Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

June 14, 2019March 5, 2023

Dashcam kereta penting sebab

Dashcam kereta penting sebab rakaman dashcam boleh dijadikan bukti, saksi bagaimana kemalangan terjadi. Kadang ada langgar lari dan kes lain-lain. Setuju?

Isi Kandungan hide
1 Dashcam kereta penting sebab
2 Mahal Dashcam kereta ?
3 Related posts:

Baru baru ni dok viral satu video kemalangan yang disengajakan oleh pejalan kaki. Dengan sengaja dia merempuh kereta yang sedang berhenti kat tepi jalan. Ngeri tengok video tu… Selamba dia hentakkan eh campakkan diri nya atas bonet kereta. Pastu siap ugut pemandu kereta minta wang pampasan.

Bila empunya kereta tak keluar dari kereta, dia semakin marah. Ditumbuk lak bonet kereta. Haduhh… Dah tak pasal kereta kemek lak. Risau kalau dibuatnya cermin kereta pecah retak seribu ke apa ke kannn? Tak pasal je.
Mujur pemandu segera call polis dan empunya kereta ada bukti bukan dia yang melanggar orang tersebut. Sebab ada nya rakaman dash cam empunya kereta.

Cermin kereta pecah retak berderai tiba-tiba

Dashcam kereta penting sebab

Pengalaman Nina lak baru baru ni hampir terjadinya kemalangan. Nina berada kat laluan keluar simpang dan jalan nya naik bukit. Manakala pemandu motor nak masuk simpang laluan Nina.

Pemandu motor turun bukit dah makan laluan Nina. Panik! Kelam kabut kena tekan break. Dan motor tu sempat mengelak kena kereta Nina belok ke laluan nya sebelah kanan.

Mujur Nina memang selalu pandu perlahan kawasan tu sebab dah banyak kali pemandu yang makan jalan laluan kita bila mereka masuk simpang turun bukit.

Walaupun tak de sebarang kemalangan tapi trauma. Kalau laaa Nina tak break tadi acaner? Nina memang di laluan yang betul dan belum sampai simpang yang sepatutnya Nina kena berhenti. Ia yang masuk laluan kita tetiba jer ada depan kereta! Pemandu moto tu dengan tak pakai helmet, anak dalam bakul. Nauzubillah….

Sejak kejadian tu, Geng pasangkan Dashcam kereta untuk kereta Nina. Makaseh Abang… Muuahhhh!!

Dashcam kereta penting sebab

Mahal Dashcam kereta ?

Harga Dashcam kereta idok lerr mahal mana pun, kita punya mur mur jerr… Geng beli jer online je kat shopee. Ada pelbagai harga dashcam kereta terbaik ada dipasaran. Paling bagus beli lah dashcam kereta depan belakang. Harga dashcam bergantung pada jenama, spec, kualiti video.

Yang murah murah tuu ada tak sampai RM50 pun. Pembeli yang bijak beli laaa time depa sale kaw kaw! Yang harga lebih RM50 ke ratus-ratus dan mahal pun ada. Bezanya yang bagus dan mahal lebih jelas gambarnya. Sila tepuk poket sendiri ehh

Walaupun perjalanan Nina seharian hanya hantar jemput anak sekolah. Kadang tu pi Giant . Semuanya dekat-dekat. Tak lebih 2km. Tapi malang tak berbau kan… Setidaknya andai apa-apa terjadi, kejadian sebenar ada buktinya.

Bukan tu aje, kadang adanya kejadian ragut semasa dia traffic light kita boleh bantu pihak berkuasa dengan bukti rakaman dari Dashcam kereta kita kannn? So nampak kan betapa Dashcam kereta penting !
Moga kita dijauhkan dari segala musibah kecelakaan hendaknya. Aamiin..

Oh ya, saja nak share ngan korang. CARPUT bateri kereta online yang sentiasa ada tatkala korang kecemasan. Contact je derang!

Related posts:

Dah kenapa sedap sangat Biskut Milo ChaKiss ni.. ? Viral dahh
Percutian last minute buat anak-anak kat Kuala Terengganu
Kisah Sebiji Kurma
Teh Misai Kucing Apotec! Oooo... Baru ku tahu rupanya banyak manfaat dan kebaikan nya. Minum TEH pas...
Lifestyle Parenting Tips Dash Cam CarDashcam keretadashcam kereta depan belakangDashcam kereta shopeedashcam kereta terbaikharga dashcamharga dashcam keretaInfo - Semasakepentingan dashcamkeselamatanvideo cameraviral

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Farah Waheda Wahid says:
    June 14, 2019 at 2:32 pm

    Fa sendiri ada pasang…Penting kot…Terutamanya bagi pemandu-pemandu wanita yang selalu memandu bersendirian berhad.

    Reply
  2. Car Rental In Alor Setar says:
    July 6, 2019 at 2:32 am

    Yup.. dash cam memang penting.. malang tidak berbau..

    Reply
  3. Neol Naan says:
    August 24, 2022 at 7:10 pm

    This is amazing thanks for sharing this blog I become fan of your blogs now. This blog is so interesting and informative.

    Reply
  4. Pingback: CARPUT BATERI KERETA ONLINE MUDAH CEPAT PANTAS MURAH

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes