Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 5, 2011February 22, 2016

Ikan Talapia Kukus Carba Marba Nina

As’salam …..
Apa khabar semua? sihat …. harapnya sihat walafiat semuanya disamping keluarga, sahabat handai tersayang. Amin …..
Eh Eh ….. !!! Ada yang bertanya, “ada ker yang sayang”….. Insya’Allah pasti semua orang ada orang yang menyayangi kita seadanya. Percaya lah…. (nyanyi sikit lagu Datuk Siti Nurhaliza  .. hehehe . . .)

Nina nak share satu madah yg selalu memberi inspirasi buat Nina  : : : : 
Honestly, I don’t have time to hate people who hate me, because I’m too busy loving people who love me.
Moral of the story, lantak laaa jika ada orang yang tak sayang, tak suka, benci mahupun tak mahu berkawan ngan kita. Usah memberatkan fikiran memikirkannya  kerna sebaiknya kita menghargai saat indah bersama yang menyayanyi kita. Lagi pun tak der faedahnya fikirkan perkara-perkara yang akan menjatuhkan kita malah akan mematahkan semangat kita. Sentiasa berfikiran positif. Fikir yang baik-baik ajerrr ….. Ok ??? :))
Melalut la plak Nina memalam gini. Emosi jap …. hehehe . . . .


Ermmm … hari nie Nina nak share satu resepi yang paling simple, cepat lagi mudah. Main campak-campak ajer. Nina nie memang semuanya nak senang, cepat lagi ringkas. Apa bahan  yang ada kat rumah Nina campak jerr dalam masakan. Buat makan-makan sendiri, janji berkhasiat, menyelerakan, sedap dan mengenyangkan. Bahan-bahannya pun Nina main hiris-hiris ajerr, sedap nyerrr rasa masa makan gigit bawang, halia, daun limau purut dan serai. Asam gelugor tuuu Nina tak gigit ehhh …. tak kuasa uuu ~~~ masam. Hehehe . . . 
Resepi nie memang berkhasiat dan bagus untuk kaum-kaum yang menjaga kesihatan. Maklumlaa sekarang kebanyakkan dari kita punya penyakit yang dipanggil “Pakej Penyakit 3in1”. 
Semua ada …..
So, lebih baik mencegah daripada mengubati. 🙂





Ikan Talapia Kukus Carca Marba Nina
Bahan-bahan
2 ekor Ikan Talapia sederhana size
2 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 inch halia (lagi banyak lagi sedapppp)
beberapa biji cili kering (kalau nak lebih pedas letaklah cili padi)
3 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk stok ayam
beberapa helai daun limau purut
setitik dua minyak bijan
sedikit air (untuk kuah)


Cara-cara

  • Ikan dibersihkan sebersih-bersihnya. Nina rendam dalam air tepung seketika lalu dibilas bersih-bersih lagi lalu ditoskan.
  • Kesemua bahan dihiris halus-halus lalu dilumur pada ikan tersebut.
  • Kemudian ditabur serbuk stok ayam, asam gelugor, beberapa titik minyak bijan.
  • Ikan dikukus selama 10-15 minit
  • Sedia dihidangkan.
  • Sedap dimakan panas-panas bersama nasi panas!!

Selamat mengukus ~~~















Related posts:

Resipi SAMBAL KUAH KACANG SATE AYAM - Ya Ampunn... Sedapnya!
TIPS Resipi Donut Gebu Lembut sampai besok! Bahan rahsia wajib ada . . .
Bihun Sup ajer laaa yea
Resipi Kuih Kaswi Sedap Lembut Sukatan Cawan. Gerenti jadi!
Lifestyle Resepi IkanIkan Talapia Kukus Carca MarbaLauk PaukreseipiResepiresepi mudah

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes