Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 6, 2011November 10, 2016

Telur Mata Masak Masam Manis

Apa khabar hari nie? Harapnya sihat walafiat dan sihat sejahtera hendaknya. Bagaimana mood hari nie ….. ada baik atau kurenggg? Tak mau lah mood kureenggg gitu, tak baik untuk minda, persekitaran dan pergaulan. Telur Mata Masak Masam Manis

Apakata, cuba berdiri tegak tarik nafas dalam-dalam lalu hembus perlahan-lahan. Buat beberapa kali. Setkan dalam minda untuk kekal cergas, segar dan berfikiran positif hari ini. Selepas tu, jika belum ada apa-apa perancangan untuk hari ini, buat To-Do-List (senaraikan apa yang hendak dilakukan untuk hari ini) agar perjalanan hari ini terancang, teratur dan moga berjalan dengan lancar. Insya’Allah dengan niat yang baik akan dikabulkan. Amin . . . . 

Isi Kandungan hide
1 Telur Mata Masak Masam Manis
2 Related posts:

Ok, hari nie Nina nak kongsikan menu 2fast 2furious  pilihan Nina. Ini antara menu Nina jika keadaan terdesak lagi mendesak.  Nak cepat, ringkas lah tuuu…. hehehe

Ini juga antara menu kegemaran Hubby Nina. Kadang-kadang tu, bila Nina buntu nak masak apa Nina akan call dan tanya apa menu yang bermain diminda dia. Selalunya menu Telur Mata Masak Masam Manis antara menu yang selalu dibisikkan ditalian.

Senangkan, bila bertanya ….. Atleast tak der laaa Nina yang sorang-sorang pening dok fikir apa nak masak untuk makan bersama nanti. Anak-anak pun suka. Nina lagi lah suka sebab menu nie amatlah mudah dan cepat. Bahan asas nya pun telur jerrr … Tapikan, telur kuningnya haruslah separuh  masak. Baru terangkat !!!
Telur Mata Masak Masam Manis menu ringkas cepat mudah

Telur Mata Masak Masam Manis

Bahan-Bahan
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inch halia
2 cawan air
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan gula
garam secukup rasa
1 1/2 cawan mix vege
sedikit minyak untuk menumis
 
Cara-cara
  • Telur ayam digoreng style mata kerbau lalu diasingkan
  •  Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus.
  • Panaskan minyak, tumis kesemua bahan yang dihiris
  • Setelah kekuninggan, masukkan air masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan sos tomato kacau rata, masak hingga mendidih lagi.
  • Masukkan mix vege, biar masak sebentar.
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa seimbangkan rasa masam manisnya
  • Susun telur yang telah digoreng tadi atas pinggan
  • Tuangkan sos masam manis ke atas telur 
  • Sedia dihidangkan….


Selamat ber ” 2fast 2furious” . hehehe . . . 
 
 

Related posts:

Allahu.. Betul lah! Tak susah pun menjemput rezeki datang. Amalkan ..
Resepi Bubur Lambuk Bonda | menu wajib tiap kali Ramadan Resepi Rahsia Arwah Makcik tersayang
Trending Drama CUKUP DERITA ITU. Hebat lakonan Ruhainies!
Amboi ... Udang tuuu banyak dan besar! Ahaa.. Ini namanya Mee Goreng Udang Selambak! Hahaa..
Lifestyle Resepi Masam ManisMenu Ringkasresepi mudahresipiTelurTelur Mata Masak Masam Manis

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes