bersih , bebas dari kuman bakteria! Jom bersihkan tangan . . .

Related posts:

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari : Aktiviti hari ke-2 - Lebih Havoc, Hapenning lagi Peninggg.....

Lega batuk dah baik! Berkesan petua minum air rebusan Daun..

Telur Dadar Berinti

Kat CLINIC WESTERN | 'ubat' tuk penggemar western food murah tapi sedap

Lifestyle Parenting Review Tips InfoInfo - kesihatanInfo - ParentingInfo - SemasaTisu Lembap Antibakteria AIKENTisu Lembap Antibakteria AIKEN – Pelembapan EkstraTisu Lembap Antibakteria AIKEN – Perlindungan EkstraWet Tissue Antibacterial AIKEN

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Hans says:
    March 4, 2018 at 10:54 pm

    nak kena beli nih
    apa2 nanti senang

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    March 6, 2018 at 7:50 am

    I kat lap dapur pun guna wet tissue, senang coz tak payah nak basahkan kain bagi. Cuma tak pernah guna Aiken ja, pasni boleh laa try.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes