senang mudah
Bersiaran kembali di ruangan resepi simple simply Nina. Hari-hari pun Nina masak cuma resepi yang simple dan rushing so Nina tak sempat nak snap pic untuk dikongsikan.
Terasa kosong dan tak lengkap andai teratak Nina tak update entry masakan dan resepi, so hari nie Nina sharekan resepi Chicken Chop. Menu yang agak mahal kalau makan di luar. Satu portion selalunya berharga dalam lingkungan RM12 ke atas. Setakat makan sorang atau dating berdua ok lagi…
Tapi kalau makan untuk 5orang sekeluarga. Cer kira ……. Hah! dah dekat RM60 hinggit kannn? Itu belum tambah air dan menu sampingan lain. Dannnnn, belum tambah 6% GST andai restoran tuu ada charge. Mau basah ketiak lenjun-lenjun kalau tiap kali nak makan western.
Sekarang ni, semua pun kena berkira-kira. Bukan kedekut tapi berhati-hati dalam pembelian dan perbelanjaan. Amalkan konsep bijak berbelanja. Ramai sedia maklum, barang dipasaran agak mahal so usah bising-bising. Bukan dapat apa pun, harga pun tak akan turun malah tak lama lagi pasti harga akan terus meningkat. Look forward >>>>> InsyaAllah, rezeki sentiasa ada dan moga dipermudahkan oleh Allah. Aamiin…
Contohnya Chicken Chop ni, sebenarnya nak buatnya senang aje. Bahan asas pun mudah. Setakat beli isi ayam samada bahagian dada ataupun peha dalam 5ketul baru RM12 bergantung pada size dan berat. Cuma…….. kena lah rajin sikit. Bukan beli pastu tetiba terus boleh jadi chicken chop. Lain laaa kalau uolss ada magic! kannn~
Actually, Nina dah pernah share resepi Chicken Chop ni sebelum. Resepi Chicken Chop yang memula Nina buat dulu. Sedap giler…Entry terdahulu chicken chop Nina boleh refer kat SINI. Memandangkan Nina agak rajin, Nina copy paste kat sini semula untuk kesenangan uolls.
CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUSE
mula-mula kita sediakan sause nya terlebih dahulu
Mushroom Sauce / Sos Cendawan Chicken Chop
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* – didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin – dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)
Cara-caranya
1- Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan angkat lalu ketepikan
2- Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kecilkan api. Nina guna whisk aje utk kacau rata tepung
3- Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
4- Siap untuk disajikan bersama Chicken Chop.
Bahan-bahan untuk Chicken Chop
5 ketul peha ayam yang dibuang tulangnya – ketuk-ketuk sikit isinya dengan lesung
sedikit tepung jagung atau tepung beras
2 biji telur – dipukul
sedikit serbuk roti
garam dan lada sulah
minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan perencah untuk diperapkan bersama daging ayam (tak buat pun ok, tapi kalau diperap lagi sedap!) Abaikan aje kalau Cik M bertahta…
2 sudu besar sos ‘Worcestershire’ (Nina guna brand MAGGI)
1 sudu besar sos titam
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil serbuk stok ayam
2 sudu besar jus halia (tumbuk2, perah dan ambil airnya)
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
* * * * Kesemuanya diperap selama 3-4 jam. Kemudiaan dimasukkan ke dalam peti ais selama 15minit sebelum digoreng. (TIPS : jangan lebih 15minit dalam peti ais yea)
Cara-cara menggoreng Chicken Chop
1- Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Pastikan minyak melepasi paras ketebalan ayam
2- Mula-mula sediakan 3 bekas yang besar. (1bekas untuk untuk telur, 1bekas untuk serbuk roti dan lagi 1bekas untuk tepung yang dicampur sekali dan digaul rata bersama garam dan lada sulah.
3- Proses celup-celup –
a- celup ayam dalam telur
b- salutkan dalam tepung rata-rata
c- celupkan semula dalam telur
d- akhir sekali salutkan dengan serbuk roti
4- Kemudian, goreng hingga masak dan keperang-perangan.
Sedia dinikmati bersama Mushroom Black Pepper Sauce.
Ngappp Ngapppp…. !!!
Selamat berChop Chop ……. !!!