Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

October 13, 2011January 11, 2016

Jemput makan – Jemput-jemput ikan bilis

As’salam semua …. apa khabar hari nie? 


Alhamdulillah cuaca panas memanjang semenjak dua menjak nie. Seronok membasuh. Habis segala tuala, cadar, selimut, toto Nina basuh. Tak sampai 2jam jemur dah kering semua jemuran. Jap lagi bab melipat laaaa pula. Hrrmm ….. tu yang cik “M” tuuu …… nak tak nak kena juga lah membereskan apa yang patut. Nina tak berapa suka menyimpan pakaian untuk dilipat menggunung tinggi, bukan apa, nanti dah jadi gunung Everest lagilah cik “M” (malas) bertapa dalam diri. Lagi payah tuuuu …. So, selalunya Nina akan pastikan selepas jemuran kering terus dilipat segera.


Hari nie buat minum petang Nina buat jemput-jemput atau ada yang panggil cucur atau ada juga namakan cekodok. Apa-apa ajer laaaa …. Nina panggil jemput-jemput. 
Selalunya Nina buat jemput-jemput hanya pakai tepung dan air, garam. Ada Nina terbaca dalam satu artikel majalah bahagian petua, untuk sedapkan jemput-jemput letak nasi yang diblend sikit. So, Nina pun mencuba laaaa …. memang sedap dari biasa !!! Tak caya cuba lahh sendiri baru tahu kesedappannyerrr …..

Isi Kandungan hide
1 Related posts:
2 Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!
3 Rupanya selama ni anak rabun jauh!
4 Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
5 Puding Karamel Tanpa Telur Lagii ~~~~~





Jemput-jemput ikan bilis
Bahan-bahan
1 1/2 cawan nasi
1 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung beras (untuk kekal rangup)
2 biji bawang besar – dimayang
1/2 cawan ikan bilis (separuh utk diblend)
sedikit garam
minyak untuk mengoreng


Cara-caranya

  • blend nasi bersama air, masukkan sikit ikan bilis & bawang
  • masukkan tepung gandum dan separuh ikan bilis dalam bekas
  • masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diblend + garam , kacau hingga sebati
  • panaskan minyak untuk menggoreng
  • goreng jemput-jemput nie hingga keperangan dan masak
  • Nina pakai sudu ajerr … suka leper-leper sebab lebih garing.
  • kalau Nina suka yang well done (garing-garing) ala-ala macam nak hangus sikit. Hehee ….
  • makan cecah ngan sos cili ajerr pun dah sedappp …




Selamat menjemput-jemput !!!


Related posts:

Cucur Kentang buat minum petang.... resepi paling mudah!

Rupanya selama ni anak rabun jauh!

Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang

Puding Karamel Tanpa Telur Lagii ~~~~~

Lifestyle Kuih Muih Warisan Kita

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes