2021 Daftar Anak Sekolah Tadika
Selamat ke , Berbaloi ke?
#simpansini
Kenangan Eicha
Asalnya berbelah bagi jugak nak daftar Eicha sekolah tadika. Bukan apa, buat nya tak dibenarkan sekolah sepanjang tahun lagi macam 2020. Acaner? Rugi sangat kannn…
Walaupun setakat sekolah tadika jer tapi semua sedia maklum, kos yuran tadika laaa paling tinggi berbanding sekolah rendah. Bajet weyhh bajet! Saat ini, semua benda kena pepandai belanja dan simpan. Semua benda pun kena masuk buku kira-kira 555. Daku bukan golongan kayangan. Huhuuu . . .
Pandemik Covid19 masih belum reda!
Pandemic #covid19 ni sejak tahun lepas hingga kini semakin membimbangkan. Kes positif semakin meningkat. Sedih! Tak tau nak kata apa dah. Semua rasa ada. Malas nak ulas.
Sejak tahun lepas dah sesiap beli kasut sekolah tuk Eicha, opkos laaa dia excited bersemangat nak pi sekolah. Walhal masa ni belum pun daftar sekolah tadika Eicha lagi. Masih berbelah bagi lagi tapi sebab masa tu kes Covid19 idok ler tinggi macam sekarang ni. Belikan laaa jugak kasut untuk dia.
2021 Daftar Anak Sekolah Tadika
Ok ke, selamat ke?
Namun setelah di timbang campur tolak bahagi darab, akhirnya kata sepakat daftar kan jugak tadika selepas tahun baru 2021.
Cuma untuk Eicha Nina daftarkan tadika lain , tak sama tadika macam abang kakak dia dulu sekolah Tadika Titian Sayang. Jujur cerita, tadika untuk Eicha ni murah sikit yuran bulanannya. Puas jugak laaa survey tanya kengkawan yang dah pernah hantar anak mereka sekolah tadika kat sini. Semua kata PASTI bagus.
Expectation Nina tak tinggi, sekadar nak Eicha berkawan sebab dia kan dok bawah tiak mama nya dari kecik dan asal dapat belajar ikut silibus macam kanak-kanak sebaya dia pun dah ok dah.. Dapat hafal beberapa doa pun ok dah.. Ok kann? Bukan nya nak anak masuk Universiti umur 7 tahun. HAhaa
Masa sesi pendaftaran Eicha dapat tengok sekolah dia. Punya lah seronok dia! Tak sabar dia pegi sekolah tapi malangnya pastu terima arahan PKP seluruh Malaysia. Demi keselamatan anak-anak, sekolah di buat secara online. Redha!
Kesian Eicha, asyik tanya bila dia akan ke sekolah. Minat belajar dak Eicha ni lebih nampak bersungguh, mungkin pengaruh kakak abang dia.. Paling dia suka melukis. Lukisan Eicha lagi cantik jelas bentuk-bentuk nya berbanding Abang Eilhan. Ikut mama dia kot. Ok perasan! HAhaaa
Sesi Persekolahan 2021 Norma Baharu
20/1/2021
Bermula nya sesi persekolahan #normabaharu.
Semuanya online. Suai kenal cikgu dan kengkawan pun online.
Walaupun hanya bertemu dan belajar di alam maya, nampak terserlah raut wajah Eicha penuh keseronokkan, kepuasan, keceriaan!
Setiap pagi excited dia tunggu turn google meet dia bersama cikgu dan kengkawan.
Alahai sayang… Berbunga-bunga hati mama!
Sebab anak-anak share gadget maka depa take turn sesama depa. Andai masa Eicha clash, abang kakak sanggup lepaskan masa mereka pada Eicha. Terharu mama…
Ini laaa kenangan kita. Walau apa pun, so far Nina berpuashati dengan pihak sekolah Eicha dengan adanya kelas online, bimbingan dan komunikasi antara cikgu, ibubapa dan pelajar bagus dan paling suka bahan yang disediakan juga menepati apa yang disasarkan untuk anak berusia 5 tahun macam Eicha. Moga pandemic ini cepat berakhir. Aamiinnnn..
So untuk Eilhan sekolah rendah , Nina rekemen korang masukkan anak join ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik . Hanya RM99 je awakkkk untuk 4 subjek. Ada 16 sesi kelas. Bukan subjek teras je ada, subjek sekolah agama, persediaan untuk UPKK, PSRA dan kelas mengaji pun ada. Murah kannn! Rekemen korang cuba sebab Nina masukkan Eilhan kelas online dan berpuashati dengan pencapaiannya.
Liez pun hantar anak masuk kindergarten tahun ni.. umur 5 years.. Registration and yuran almost 2K. First rasa macam rasa rugi nak hantar anak mahal-mahal and end up nanti tak ke sekolah. Bila fikir kena belajar online utk umur 5 yrs ni mmg macam ta kena je.. tapi tawakal je la. then cikgu pun cakap if PKP, insyaALLAH diaorg akan fikirkan caranya.. so liez hantar je.
Semoga dipermudahkan urusan Nina.. besar pengorbanan ibu bapa terutama nak pastikan anak-anak berjaya
Belajar online ni efektif aje sebenarnya kalau cikgu kreatif. Betul tak?