Kedai Makan Sedap Sentul ZK Al Azmi Garden

Makan mana BEST Sedap area Sentul KL Selangor? Restoran ZK AL-Azmi Garden menepati citarasa

Makan BEST Sedap area Sentul KL Selangor Restoran ZK AL-Azmi

Weekend biasa nya mood Nina secara automatik jadi mood malas masak. Kebetulan lepas habis mood sedey sebab Eilhan demam panas sampai kena sawan tarik pastu seminggu addmitted ward nak laaa happy happy me time sekeluarga berkumpul outdoor. Kalau MakMak konon suka istihar weekend is time to gantung kuali kata orang dolu-dolu. Hehee… Kengkonon feeling nak cuti macam orang keje gak. Konon nya laaa… HAhaa… Makan BEST Sedap area Sentul KL Selangor Restoran ZK AL-Azmi

So ajak Geng dinner luar. Kami ni jarang gak makan luar, kekadang jer. Dan selalunya pun Jalan-Jalan Cari Makan dok pi kedai yang sama. HAhaa.. Tak mencabar langsung kann..??

Memandangkan hampir setahun gak laaa Nina tak pi makan kedai favorite Nina, saja tanya Geng macam tahu jer dia tahu samada Kedai Makan Favorite Nina sekeluarga tu dah mula beroperasi ke belum. Hampir setahun depa tutup.

Kat mana kedai makan BEST Sedap area Sentul, KL, Selangor ?

Amacam? Ok tak video kita?

Ahaa… Jalan-Jalan Cari Makan kami sejak dulu suka sukaaaa sangat pi makan kat Sentul. Berdekatan gak ngan rumah Nina. Sekitar 15 minit jer perjalanan. Dulu nama dia Restoran Al-Azmi Garden dan sekarang dah berwajah baru, lebih cantik, style, selesa dan luas.

Restoran ZK Al-Azmi Garden Sentul KL

Warga Sentul, Batu Lima, Jalan Ipoh, Batu Caves, Gombak, Setapak dan seangkatan dengan nya confirm sedia maklum Restoran ZK Al-Azmi Garden – Restoran ala Thai ni kannn? Tak tahu ker? Dok dalam gua ehh.. Femes weyhhh kedai ni.

Kedai Makan Sedap Sentul ZK Al Azmi Garden

Fening seyhh nak order apa. Semua nampak sedap!

Ada Shell Out, Western Food, Thai Food – TomYam . Semua ada!

Restoran dah berwajah baru, lebih cantik , lebih selesa, lebih luas, pilihan menu lebih variasi, menarik, dan paling best harga berpatutan.. Harga standard makan kat kedai makan ehh

Makan TOMYAM Thai Sedap BEST Restoran ZK AL-Azmi Garden Sentul KL Selangor

Ni nama dia LaichiKang
Pembuka selera yang kita orang order. Nina order Laicikang panas! Ya ampun… Hirupan pertama – Sedap nya. Banyak tul bahan-bahan dalam dia.
Puashati

Nampak menarik tak? Tengok jangan tak tengok! Ayat menghasut HAhaa

Western Food Sedap BEST Restoran ZK Al-Azmi Garden Sentul KL

Chicken Chopped The Chips ni sedap weyhh….

Rangup di luar ber juicy isi ayam nya kat dalam. Yang buat terangkat tuuu adalah limpahan Cheese atas nya. Wallaaaa…!! Ni nak pesan, sampai jer menu ni, korang harus makan ni dulu sementara ianya masih panas. Cheese dia sangat nyummy . cair dalam mulut dengan rasa lemak masin kejunya.. Oh my oh my ! Tak sabar nak pi lagi

Oh ya… Salad epal dia sedap! Something different. Suka suka…!! Ada kismis, kacang, mayonnaise dan epal hijau. Good combination. Sos black pepper pun buat chicken chop ni layannnnn.. Recommended beb!

Kalau korang nak makan masakan Thai, Nina rekemen korang makan kat Restoran ZK Al-Azmi Garden di Sentul.

Thai Food di Restoran ZK Al-Azmi Garden memenuhi citarasa

Ni antara menu yang Nina order. Family set D untuk 4-5 orang makan. Meriah tak?

