• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

PKP sambung lagi! PdPR lagi? Anak dah mula…

February 2, 2021 by Nina Mirza 21 Comments

Kelas Tuisyen Online 2021 FLY HIGH Training Centre

Gini laaaa gamaknya anak daku belajar Online! HAhaa . . .

Cabaran PdPR Belajar Online PKP
Gambar ni sesaja jer, jangan salah sangka lak tau! sebenarnya Yana dok bawah tapi memang depa belajar kat area dapur. Sini jer laju internet. Huhuuu

Hurmmm… PKP dilanjutkan. Maka anak-anak akan lebih lama tak pegi sekolah. What to do? Ini lah realiti nya.

Dan ini juga laaa gambaran sebenar anak-anak Nina menuntut ilmu. Anak ramai bukan mudah nak belajar online.

Internet sini memang slow! Bukan tahap like snail jer… Dah macam sloth gamaknya. Mungkin lokasi rumah Nina terhalang dek Batu besau tepi bukit ni kot. Alasan sedapkan hati.

Frust! Internet macam __________ (isi sendiri)

Maka
Abahnya beli laaa unlimited data pelbagai telco. Pastu install apps open signal nak tau kat area mana dalam rumah ni line nya sikittttttttttt la laju. Tak salah berharap kannn

Walau hakikatnya tiap kali online Zoom ke, GoogleMeet ke, entah apa lagi.. Dok sangkut putus, pastu TERkeluar dari landasan. Kelat jer muka anak. Huhuuu… Pastu masuk semula, pastu TERkeluar semula, pastu masuk semula begitu laaa seterusnya

Belajar Online Takde Laptop. Tak pe SmartPhone pun syukur dah

Kekangan gadjet laptop pun iyer.
Sejujurnya Nina bukan lah orang kayangan atau have-have. Kelengkapan gadjet untuk anak-anak tidak laa sempurna. Tapi..
Apalah sangat. Pakai aje semakphone yang hado. Janji buleh tengok cikgu mengajar dah tengok slide dan homework cikgu bagi.

Mak Abah punya smartphone laaa jadi mangsa bila depa ni clash semua jadual sama waktu. Huhuuu… Its ok anak, sementara jer kannn? Anything for u! Huuwaaaa… nangis tepi bucu katil Ngade Nina! No handphone dalam 2 jam jer pun kecoh! HAhaa

“Anak-anak, sila bersyukur.. Ada orang bukan laptop jer takde, ada orang hp pun takde.
Hp screen kecik sila besaukan mata!” – mama kengkonon tegas dalam berlembut.

Setakat dok atas dapur, relax laaa sayang.
Awak masih dok bersila dalam rumah berbumbung, cukup cahaya, cukup udara. Nak makan pun senang, capai jer dalam piuk tu! HEhee..

So
Ini lah kenangan kami!

Sejujurnya awal tahun ari tu anak-anak dan Cikgu teruja ngan #PdPR. Tapi dah hujung January ni nampak agak sikit merosot komitmen pelajar dan guru.

Adakah mereka ini dah mula bosan dengan teknik dan format yang cikgu mereka terjemahkan?

PdPR dah mula lemau! Kelas Tuisyen Online 2021 FLY HIGH Training Centre

Yelah… Nak expect apa?
Cikgu  sekolah berdaya kreatif, inovatif, talkative?
Hello.. Kena faham, Cikgu WFH ni tiba-tiba terjebak kena ajar secara online. Mereka pun takde kursus. Acaner nak productive?

Dah nama pun pandemic, semuanya berlaku secara tiba-tiba! Kannnn…??
Terus terang Nina sendiri berbelah bagi tahun 2021 daftar anak sekolah tadika untuk Eicha. Ok ke, selamat ke … Risau! So online kelas banyak membantu

Solusi supaya anak terus semangat belajar
Join Tuition Online

So
As parents, kena cepat cari solusi agar mood semangat belajar anak-anak tak merosot.
Nina try join Flyhigh Training Centre.

Serius tak sangka!
Awat cikgu mengajar tuition online lebih creative, innovative?

Kelas Tuisyen Online 2021 FLY HIGH Training Centre

Kelas Tuisyen Online 2021
FLY HIGH Training Centre
Pendekatan berbeza , anak seronok belajar!

Anak mudah faham!
Ada slide, ada gambar, susun atur format ceria, mudah difaham. Sesi belajar siap ada kuiz  Online.
Cara komunikasi cikgu dan pelajar buat anak berminat dan tertunggu-tunggu next class.

Sor far anak-anak Nina dah join group
Eillya – SPM 2020
BM Cg Ghalib & Sejarah Cg Rafi
Yana – Fokus A UPSR 2021
Eilman – Rentas Form2 2021
Eilhan – FlyBasic tahun 1 & 2 2021
Eicha – Nina masukkan kelas mengaji
Meroket UPKK pun ada!

Kelas Tuisyen Online 2021 FLY HIGH Training Centre
Harga dan Jadual Tuition Online FLYHIGH Training Centre

Cikgu-cikgu di FlyHigh ni best best.
Jujur citer, rekemen korang try!
Boleh try Subjek tertentu jer pun buleh… Tak perlu semua subjek.

Tak tau kata, Nina usahakan jer..
Selagi daya semampunya.
Semoga anak-anak Nina mendapat keputusan cemerlang. Aamiinnn…

Habih, takkan nak biar jer anak dok main game aje!
Oh no, oh no, oh no no no noooo..!!
Time rehat ok laaa.. Idok ku benarkan main game sepanjang PKP. Mama tak laaa kejam sangat walau sesekali suka tukar karektor dari  snow white ke sherk ke dragon . HAhaaa
Normal kannn??

Oh ya, kot ada nak tahu pasal tuition online ni korang pi laaa intai kat
Facebook : FLYHIGH Training Centre
Pertanyaan dan Penyertaan
Wasap.my/601156998919
Wasap.my/60126146039

Mak tak reti nak ajar, nak hadam pun tak lalu dah. Maka Nina cari guru yang berkelayakan supaya idok ler ajar bebukan mengarut salah silibus gamaknya nanti. Kannn?

Kelas Tuisyen Online 2021 FLY HIGH Training Centre

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Parenting, Personal, Review, Tips Tagged With: Belajar Online, Bilik Belajar, Cabaran PKP, FLYHIGH Training Centre, Info - Parenting, Jadual Online, KBSM, Kelas belajar, Kelas Tuisyen Online 2021, KSSM, Parenting Blogger, Parenting story, PdPR, Pembelajaran Kemahiran Sekolah Rendah, PKP, Score A, SPM, Teknik Belajar, TheMIRZA, Tips parenting, Tuition Online, Tusyen Online, UPKK, UPSR

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Comments

  1. Salina Johari says

    February 5, 2021 at 10:46 am

    Seriously belajar di Fly High memang best ‼️ Anak Sal memang semua tuisyen kat sini. Cikgu semua berpengalaman

    Reply
  2. hi Apakata Mommy says

    February 5, 2021 at 11:15 am

    Leya lagi kesiankan budak darjah 1 atau 2 yang masih tercengang kat rumah tu, tp pasar malam dah blh plak buka. ishhh

    Reply
  3. azni says

    February 5, 2021 at 11:39 am

    nnt beli kabel yg boleh connect kat TV nina .. haaa besor sikit. kabel hdmi

    Reply
  4. Marina says

    February 5, 2021 at 12:22 pm

    Duk pk nak ambik tuisyen online untuk anak gak ni

    Reply
  5. Marshaliza says

    February 5, 2021 at 12:48 pm

    Betul kak Nina..internet memang kena laju kalau kelas online. Menarik juga Tuition Online FlyHigh ni kak.

    Reply
  6. Eyqa Hasnan says

    February 5, 2021 at 5:01 pm

    Eyqa yang ajar anak saudara nie pun kadang kadang tercengang tengok soalan. Bagus bila training centre tuition macam nie

    Reply
  7. Nadia johari says

    February 5, 2021 at 6:31 pm

    Betul sekrg guna internet jela. Bagus beljr online macm ni. Kalau cikgu best boleh jlinkan fariza juga ni

    Reply
  8. Ardini Humaira says

    February 5, 2021 at 9:28 pm

    Anak dni tak merasa belajar online. Cuma cikgu bagu kerja tru wasap. Sebab kami duk area pedalaman. Setengah kawasan capaian internet tak laju.. all the best semua anak anak bangsa belajar di musim pkp

    Reply
  9. LampuHijau says

    February 6, 2021 at 1:28 am

    Cikgu-cikgu sepatutnya lebih kreatif dan lebih cepat berubah dalam bab pembelajaran online ni. Barulah sama-sama tak lemau.

    Reply
  10. Ummi says

    February 6, 2021 at 7:45 am

    Kalau saya kena study kat dapur, rasanya lebih banyak makan daripada study. Haha.

    Reply
  11. Grace Ng says

    February 6, 2021 at 12:00 pm

    i love seeing how your kids gigih belajar during mco. hope they are able to cope with the new environment and score great for their exams! 🙂

    Reply
  12. Rawlins GLAM says

    February 6, 2021 at 8:29 pm

    Nice la Fly High kan. My sisters kena tau pasal nie. Anak-anak saudara Rawlins kena perlukan bantuan sebegini time PKP kan

    Reply
  13. Ayu Rafikah says

    February 7, 2021 at 1:00 am

    Dengan ada tawaran spt ini merupakan opt pilihan utk anak agar mereka lebih konsisten dan minat belajar di rumah

    Reply
  14. Wui Kathy says

    February 7, 2021 at 8:15 pm

    Sekarang ni memang kena zoom class, payah jugak anak-anak nak ikut, terutama yang anak-anak masih kecil lagi. Kena guide daripada ibu bapa.

    Reply
  15. Slumberlady says

    February 7, 2021 at 8:59 pm

    Anak saya darjah 1 tahun ni. Huhu. Tapi taknak anak ketinggalan pendidikan. Start darjah 1 tanpa kenal cikgu secara bersemuka. Apakan daya. Apapun good luck kak Nina.

    Reply
  16. Sis Lin says

    February 8, 2021 at 9:59 am

    Sis yang takde anak kecik sekolah lagi ni pun naik risau nengok anak sedara semua.. Maknya smeua dah megeluh dah.. adeii.. tapi apa kita nak cakapkan, terima aje laa dan berdoa agar semuanya cepatlah berakhir..

    Reply
  17. Ruby says

    February 8, 2021 at 10:11 am

    Seronok tengok anak belajar camni. Walaupun merata-rata mereka duduk cari lokasi best selesa sebab internet laju. Tapi moment ni kenangan kita sebagai ibu kan. Hahaha. All the best kepada anak-anak kak Nina.

    Reply
  18. Alia says

    February 8, 2021 at 12:53 pm

    Betul kak. Kena ajaq anak2 erti brsyukur kan.. Saya pun geram dgn anak sy yg sorg tu..but now dia da paham skit kenapa mama garang2 xnak dia cenggeng sgt.. Selalu bg comparison.. Ada org lg ssh dri kita tapi xmngeluh pun

    Reply
  19. ZHARIF AZIS says

    February 9, 2021 at 9:36 pm

    agak mencabar skrg nie kan jadi parents. kena sentiasa peka dan pastikan anak masuk belajar on9. jadual kena jaga. baguslah ada perkhidmatan tu, so that kalau ada yg tertinggal boleh catch up balik

    Reply

Trackbacks

  1. BEST giler! SUDIO NIO Wireless Earphones So Stylish says:
    February 13, 2021 at 8:40 pm

    […] giler pakai Sudio NIO ni semasa kelas tuisyen onlineKedapan suara luar tak dengar pun. Dapat belajar dengan penuh konsentrasi. Suara cikgu begitu jelas, […]

    Reply
  2. Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni... - Nina Mirza says:
    February 17, 2021 at 2:34 pm

    […] Nina cuba usahakan solusi tambahan lain.Nina cuba hantar anak tuisyen online kat Flyhigh Training Centre . Puashati sebab cara cikgu mengajar memudahkan anak faham. Ada gambar slide yang sangat membantu. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • AIR FRYER BOLEH MENYEBABKAN KANSER?
    By : Saidila Lifestyle
  • Laman Basikal di Taman Tasik Seremban semakin menarik !
    By : Ben Ashaari
  • RESIPI LAKSA LEMAK
    By : Tiffin Biru
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa