As’salam buat semua …..
Lama sungguh Nina tak bersiaran. Rindu pula rasanya . Heheheee . . . ..
Kemana lah agaknya Nina menghilang ehhh ….. Bertapa agaknya, tekaan antara kawan-kawan Nina. Ada-ada ajerrr mereka kan …?? Buat makluman semua, Nina sekeluarga pergi Holiday (dalam Malaysia ajerrr yang mampu) Cuti-Cuti Malaysia sempena cuti sekolah dan public holiday. Nina sekeluarga bercuti di Bukit Gambang Resort City & Water Park, Pahang. Stay kat Caribbean Suites. Dalam hotel apartment tuu ada 3bilik 2 bilik air. Walaupun sekadar dalam Malaysia dan serba sederhana, apa yang penting kami semua ENJOY dan FUN!!
Syukur Alhamdulillah . . . .. Jika di izinkan, Nina akan kembali lagi ~~~
Beberapa hari nie Nina agak sibuk dirumah, maklumlaaa baru balik dari bercuti. Selalunya selepas balik dari bercuti pasti Nina akan istiharkan satu hari “Laundry Day”. Hahahaaa . . . .
Ada-ada ajerrr Nina nie kan …. sampai hari mencuci pakaian pun nak istihar.
Hehehe . . . (memang banyak punn nak dibereskan)
Tak seberapa entry yang nak Nina kongsikan bersama hari nie sekadar resepi ulangan. Orange Cake Blend – Itupun Nina buat sebelum bercuti. Buat bekalan makan-makan disana. Boleh laaa untuk kudap-kudapan. Untuk resepi boleh refer SINI yea ….
Ini antara pictures Nina bercuti di Gambang, Pahang. Jom cuci mata ~~~~
|
Aduhaiii …..punya lah panjang parking, maklumlah cuti sekolah!
Hah…!! Nampak tak? Punya lah panjang Q nak beli tiket. Tapi tengok plak tang harganya,
Dewasa = RM21.90
Kanak-kanak = RM14.90
Murah kann…?? Memang berbaloi-baloi~ 😉
|
|
Ramainyer pengunjung ~~~ SINI paling BEST & FUN!! Dimana saja ada air bak air hujan.
Stand by~~~ One . . two . . . Debussshhhhh …. !!!
|
|
Buai laju-lajuuuu sampai pokok sena . . . . Seronoknyerr Eilman, ada buaian dalam air, Ggggggrrrrrrr …. terketar-ketar sejukkk :))
nie part gelongsor tuk kanak-kanak. Gerenti anak-anak suka! cuz cer tengok, bapak budak pun sukaaaa….. hehee
|
|
Yang nie tuk dewasa ::::: ala-ala Superman . “HAPENING” (harus cuba ….!!!!)
Kat sini pun ada pantai buatan manusia. ‘Cocoa Beach’ – Pasirnya halus….. boleh jer kalau nak buat istana pasir. Kat depan sikit ada kawasan yang berombak ala-ala kat lautan gitu. Melambung-lambung kita dibuatnya dipukul ombak. Best…!!
Malamnya pula, kami semua gi makan Seafood kat ‘Ana Ikan Bakar Petai’… Perjalanan dari Gambang ke Ana Ikan Bakar Petai lebih kurang 45 minit. Disarankan datang awal – magrib jer kat sana (surau disediakan) sebab kat sana memang full house. Ramaiiii….!!! Dan harganya pula berpatutan .. Popular Ana Ikan Bakar Petai nie kat sana, harus cuba tau~
|
|
Eilyana ….. buat apa sorang-sorang kat sana tuuuu Swimming Pool kat Bukit Gambang Resort City -BEST !!
kat pool nie pun boleh buat massage tau! Tekanan air dari batu pool tuu memang ala-ala massage . Best! Try laaa…
Amboi amboii~~ abahnya pun terlebih seronok! Hahaha ….
|
Smile !!!
Amacam, tengok gambar-gambar Nina?? Hehehe . . . .
Sejujurnya memang best dan enjoy sepanjang berada si Bukit Gambang Water Park & Resort City, Pahang. Paling seronok tentunya anak-anak dan paling tidak kurang “kita lahh” hik hik hikkk . . . .
Kalau tak percaya, sila lah ke sana dan nikmati dan alami keseronokkannya yang tersendiri 😀
Selamat bercuti ~~~
|
|