Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

July 15, 2011January 11, 2016

Ayam Ponteh Taucu

As’salam buat semua …..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 My Western Breakfast ... Heavy & Healthy , Simple & Easy
3 Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS
4 Salam Aidilfitri 2014
5 MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE
Masa berlalu begitu pantas. Sedar2 dah JUMAAT. Penghulu segala hari. 
Ada sesuatu yang terbuku dihati ingin Nina diluahkan …. Kadang kala bila Nina mengadap FaceBook terasa kebosanan yang amat sangat melanda diri Nina. Bukan apa, mostly cerita yang di ungkaikan umpama gosip2 yang boleh menambah dosa apabila kita membacanya. Dok cerita pasal org itu, org ini … org itu begitu, org ini begini. Isu yang diperkatakan juga membosankan. Ada sesetengah pihak tu , seolah-olah tiada sensiviti, kesedaran sivik terharap masyarakat sekeliling. Mengata, bercerita, bergosip dan sebagainya …. 
Entah laaa …. Lantak depa laaa….. 
Lagipun memang dunia internet nie dunia tanpa sempadan, tanpa hadnya.  
FB Nina link ngan berita semasa, lagi lah bosan. Dok asyik cerita benda yang sama. 
Bosan Bosan Bosan !!!
Hrrrmmmm …… nak buat macammana yea, payah untuk dihindarkan kerana kadang kala kita akan terbaca juga. Contohnya Berita Semasa, kalau tak baca nanti ketinggalan zaman pulak kan?? Dalam erti kata lain, JAHAT sungguh jari jemari bila berkata-kata … bukan mulut ajer macam zaman dolu-doluu … hehhee ….
Moga-moga dijauhkan Nina dari benda2 diatas. Insya’Allah, amin ….
Eh!! Dok melalut pulak Nina hari nie …… hehee ……
Ok, tukar topik pula ….. Hari nie Nina masak  Ayam. Resipi Nina ambil dari majalah RASA. Edisi February 2010 nie byk menu masakan Cina Muslim. Memang kesukaan Nina masakan Cina. Tapi kalau Nina yang masak gerenti Nina akan tambah sikit apa yang patut untuk sesuaikan dengan tekak. Masakan Cina nie selalunya memang tak pedas langsung so Nina akan tambah black paper. Baru ada ummphhh !!!!
Sorry yea chef ~~~ 




Ayam Ponteh Taucu
Bahan-bahan
200g ayam – dipotong
20g kentang – dipotong
50g bawang merah – dikisar
1 sudu makan taucu – dikisar
100g bawang putih – dikisar
2 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kicap pekat
Bahan perasa secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis 


Cara memasak

  • Panaskan minyak dalam kuali Tumis bawang merah, bawang putih & taucu hingga pecah minyak.
  • Selepas itu masukkan sedikit air, kentang, kicap pekat, gula melaka & ayam. Gaul rata & kacau hingga mendidih.
  • Masukkan bahan perasa & garam secukup rasa. Masak hingga kentang & ayam empuk.
  • Angkat & sedia dihidangkan

*** Nina letak bahan perasa tuuu black paper. Baru ummphh !!!



Nina nak kongsi kat sini, apa yang sedap tentang Ayam Ponteh Taucu nie ….. adalah rasa gula melaka nya & taucu. Tanpa kedua2 bahan ini, Ayam Ponteh Taucu tak akan menjadi. Nina suka kuah banyak so kicap pekat tu Nina gandakan. Sedappppppp kuah nya !!!   




Selamat mencuba ~~~











Related posts:

My Western Breakfast ... Heavy & Healthy , Simple & Easy

Jom bantu merealisasikan impian mereka | F1 IN SCHOOL WORLD FINALS

Salam Aidilfitri 2014

MADU SAFFRON IRAN KHASIAT BERGANDA UNTUK KESIHATAN SECAWAN SEHARI JE

Lifestyle Ayam

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes