Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3
September 6, 2019September 12, 2019

Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3

Selepas  tamat sudah Drama Tuan Danial lakonan Intan Najwa dan Idris Khan , seterusnya adalah drama Terima Aku Seadanya yang teraju utama nya Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana dan Daler Yusuf.

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3
2 Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3
3 Related posts:
4 Resepi Mee Bandung Muar Paling Mudah Sedap
5 Spek patah! Huhuu... Eye Pro Vision ku kembali lagi
6 Akhirnya ..... Pengat Pisang!
7 Yeayy... Dah pandai berenang! Kelas renang SWIMRUSH best!

Asalnya drama ini dah pernah ditayangkan kat NTV7 dalam slot GlamaDrama last year bulan October 2018. Suka jalan cerita ni, santai penuh positif dan ada mesej yang ingin disampaikan.  Tapi  . . .

Eh eh… Dah kenapa ulang tayang kat TV3? Bukan ke TV3 selalu hidangkan drama yang segar fresh baru gitu… Kannnn?

Tapi tak per laaa… Alang-alang dah tayang Nina share kan aje laa sinopsis Drama Terima Aku Seadanya tuk korang eh…

Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3

Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3

Terima Aku Seadanya Mengisahkan Kamelia (Puteri Aishah), yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry (Daler Yusuf) yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara (Julia Farhana Marin).  Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.

Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium.

Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan (Nazim Othman).

Irfan adalah pemilik gimnasium tersebut yang turut diusahakan bersama-sama sahabat baiknya, Alif (Ryzal Jaafar). Tetapi dalam diam, Alif rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap Irfan. Tanpa pengetahuan sesiapa, Irfan sebenarnya adalah pewaris sebuah syarikat gergasi tetapi dia enggan terlibat dalam bisnes keluarga yang diterajui oleh neneknya.

Bermulalah perjalanan Kamelia untuk kembali ke gaya hidup sihat di bawah seliaan Irfan yang taksub dengan bersenam. Kerana perasaan cemburu, tamak serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Sahara, Edry dan Alif sekaligus merapatkan lagi hubungan Irfan dan Kamelia. Tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula hadir di antara mereka berdua.

Wah … Menarik kann?
Menjadi ker Kamelia kurus cantik seperti adik tirinya Sahara ? Bagaimana dengan Edry setelah melihat penampilan baru Kamelia? Apa kesudahan hubungan antara  Irfan dan Kamelia, berjaya kah mereka mengharungi dugaan dalam hubungan cinta mereka?

Drama bersiri Terima Aku Seadanya akan menemukan gandingan Puteri Aishah dan Nazim Othman. Drama sebanyak 20 episod arahan Eoon Shuhaini. Akan disiarkan menerusi saluran TV3 bermula September , setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam..

Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3

JUDUL : TERIMA AKU SEADANYA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : September 2019
WAKTU SIARAN : Rabu – Jumaat, 9.00 malam
SIARAN TV : Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sham Hashim, Nana Khalil, Che Li
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar, Daler Yusuf, Natasha Elyzza, Jesse Lim, Khaty Azian, Ranjeetha, Zalfa Zin, Jibob, Gee Zainal, Alana Amir, Aril Aziz

WATAK PELKON
Puteri Aishah sebagai Kamelia
Nazim Othman sebagai Irfan
Julia Farhana Marin sebagai Sahara
Daler Yusuf sebagai Edry
Ryzal Jaafar sebagai Alif
Khaty Azian sebagai Datin Fatty
Jesse Lim sebagai Mr Alex
Ranjeetha sebagai Henna
Natasha Elyzza sebagai Vanes

LAGU TEMA / OST
Bila Ada Kamu – De Fam

Bagi Nina drama ni menarik! Tentu ramai gadis-gadis montel comel akan bersemangat untuk turut sama menurunkan berat badan dengan aktiviti yang sihat. Bersenam regular konsisten dan jaga pemakanan yang betul seperti yang  Irfan (Nazim Othman) ajar dalam drama ni..

Caiyok caiyok..!! Jaga kesihatan, kurus itu bonus.

Kot terlepas tayangan, pi laaa search kat http://www.tonton.com.my  ehh ..

Sinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYA TV3

Related posts:

Resepi Mee Bandung Muar Paling Mudah Sedap

Spek patah! Huhuu... Eye Pro Vision ku kembali lagi

Akhirnya ..... Pengat Pisang!

Yeayy... Dah pandai berenang! Kelas renang SWIMRUSH best!

Lifestyle Review Drama sangatNazim OthmanPuteri AishahSinopsisSinopsis Drama TERIMA AKU SEADANYATV3

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2026 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes