Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 9, 2011January 11, 2016

Tom Yam Seafood HomeMade…. Wallaaaa . .!!!

As’salam Semua ….
Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad, moga-moga kita diberi rahmat dan kemuliaan dihari Jumaat ini. Amin …..

Sedekah kan juga buat yang telah tiada….


Alkisah, semalam Nina ke rumah sepupu Nina “Nurhayati Harun”. Yati bagi Nina merasa sipi-sipi kuah Tom Yam nya  …. Fuuhhh !!! Meletop ~~~  Nina pun tanya lah resepinya. Cerita punya cerita, rupa-rupanya Yati tak pakai langsung perencah Tom Yam yang ready made. Rasanya memang macam dan serupa ala-ala kat kedai Tom Yam. Sungguh tak sangka ~~~~ sebab Nina dah cuba beberapa jenis perencah Tom Yam segera dan amat mendukacitakan apabila dah siap. Semuanya serba tak kena kat tekak Nina sekeluarga. Ada ajer yang kurang 🙁
Jom kita intai-intai resepi Tom Yam Seafood Yati nie… Nina masak nie main campak-campak ajerr so tak der sukatan yang tepat. rasanya agak-agak laaa, janji masam dan pedasnya seimbang ngan tekak masing-masing. hehehee . . . .

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?
3 Akhirnya berjaya! Tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional ...
4 Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....
5 Telur Mata Masak Masam Manis





Tom Yam Seafood Homemade
Bahan-bahan
300g isi ayam (kat peti ais Nina ada part peha jerr, belasah ajerrrr)
500g udang sederhana size
500g sotong – Nina potong bulat-bulat
8 ulas bawang putih – diketuk ajerrr
8 biji tomato – potong dadu
3 sudu besar cili blend – kalau nak pedas lagi buh cili api
1 litter air
minyak untuk menumis
5 batang serai – dititik
daun limau purut
sedikit lengkuas
2 biji perahan limau nipis
2 sudu besar tomato sos  (Nina tambah sendiri)
1 sudu besar serbuk chicken stok (Nina tambah sendiri)
garam secukup rasa


sayur-sayuran
1 batang carrot – Nina potong bulat-bulat
beberapa baby corn
bunga kobis
cendawan tiram


hiasan
tomato belah empat
bawang besar potong separuh bulat


Cara-caranya

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan tomato yang telah dipotong dadu.
  • Apabila tomato dah layu dan hancur, masukkan cili blend masak hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, kacau rata
  • masukkan air, masak hingga mendidih, 
  • Masukkan serai dan lengkuas
  • Biarkan sehingga ayam empuk
  • Setelah ayam empuk, masukkan sayur-sayuran bersama daun limau purut
  • Masukkan perahan limau nipis, sos tomato, serbuk chicken stok, garam. Seimbangkan rasa masamnya  mengikut citarasa masing-masing
  • Masukkan Udang & Sotong serta bahan hiasan. Lalu tutup api. Kacau rata.
  • Sedia dihidangkan ~~~




Selamat mencuba !!!













Related posts:

Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?

Akhirnya berjaya! Tips buat Lontong Daun Pisang Tradisional ...

Rawatan muka di MBH MEDISPA Wangsa Maju terbaik! Bukan sekadar rawatan muka ....

Telur Mata Masak Masam Manis

Lifestyle Seafood

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes