Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 11, 2011February 15, 2016

Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce

As’salam semua …

Begitu pantas masa berlalu tanpa menunggu kita walau sesaat. Jangan leka membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Betapa ruginya insan yang suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Nina nak share serangkap ayat  yang selalu memberi motivasi buat Nina.
 
Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik. Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya….
 
Dalam erti kata lain, kebahagiaan tak akan datang dengan sendirinya. Kenangan terindah juga tidak  akan tercipta  tanpa usaha. Semua yang berlaku kita lah penentunya. 
Syukur Alhamdulillah, Nina bersyukur kehadrat Ilahi diatas apa yang Nina ada sekarang. Semuanya adalah ‘kenangan terindah’ buat insan yang bernama “Nina”. Alhamdulillah 🙂
 
Hari nie Nina 1st time buat Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce. Alhamdulillah… Walla ~~~~menjadi. Sungguh tak sangka… Maklumlah, selalunya nak makan chicken chop pasti ke restaurant Western Food. Mahal plak tuu… Hehehe ….
 
Terima Kasih banyak buat Kak Fida dari MyResepi sebab Black Pepper Sauce beliau sangat menepati citarasa Nina dan terutama sekali Hubby Nina. Memang SEDAPPPPP ….!!! Hingga ke titisan terakhir sos tuu kami menikmatinya ~~~
Jom kita tengok resepinya …. 








Chicken Chop with Mushroom Black Pepper Sauce  

(Kita prepare Sauce nyer dahulu yea ….)
Mushroom Sauce / Sos Cendawan Chicken Chop
Sumber : My Resipi –   Kak Fida
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* – didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging (Nina hanya guna 1 kuib ayam Knorr + air)
2 sb tomato paste
1/2 sk serbuk lada putih/hitam (Nina letak lada hitam yang ditumbuk)
1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream (Nina letak extra susu fresh milk)
150 g cendawan butang dlm tin – dihiris
1 sk hirisan daun basil/selasih (Nina tak letak punnn)
garam secukup rasa (Nina tak letak punn)
Cara-caranya
  • Tumis bahan yang bertanda * hingga layu dan angkat lalu ketepikan
  • Dalam kuali yang sama, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata. Kecilkan api. Nina guna whisk utk kacau rata tepung
  • Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain termasuk bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati. 
  • Siap untuk disajikan bersama Chicken Chop.

 

 
Bahan-bahan untuk Chicken Chop
5 ketul peha ayam yang dibuang tulangnya (Nina beli yang dah siap ajer kat market)
sedikit  tepung jagung
sebiji telur  – dipukul
sedikit serbuk roti (Nina tak der stok so Nina guna Nestum)
garam dan lada sulah
minyak untuk menggoreng
 
Bahan-bahan perencah untuk diperapkan bersama daging ayam 
2 sudu besar sos ‘Worcestershire’ (Nina guna brand MAGGI)
1 sudu besar sos titam
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
1 sudu besar lada sulah 
1 sudu kecil serbuk stok ayam
2 sudu besar jus halia (tumbuk2, perah dan  ambil airnya)
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
 * * * * Kesemuanya diperap selama 3-4 jam. Kemudiaan dimasukkan ke dalam peti ais selama 15minit sebelum digoreng. (TIPS : jangan lebih 15minit dalam peti ais yea)
 
Cara-cara menggoreng Chicken Chop
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Pastikan minyak melepasi paras ketebalan ayam
  • Sediakan sedikit tepung jagung yang dicampur garam & lada sulah dalam sebuah bekas
  •  Salutkan ayam dengan tepung jagung tersebut. 
  • Kemudian celupkan ke dalam telur yg telah dipukul tadi
  • Setelah itu, salutkan  dengan serbuk roti. (Nina guna nestum)
  • Akhir sekali, gareng hingga masak dan keperang-perangan
  • Sedia dinikmati bersama Mushroom Black Pepper Sauce. 
  • Ngappp Ngapppp…. !!!

 

 
 
Selamat berChop Chop ……. !!!
 
 
 
 
 
 

Related posts:

Ikan Siakap Kukus Berkicap
Alamak! Bahaya makan nasi? Mitos atau fakta?
Puff Puff Sausage Puff ...
Giler laaa...!! Diskaun lebih RM1k di Agrofarmstay Melaka
Lifestyle Resepi Ayamchicken chopChicken Chop with Mushroom Black Pepper SauceMenu Ringkasresepi mudahresipisause black pepperWestern Menu

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes