Ikan Patin Masak Kari? Aik…!! Selalunya Ikan patin kan masak tempoyak.
Masak Kari sedap kah? Hurmmm . . . Tak cuba tak tahu kannn, sekali cuba melekat you! Ikan Patin Masak Kari
Boring dah asyik masak tempoyak jer.. Kekadang ikan patin ni Nina masak asam pedas, kadang tu Nina goreng tapi kali nie Nina masak kari lak. Kita yang masakkan dia so belasah ajer laa.. Janji ikan tu dimasak dan boleh dimakan . Settel .
Sedap ker? Mmmmm…. Not bad. Anak-anak suka. Licin periuk belanga. Kuahnya pekat sebab lelemak ikan patin tu. Santan pun sikit jer letak. Memang kawww padu cecah roti. Tak perasan sebungkus habis! HAhaaa
Ikan patin yang sedap semestinya kat Temerloh. Nina suka Ikan Patin Tempoyak kat Restoran Go Bang Maju, Temerloh Pahang. Rasa kuah tempoyaknya memang Uummphh!
Walaupun kebanyakkan orang suka pegi kat Pekan depan Sungai Temerloh tapi taste Nina lak sukakan masakan Restoran Go Bang Maju.
Rambut sama hitam tapi hati dan tekak lain-lain…
Info:: Restoran Go Bang Maju dah buka cawangan kat KL. Sudi-sudi lah merasa dan singgah kat area Setapak. Pasni kalau teragak nak makan tempoyak dekat sikit… Alamat – silalah google ehh atau kat FB pun ada pagenya.
Ok laa…. Masak kari selalunya Nina masak yang ringkas aje macam sebelum-sebelum nie. Contoh Kari Kepala Ikan Kerapu.
Resipi IKAN PATIN MASAK KARI
Beberapa potong isi ikan patin
1 biji bawang besar – Nina hiris halus jer
2 ulas bawang putih – Nina ketuk cincang halus
1 inch halia – diketuk dan cincang halus
4 sudu besar serbuk kari Ikan – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
2 sudu besar rempah campuran kari ikan
2 biji tomato belah empat
Sayur Bendi
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Cara masak KARI IKAN PATIN
1-. Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan rempah campuran kari hingga wangi.
2-. Kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
3-. Masukkan bancuhan pes serbuk kari ikan. Masak hingga terbit minyak. Kacau selalu dan guna api sederhana.
4-. Tuang air mengikut citarasa nak banyak mana kuah. Nina suka kuah yang agak pekat pasal nak cecah sama roti. Masak hingga kuah mendidih
5-. Selepas itu, masukkan ikan, sayur bendi dan tomato. Kacau sentiasa perlahan-lahan sampai mendidih dan ikan masak. Jangan kasar-kasar, hancur lak ikan tu nanti.
6-. Rasakan dengan garam secukup rasa dan sedia dihidangkan….
Wah! Kari ikan patin Nina nampak menyelerakan. Pekat kuahnya. Sedap tu.
Wahh!! Sedap erk. Good. Bagus kak nina cuba resipi baru (thumbs up!)
Mesti sedapkan, sebab dalam gambar memang menyelerakan
ks for sharing the article, and more impo https://vidmate.onl/download/ rtantly, your personal experienceMindfully using our emotions as data about our inner state and knowing when it’s better to de-escalate by taking a time out are great tools. Appreciate you reading and sharing your story, since I can certainly relate and I think others can too
Kuah kari pekat ni memang Laila suka..konfem bertambah-tambah ni