Western Food Sedap BEST Restoran ZK Al-Azmi Garden Sentul KL

 

Lengkap semua ada. Korang order air asing. Nina order air tea O satu jug. Senang citer, anak-anak tak payah gadoh kalau air lain-lain. Macam kejam tak mama? AHhaa.. Mak anak 5 kann, gini ler… sokmo dok jadi raferee. Capek tau! 1 jenis air depa tak gadoh.

Tomyam dia terbaik…!! Sedap 😋😋

Kedai Makan Sedap Sentul ZK Al Azmi Garden

 

Okey.. Memula sekali nak tabik spring toing toing toingggg kat TomYam Kapal Pecah depa. Serius kuah nya lain dari kedai tomyam lain.

Tengok laaa sendiri. … Ada buh santan sikit, rasa dia kawwww seyh. Padu! Inti rencah bahan-bahan dalam dia tak kedekut. Ada ketam tau. Puashati laaa…

Ikan siapkap 3 rasa mantap

Ikan ni fresh, sos 3 rasa dia Uummphhh…!! Lain kali Nina nak try order Ikan stim lak..

Atas : Tahu telur tuu favorite Nina. Kalau makan gitu jerr pun Nina layan.. Sos dia pun sedap.

Bawah : Ni laaa telur dadar rangup Restoran ZK Al-Azmi Garden. Anak-anak Nina suka! Mungkin sebab rangup rangup kot… Kalau citarasa MakMak cam Nina, lebih prefer Telur Dadar macam masak kat rumah tu jer..

Kedai Makan Sedap Sentul ZK Al Azmi Garden

 

Ni laaa Restoran ZK Al-Azmi Garden Sentul. Ada ShellOut, Western Food, Thao Food. Kini berwajah baru, signboard yang cukup gah! Dari jauh dah nampak.. Tak nampak kaluu … Pi laaa buat spek kat Kedai Spek Mata Viral Murah Giler kat Sungei Wang KL

Ahaa… Jangan cakap hakak tak kasitau lak eh.. Memang terlajak murah, siap sejam, puashati laa.. Benda baik harus lah share kann?

Ok, dari citer pasal makan terus citer pasal buat spek murah lak.. HAHaa.. Ok sambung citer makan, kalau korang nak datang makan sini , senang sangat …

Korang waze jer Restoran ZK Al-Azmi Garden Sentul. Dengar cakap waze confirm sampai.. Malas dah nak citer, korang pi terjah dan rasa sendiri lah eh…

Waktu Perniagaan
4pm – 3am
Alamat
Lot3256-1A, 51000, Sentul Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 012-663 3438

Oh ya.. Last nak share, Nina suka dok kat gazebo ni sebab anak-anak akan dok setempat kat dalam ni jer.. Idok lerr bersepah-sepah entah jalan memana nanti ker kannn..?? Depa nak main, main laaa… depan mata jer. Setuju tak?

Selesa kann..?? Depa nak terbaring ke, meniarap ke, bergadoh ke lantak ler… Atas gazebo ni selesa. Dok bersila santai macam makan kat rumah kann..?? Ok bohong! Kat rumah dok makan atas meja kerusi HAhaa..

Okies, penat dah ni…
Amacam.. Macam best ke best? Nanti lain kali Nina nak try pi rasa depa punya menu baru – Shell Out lak! Dan more more more menu lain terutamanya Western Food. Dah rasa nanti Nina share lagi apa yang best ngan korang eh . . . Ok daaaa . . .

Makan BEST Sedap area Sentul KL Selangor Restoran ZK AL-Azmi

 

Related Post
Harta Pusaka Nenek
Harta Pusaka Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat Read more

Chicken Pox
Chicken Pox

Chicken Pox -  demam cacar  / demam campak Chicken pox yang dikenali dengan nama cacar air, jintungan atau bertih dalam Read more

Shaken Baby Syndrom (SBS)
Shaken Baby Syndrom (SBS)

Kisah yang ingin dikongsi buat semua ....Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki Read more

Paku Di Hati …
Paku Di Hati …

PAKU DI HATI...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Read more

Please follow and like us:
17 Comments
  • ummi nani
    Posted at 21:50h, 13 September Reply

    amboi sedapnya makan sambil bersila. dah macam macam sup tulang zz.. best nya.. teringin i tau

  • Lya
    Posted at 21:51h, 13 September Reply

    Kedai dia luas sangat .. makanan pon nampak sedap dan menarik . Anak2 pasti seronok. Mak pak lagi laa seronok hehehe ..

  • Qasehdalia
    Posted at 01:26h, 14 September Reply

    Nampak sedapnya makanan yang ada kat sini

  • Ai
    Posted at 01:53h, 16 September Reply

    Lapar baca blog kak nina.

  • Fas
    Posted at 15:28h, 16 September Reply

    Pertama kali tau ada restoren ni…. cara penulisan dan gambar makanan nampak menyelerakan… pas ni nak waze and cuba la lauk pauk kat sini… belum pernah ke kawasan Sentul…

  • Muhammad Naim Abdullah
    Posted at 17:01h, 16 September Reply

    Jika Naim ke sana, Insha Allah akan mencuba makanan di atas. Terima kasih berkongsi tempat yang sangat cantik .

  • Bonda chanteq
    Posted at 18:28h, 16 September Reply

    Wahhhh sedapnya…tgk gambar je pn dh terliur…mesti sedap menu2 tu…boleh pegi nanti bwk family…

  • liez
    Posted at 18:54h, 16 September Reply

    last 2 weeks nak pergi.. ikut waze dia bagi masuk dekat kawasan mn tak tahu lah.. terus tak jadi pergi.. makan je la dekat naili’s..

  • mekyunie
    Posted at 09:20h, 17 September Reply

    sedap semuanya tu. menu yang menarik dan memang kena dengan citarasa melayu thai. another port nak bawa family dan kawan kawan datang sini.

  • Nadia johari
    Posted at 09:26h, 17 September Reply

    Pergh sedap sangat tengok semuanya.. Nanti ade masa boleh try sini.. Tengok kedai pun lawa je.. Sesuai nak bawak famliy makan sini.. Sesekali nak gantung kuali juga.. Hehe

  • AYU RAFIKAH
    Posted at 12:18h, 17 September Reply

    nampak menarik semua makanan kat situ..terutama chicen chop..kalau ke area sini bolehlah datang and singgah makan..tak nafikan agak menarik juga semua makanan yang ditawarkan

  • Mohamad Khairil Bin Hassan
    Posted at 14:01h, 17 September Reply

    Sedapnya makanan dkt sini. Dah la saya skrg ni tengah diet hehe. Nampak suasana macam best, tmbah2 bila makan dkt gazebboo tu. Nak singgah la nnti. Terima kasih atas perkongsian ya

  • Zandra Siti
    Posted at 01:34h, 18 September Reply

    Uuuuuu makin lawaaaa tempat dia. Now dah siap ala2 western and have2 tu yg tukar nama jadi ZK kat depan tu. Hehe harga confirm lah standard kedai makan kat KL. Sbb situ ruang tapak sewaan kos dah tinggi ya ampunnn.

    Tapi nampak so selesaaa luas and sedapppp makanan diaaa!

  • aliah
    Posted at 18:58h, 29 September Reply

    macam makan kat rumah sampai bersila tu, bila dah kenyang susah nak bangun pula. hahah. Saya duduk kl, tapi tak try lagi restoran restoran ni. Biasa pegi kedaimakan area dekat rumah je, kalau pegi kedai baru, kene plan awal awal dengan family, and tengok apa yang sedap kat kedai tu

  • Marie Causey
    Posted at 18:13h, 22 February Reply

    The post was really amazing to read. Thanks a lot for sharing it!

  • Sbcglobal.net Email
    Posted at 18:04h, 09 March Reply

    We are the source that you might have been looking for to get the right guidance with your Sbcglobal.net Email account. So, if you want to log in, set up, reset the password for your account, or know the server settings for your account, you don’t need to search for it anywhere else.

  • TEAS Prep Course
    Posted at 12:52h, 02 June Reply

    Best Food

Post A Comment

Follow by Email
Instagram