Baru-baru ni masa nak dekat Raya dok viral pasal William yang baik hati bagi duit Raya pada despatch GrabFood . Bila tengok berita ni, tengok lak muka William yang dok diperkata tuu “Oooooo…. Nina kenal William ni, dia memang baik hati, pemurah, peramah. Dia ni owner Kedai Spek Murah yang pernah gak Viral awal tahun lepas. “
Buat yang follow page facebook EYE PRO VISION Sungei Wang korang tentu pernah tahu masa Gong Xi Fa Chai yang lepas dia ada bagi angpow pada pelanggan yang buat spek kat kedai dia. Tak kira bangsa dan jumlah nya bukan singgit dua tau, RM500 pun ada yang pernah dapat. Terkejut yang dapat tu… Rezeki!
Hari ni anak-anak dah mula bersekolah setelah 2 minggu cuti sakan, Raya sakan. Pasni depa kena fokus sekolah plak, tak lama lagi exam pertengahan tahun lak. Udah udah lerrr main sokmo yea anak-anak..
Baru – baru ni Kakak dok ngadu pandangan dia agak kabur bila cikgu tulis kat white board kat depan. Alahai sayang… Tanda-tanda rabun tu.. Maklumlah Mak Pak dah memang pakai spek, maka bersiap sedia anak pun akan ada rabunnya jugak.
Spek Raya untuk Kakak
Ianya satu keperluan, maka Nina bawak Eillya ke kedai spek yang Nina buat spek murah last year. Nina amat berpuashati buat spek kat sini. Kedai Spek Murah Viral – EYE PRO VISION Sungei Wang
Sesampai jer kat sini ….
Fuuhhhh … Ramai nya orang!
Nina sedia maklum Kedai Spek Murah ni dah lama Viral dan sememangnya selalu ramai dan tak sangka laaa cuti Raya pun ramai! Haishh … Depa ni tak balik kampung ker? HAhaa..
Pilih punya pilih …. mana yang cun dan sesuai tuk Kakak Eillya?
Dok chat ngan abahnya, akhirnya abah dia pilih yang ni… ok kann?
Kemudian setelah dah settel pilih frame yang berkenan di hati baru laaa check power mata Eillya. Padan laa dia dok citer apa teacher tulis kat whiteboard kat depan tak nampak jelas. Mata dia ada silau dan rabun pun ada.
1 jam siap!
Paling best buat spek kat sini, siap cepat! Nina dan Eillya sempat jengjalan Watsons jer… Makan pun tak sempat. Tapi tau jer laaa fomfuan bila masuk drugstore kannn… 5 jam pun tak pe! HAhaa..
Harga
Alahai … Amat berpatutan dan kualiti tip top! Harga promosi hanya RM65 jer untuk frame sekali multicoated lens. Pastu Nina tambah lagi RM60 untuk lens Alpha Blue 420 sebab dulu Nina buat lens Alpha so untuk lens anak Nina pun buatkan jugak. Total hanya RM125 ajer … Terbaik laaa kannn?
Kelebihan lens Alpha Blue 420
1. Khas untuk silau malam (lampu LED kenderaan)
2. Bagus untuk pelajar atau sesapa yang kerap guna komputer, smart phone atau laptop.
3. 100% block sinar biru dan ultra ungu (UV420)
4. Tahan lasak
5. Tidak mudah pecah
6. Kalis air
7. Kalis calar
8. Harga berpatutan mampu milik oleh ramai pengguna
Ikutkan kena tambah RM250 untuk lens Alpha Blue 420 ni, sebab Kedai Eye Pro Vision ni tengah Promo Raya maka lepas diskaun hanya tambah RM60. Rugi laaa tak grab peluang ni kannn?
Spek murah? Cari William kat EYE PRO VISION
Promo masih tengah ada lagi ni… Kot korang nak buat spek ker, pi laaa Kedai William ni. Recommended !
ni laaa William nya. Kita sibuk beraya dia pun sama dengan Baju Melayu nya. Korang jangan risau, dia fasih sangat berbahasa Melayu. Style dia pun macam Melayu cuma muka dia jer ala-ala K-Pop Korea gitu. HEhee…
Kat mana EYE PRO VISION Kedai Spek Murah William ni?
Korang pi Sungei Wang, naik eskelator kat tingkat 1 korang akan nampak Famous Amos yang biskut wangi semerbak tu… Belah kanan nampak kedai emas TOMEI, pandang terus ke depan > > > > >
zasssss! Korang akan nampak EYE PRO VISION. Terus masuk dalam pilih laaaa frame pilihan hati. Pelanggan biasanya memang ramai, jangan buang masa tau. Pilih frame, check power mata dan tunggu 1 jam Siap!.
Ramainya orang.
Rawlins dah pergi ke Sungei Wang.
Dah macam berlawan-lawan dah kedai cermin mata kat situ buat promosi.
Sudahnya Rawlins hilang fokus dan terbeli 2 pasang, makcik beli 2 pasang dan adik beli 2 pasang gak. Hahaha
Bagusnya William ni..pemurah betul ek orangnya. Murah la buat spek kat tempat dia. Moga dengan kemurahan hati beliau dapat membantu ramai lg golongan yg memerlukan spek tp agak kurang berkemampuan
cantik anak kak nina pakai spek baru
Wah bestnya macam nak pergi jugak, sayang jauh hehe.. Saya ni pulak dari form 1 entah dah berapa pasang cermin mata bertukar-tukar. Alhamdulillah sekarang setakat ni masih kekal dah 2tahun cuma haritu upgrade untuk cermin nya!
Rugi pulak tak tahu awal pasal kedai spek ni. Baru je buat spek kat Aeon hari tu. Next time boleh ke sini.
Cantik frame sebegini. hehe. Semoga ia kekal dengan pemilik nya. selamat hari raya ya
Murah rezeki dia sebab suka bersedekah. I pun nak try la buat spec kat sini nanti. Masa baca kisah grabfood rider Tu terharu betul I. Rezeki datang tak Kira bangsa. So…moral of the story sharing is caring. If u wanna gain something don’t be stingy to others.
Biar betul harga lens tu murah macam tu. Saya punya cermin mata pun x dapat harga macam tu. Kalau berkunjung ke sana blh lah nak buat satu lagi cermin mata ni. Trima kasih kongsi info..
Ada baca kisah viral tu tak sangka pula William yang dimaksudkan tokey kedai cermin mata yang viral tuh. Kalau dekat memang saya buat spek kat kedai Willam ni tapi tuhlah jauh lah pulak dengan rumah. Kalua dekat memang dah terjah dah
wahhh tak pernah tahu pulak pasal william owner kedai spek mata ni. Viral sampai masuk dalam surat khabar ea. Memang pemurah sangat la dia, jarang nak tengok kedai spek mata meriah macam tu. Boleh try ke sana nanti sebab harga dia murah.
Ya Allah. Kedai spek dah macam pasar borong Nad tengok. Mesti betul murah tu. Kira bertuah betul kalau dapat angpow yang mahal hehe. Btw, pekerja kedai spek tu sorang muka dia macma Yoo Jae Suk lah hahah.
dah viral habis si william ni erk..hehehe..cantik kakak pakai spek baru tu…dekat sini memng best..nad pun ada stu spek dekat sini..mata silau terus buat spek
Eh boleh tahan murah jugak offer dia tapi bila dah viral ni mesti ramai giler orang dtang buat cermin mata kat situ. Huhuhu
PUAS HATI YANG AMATKAN BUAT SPEK MATA KAT SINI, ONIE TAK BUAT KAT SINI SEBAB RAMAI TIME ONIE PERGI. ONIE P YANG BELAH DALAM SIKIT. MEMANG PUAS HATI DENGAN HARGA DAN SERVIS DORANG TU. RASA NAK BUAT BEBANYAK JE SPEK IKUT TEMA BAJU,HAHAHA