Sapa aje akan teruja tatkala Ramadhan dan semestinya cara masak dan resepi bubur lambuk sedap antara menu paling HOT di carian google kann…?? Sedap kannn nikmati bubur lambuk saat berbuka puasa. Menu yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. idok lerrr perut tu terkejut setelah seharian berpuasa. Bagus untuk penghadaman.
Baki nasi semalam, Boring asyik Nasi Goreng jer kannn…. Bubur lambuk pun boleh
Memandangkan kelmarin Nina ada baki lebihan nasi, sayang dibuang gitu aje… Nak dibuat masak Nasi Goreng dah selalu sangat dah .. Di ringkaskan cerita, dengan nasi leftover semalam Nina bikin Bubur Lambuk favorite family Nina. Senang jimat belanja dapur. Sekejapan licin! Sapa kata surirumah tak bijak, kita lah house finance manager terbaik untuk family kita kannn… Yesszaaa!!
Meh Nina share cara masak dan resipi Bubur Lambuk dari leftover nasi semalam. Mana lah tahu kot korang pun ada nasi baki sahur tu ker kann… Kalau tak de, nak jugak masak Bubur Lambuk, guna aje beras baru. Cuma lama laaa sikit tempoh memasak tu. Layan Hindustan sampai tamat baru siap Bubur Lambuk korang… Hehee . . .
Step by Step Cara Masak dan Resepi Bubur Lambuk Sedap
Cara Masak Resipi Bubur Lambuk Sedap
1- Nampak tu…. nasi lebih semalam jangan dibuang. Masukkan dalam periuk besar, masukkan air dan kemudian masak nasi sampai kembang. Api kecik jer… Baru kembang cantik bubur lambuk korang nanti.
2- Sementara tu, masukkan rempah 4 sekawan. Masukkan kulit kayu manis, pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang.
3- Masukkan banwang besar, bawang putih dan halia. Part ni, kalau korang nak tumis dulu pun boleh. Nina tak tumis, nak kurangkan minyak dalam menu harian. Lepas tu, masukkan sedikit serbuk rempah sup. Kalau tak de, masukkan jer sup bunjut pun boleh. Sukatan korang agak-agak jer… Bergantung pada kuantiti beras/nasi leftover korang.
Cara Masak Resepi Bubur Lambuk Sedap
4- Bahan penting Bubur Lambuk style Nina wajib ada daging segar yang dicincang halus bersama udang kering. Masak hingga daging empuk dan nasi jadi bubur. Korang boleh gak tambah carrot dan kentang tuk memeriahkan Bubur Lambuk korang.
5- Sementara bubur lambuk hampir masak, masukkan sedikit santan untuk lebih melemakkan rasa bubur lambuk. Pastu perasakan garam secukup rasa. Kalau korang nak, boleh tambah serbuk lada hitam. Kasi lagi padu rasa dia!
Ini cara masak dan resipi Bubur Lambuk dari baki nasi semalam. Kalau versi Bubur Lambuk Ramadhan yang mudah dan sedap yang pernah Nina kongsikan sebelum ni. . Ni Nina share tuk korang, Tutorial video Cara Masak dan Resipi Bubur Lambuk Sedap.
Cara Masak Resepi Bubur Lambuk Sedap
30 RESEPI BERBUKA PUASA MUDAH | MEE BIHUN PASTA ROTI
Selain bubur lambuk, pasti ramai antara kita yang tercari-cari menu idea untuk juadah berbuka puasa tapi nak kan yang mudah, ringkas cepat dimasak kann? Buat yang DIET tak mahu menu nasi, Nina kongsikan Resepi Berbuka Puasa Mudah 30 Resipi Mee Bihun Pasta Roti yang korang boleh cuba!
Resepi yang Nina kongsikan mudah disediakan.

banyak kali dah buat …tq nina atas ideanya
Thank you for sharing useful information with us. please keep sharing like this.
What a great article! Thanks for sharing wonderful information. This is exciting and fun to read, I have to gain more knowledge because of this. Good work!
tq for the recipe