As’salamualaikum dan Salam Sejahtera ….
Salam JUMAAT buat semua ……
Syukur Alhamdulillah Jumaat kembali lagi. Sebaiknya kita perbanyakkan salam selawat ke atas Nabi, moga-moga kita akan mendapat keberkatan dan keredhaan oleh NYA dan Insya’Allah akan dipermudahkan segala urusan kita … Amin….
Imam As Syafii berkata, “Segala puji hanya milik Allah yang satu saja dari nikmat-Nya tidak dapat disyukuri kecuali dengan menggunakan nikmat baru dari-Nya. Dengan demikian nikmat baru tersebutpun harus disyukuri kembali, dan demikianlah seterusnya.” (Ar Risalah oleh Imam As Syafii 2)
Tak semua kanak-kanak suka dan mahu makan sayur. Kat sini Nina share menu yang mungkin boleh membuka selera dan minat mereka untuk makan sayur tanpa mereka sedari. Kadang-kadang tuu, lagi dipaksa lagi tak mahu jadinya minat untuk mereka makan sayur. Sebaiknya kita cuba pelbagaikan menu agar menarik minat mereka. Deco yang menarik juga memainkan peranan.
Alhamdulillah… Anak-anak Nina semua nya makan sayur dan tak cerewet dengan apa jua menu yang dihidangkan. Cuma Eilman sebenarnya tak berapa gemar makan kacang peas yang ada dalam mix vege. Tapi bila Nina dah masukkan dalam telur bungkus dan gulung telur dadar nie…… Tanpa sedari dia makan juga. Hehehee . . . .
Syukur Alhamdulillah ……
Telur Dadar Berinti
Rujukan : Buku Komplilasi Hidangan Si Manja
Bahan-bahan
60g isi ayam – dipotong dadu
20g mix vege
Beberapa tangkai kacang panjang – dihiris halus
2 biji telur – dibuat telur dadar
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu besar sos tiram (Nina tambah)
Minyak masak
Garam secukup rasa
Cara penyediaannya
- Telur dibuat dadar dan ketepikan
- Tumis bawang putih
- masukkan ayam dan sayur campur dan sos tiram. Biarkan seketika
- masukkan garam secukup rasa (jika perlu, Nina tak letak sebab dah letak sos tiram dah ada rasa masinnya)
- Isikan inti kedalam telur dadar dan gulung.
- Sedia untuk dimakan
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7)
salam nina cyg..
wahhh menu kanak2 yer..h ehehe kita yg org tua nie pun dah kecur..ha hhaa
asslm Nina…bkn budak2 aje yg suka…ni ha makcik2 ni pon suka jugak nak…hehe
Wa'alaikumussalam Zila my dear …
menu anak-anak sekali ngan kita lah makan sama jawabnyer
cuma utk kita nie kena kasi tambah cili sos baru Uummphh !!!
kan kan kannnn… Hehhee
Wa'alaikumussalam QH ….
Setuju !! Nina juga pun suka …….
hehee
waduhhhhh! terliur =D
Laskar Pelangi …
dah terliur …. kena buat lah jawabnyer
takut nanti kempunan pula 😉
Cuba lah, menu yg simple dan senang to do ….
wah bagusnya anak2 Nina pandai mkn sayur… mmg kena train dari kecik kan…
FnF….
Alhamdulillah.. anak-anak Nina semuanya suka makan sayur.
Betul3x .. kena train sejak awal memulakan pemakanan. Nina juga selalu ceritakan dan tekankan khasiat setiap sayur.;)
salam nina…simple & delicious 🙂
Wa'alaikumussalam Mirza,
Eh ehh … nama kita sama lah~~~ hehee
Terima kasih dan selamat mencuba! 🙂