Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

January 25, 2012January 11, 2016

Orange Cake lagi ~~~~ sempena CNY. Hehehe . . .

As’salam dan Good Morning !!

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Oppsss..! Entry terperam.. Happy Birthday to 'My beloved Gang'...Red Velvet Cake ker nie....?? Awat ...
3 JOM KONGSI RAYA BERSAMA ABANG SADO ZUL ARIFFIN DAN SENHENG
4 BANGI WONDERLAND BEST! GATHERING CUTI SEKOLAH HAPPENING
5 Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD Full Episod Akhir Tonton Online
Apa khabar semua? Moga sihat-sihat sejahtera hendaknya. Ramai yang dah mula bekerja hari nie setelah beberapa hari cuti panjang dan rasanya masih ada yang masih sambung cuti ….
Buat yang bekerja tu, ‘Selamat Bekerja, rajin-rajin kerja tau ….!! Hari nie dah hari Rabu so jangan dok nak Monday Bluess ehhh.. Hehee . . .’

Dan yang masih bercuti, ‘Selamat bercuti sakan …… nanti jangan malas nak gi kerja sebab dah lama cutiii ~~~~’


Sempena Gong Xi Fa Chai baru-baru nie, kat rumah Nina punya lah banyak buah Oren. Daripada dok makan macam tu ajer, jemu juga …. Nina buat lah  Orange Cake yang sangat simple tu. Kali nie Nina buh dalam  bekas cupcake. Senang anak-anak nak makan dan cantik! Ini antara Cake kegemaran Nina sebab senang sangat membuatnyer. Banyak kali naaaa dah buat Orange Cake nie. Selalunyer Nina akan add coklat dalam adunan. Click SINI ada contoh Orange Cake yang Nina buat sebelum nie. Kali nie Nina nak rasa original orange sahaja. Sedapp…… !!! Lepas bake terus ngapp. Kesedapan nya tak terkata  sebab kat bahagian luarnya agak garing. Huh!! Tak terkata sedapnya makan panas-panas!! Beruntungnya dapat buat cake sendiri dan makan panas-panas bersama family tercinta. Alhamdulillah, syukur ~~~



Orange Cake
Resipi : Kongsi Resipi (maaf ya tak tahu nama tuan punya resipi)
Sumber : Nora Dany Hary

Bahan-bahan
1 biji Oren Sunkist
1 cawan minyak masak
secubit garam
1 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum – di ayak
1 sudu besar baking powder

Cara-cara

  • Buah oren dibersihkan dahulu. Potong, buang biji, kulit & urat putih. 
  • Dipotong kecil2.
  • Masukkan dalam blender bersama minyak masak, gula, telur. Blend hingga halus.
  • Tuang bahan kisar dalam mangkuk, masukkan tepung gandum sikit demi sikit & kacau rata.
  • Bakar suhu 160c selama 40 minit @ hingga masak.
  • Sedia dihidangkan …..

Selamat mencuba !!




Related posts:

Oppsss..! Entry terperam.. Happy Birthday to 'My beloved Gang'...Red Velvet Cake ker nie....?? Awat ...

JOM KONGSI RAYA BERSAMA ABANG SADO ZUL ARIFFIN DAN SENHENG

BANGI WONDERLAND BEST! GATHERING CUTI SEKOLAH HAPPENING

Sinopsis Drama KEKASIH HATI MR BODYGUARD Full Episod Akhir Tonton Online

Lifestyle cakekudap kudapan

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes