Tamat sudah Drama BIDADARI SALJU yang trending di minggu akhir kelmarin. Lakonan pasangan sama cantik sama padan yang memang tengah hangat bercinta. Sejujurnya pada minggu awal drama, memang best! Cukup touching sedih sadis nengok kisah Kyra di zaman sekolahnya. Drama RAHIMAH TANPA RAHIM
Tapi entah kenapa bila Kyra dah dewasa macam tak matching lak perwatakan dan personaliti Sweet Qismina pada watak Kyra. Tak syok laaa tonton. Tu jer.. sebab jalan cerita best , mungkin barisan pelakon yang buat drama ni sikit laaaa kureng.
Overall ok ok laaa… Happy Ending!
Slot Akasia diteruskan dengan drama yang agak hebat mainkan emosi penonton. Jommm baca sinopsis nya dulu
Sinopsis Drama RAHIMAH TANPA RAHIM
Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat).
Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang.
Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi).
Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.
Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya.
Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom Mayer Rokitansky Kuster (MRKH) dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya.
Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.
Mungkin ramai yang tak tahu tentang sindrom Mayer Rokitansky Kuster (MRKH) kerana ianya jarang dibincangkan secara terbuka. Sindrom ini merupakan masalah wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Bagaimanapun, tajuk tersebut dijadikan bahan gurauan pengguna media sosial sehinggakan ada yang memberi komen-komen yang boleh mengguris perasaan seorang wanita.
Apa itu MRKH?
Alang-alang baru tahu pasal penyakit MRKH maka Nina kongsikan sikit tentang penyakit kaum hawa ini. MRKH adalah ‘gangguan’ yang berlaku pada wanita dan terutamanya mempengaruhi sistem pembiakan. Keadaan ini menyebabkan vagina dan rahim tidak berkembang sepenuhnya atau absent (tiada), walaupun alat kelamin (faraj) luarnya normal.
Wanita yang menghidapi keadaan ini kebiasaannya tidak datang haid kerana ‘tiada rahim’. Selalunya, tanda pertama sindrom MRKH adalah bahawa haid tidak bermula selewatnya pada usia 16 tahun (amenorea primer). Wanita dengan sindrom MRKH mempunyai corak kromosom wanita (46, XX) dan ovari yang berfungsi normal. HAhaa.. Fenin lak!
Menurut doktor ini lagi, wanita yang alami sindrom ini tidak dapat mengandung dan mungkin dapat melahirkan anak melalui bantuan pembiakan melalui rawatan perubatan moden. Tambahnya lagi, selain MRKH, terdapat ‘gangguan’ genetik yang lain yang memberi ‘maksud’ seperti wanita tanpa rahim.
Secara ringkasnya, oleh kerana mereka tidak mempunyai ovari yang berfungsi, diagnosis awal membolehkan untuk memulakan terapi penggantian hormon semasa remaja untuk mendorong haid dan perkembangan ciri seks sekunder wanita seperti pembesaran payudara dan pertumbuhan rahim untuk membolehkan hamil dan sebagainya.
Hormati wanita
Akhir sekali, doktor ini menasihati orang ramai agar menghormati wanita kerana ini merupakan penyakit dan bukanlah satu kekurangan. Ini merupakan keunikan buat mereka dan diberikan ujian oleh Allah.
Jangan hina wanita-wanita sebegini. Mereka boleh jadi anak perempuan kamu, isteri kamu, cucu kamu, adik perempuan kamu. Jangan hina!
Sumber : Dr Syahr Musafir
https://m.facebook.com/syahr.musafirzawawi
Menarik kannn..?? Ilmu baru, pengetahuan baru buat kita semua.
Jangan lupa tonton drama terbaru ini yang akan menggantikan drama Bidadari Salju. Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mulai siar pada pada Jumaat ini jam 7 malam. Drama ini menggandingkan pelakon Azlee Khairi dan Puteri Aishah sebagai terajui utama. Nantikan kisah mereka menerusi slot akasia mulai 22 Januari 2021 ini.
Drama RAHIMAH TANPA RAHIM
Nantikan drama bersiri ‘Rahimah Tanpa Rahim’ bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menampilkan lakonan Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi. Drama arahan Eoon Shuhaini, terbitan Country & Universal Sdn Bhd.
JUDUL : RAHIMAH TANPA RAHIM
EPISOD : 28
TARIKH TAYANGAN : 22 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jummat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Puovin & Tommy Loh
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin
WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Jauhar
Puteri Aishah sebagai Rahimah
Hafidz Roshdi sebagai Adli
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
Liza Abdullah sebagai Mak Ani
Amelina sebagai Puan Sakinah
Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
Sera Melissa sebagai Rozana
Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
Diana Dee sebagai Shidah
Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
Farhan Asri sebagai Idin
Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
Che Kem sebagai Tuan Firdaus
Drama yang mengupaskan tentang MRKH secara yang cukup santai dan memberi ilmu pada masyarakat tentang sakit puan yang ada di antara kita mengalaminya namun tiada pendedahan pada umum.
Drama RAHIMAH TANPA RAHIM ni agak berat dengan konflik kekeluargaan, pengorbanan yang harus Rahimah tempuhi. Olahan yang cukup bagus , barisan para pelakon juga superb. Tak sabar nak tahu ending drama ini nanti…
Buat yang terlepas episod, boleh laaa Tonton Online Drama RAHIMAH TANPA RAHIM atau di Apps channel WeTV Malaysia . Udah udah ler kome tonton cetak rompak kat telegram tuu.. Yang pasti lakonan Liza Abdullah sebagai Mak Ani bakal trending lagi. Adakah sehebat Mak Leha dalam Drama 7 Hari Mencintaiku ??
the article, and more importantly, your personal experie https://mxplayer.pro/ nceMindfully using our emotions as data about our inner state and knowing when it’s better to de-escalate by taking a time out are great tools. Appreciate you reading and sharing your story, since I can certainly relate and I think others can too