Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Resipi Sagu Gula Melaka
January 21, 2020March 8, 2020

Alahai sedapnya! Sagu Gula Melaka | Resipi dan tips buat cantik terbentuk.

Halah halahh halahhh… Ada rindu blog Nina eh. Sorry agak lama tak berupdate. Terharu kira awak selalu tanya khabar blog kita. Alhamdulillah tuan empunya blog sihat walafiat hendaknya.  Cuma agak kebizian buat masa ni. Biasalah awal tahun. Resipi Sagu Gula Melaka

Isi Kandungan hide
1 Cara masak Resipi Sagu Gula Melaka
1.1 Cara masak Sagu Gula Melaka
1.1.1 Resipi Sagu Gula Melaka
2 Related posts:
3 Betul ke Kain NORWEX bagus? 20 sebab kena beli Kain Lap Kayangan ni
4 Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!
5 Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd
6 Apa yang BEST di LEGOLAND | FAMILY DAY KBBA9 happening enjoy bersama keluarga

Sejak Eilman start sekolah terus ada latihan sukan.
Makanya sehari dekat 10 kali kita kuar masuk rumah dok hantar jemput anak sekolah. Sila percaya! Gini laaaa realiti kehidupan mak anak 5, empat yg sekolah.

Dok rumah sejam dua dah kuar semula. Gitu laaa sampai Geng balik keje. Pastu dia lak take turn hantar depa tuition. Mak dah habis tenaga 😂😁

Lately time midnite kita dah tak mampu nak stay berjaga update entri. Faktor usia kot..
Lagipun sejak baca pasal statistik keburukan tido lewat kita seram dah nak stay up midnite. 🙈🙈

Eh.. Terpanjang lak… Baik kita sambung dalam blog jer gini 😂😂😂 (ni pun copy paste dari fb) HAhaa… Sadis kann?

Ppssttt … Tips nak buat dia cantik terbentuk kan korang kena cuci sagu selepas masak. Ini untuk buang kanji nya. Bila dah kurang kanji, tekstur lebih kenyal dan kukuh.

Tak caya try tak cuci, lembik sikit. So payah nak buh dalan acuan cecantik. Bila cantik sesuai laaa buat hidangan apa-apa majlis.

Resipi Sagu Gula Melaka

Cara masak Resipi Sagu Gula Melaka

Rujukan Azie Kitchen

Sagu:
1 cawan biji sagu (warna putih)
1 liter air
1 helai daun pandan simpul
Pewarna kegemaran

Cara masak Sagu Gula Melaka

1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam. Kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu dan masak sehingga sagu bertukar jernih. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir untuk buang kanji. Titiskan warna kegemaran dan kacau menggunakan garfu.
4. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan.

Untuk Manisan:
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
Satukan semua bahan, masak hingga gula larut dan pekat kemudian tapis

Santan:
1 cawan pati santan
1/4 sudu teh garam

Masakkan santan hingga mendidih dan kemudian masukkan garam sikit. Nakkan kuah yang sikit pekat, buh sikit campuran air tepung jagung. (terpulang)

atau lagi senang Susu cair jer… Tapi kalau ikut taste tekak Nina lagi suka lemak berkrim santan.

Cara Menghidang
Keluarkan sagu dari acuan, curahkan gula melaka dan santan. Siap!

Senang jer kannn? Untuk kenduri, atau apa-apa majlis keramaian sesuai menu ni. 

Selain tu, korang boleh gak try bikin Sagu Bronok . Menu ni orang dolu-dolu cukup suka!

Sagu yang ni tentu korang biasa tengok kann?

Resepi Mudah Juadah Berbuka Puasa : Sagu Bronok Kukus

Resipi : Sagu Bronok Kukus | Kueh Sagu Merah Salut Kelapa Parut

Resipi yang Nina kongsikan kebanyakkannya sukatan cawan. Senang tuk korang follow cuba buat. Sebab yang susah Nina pun ‘malas’. HAhaa . . .

Resipi Sagu Gula Melaka

 

Related posts:

Betul ke Kain NORWEX bagus? 20 sebab kena beli Kain Lap Kayangan ni

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Teknik Fotografi DSRL, mudah rupanya nak hasilkan gambar terbaik! Bersama En. Adhadi Mohd

Apa yang BEST di LEGOLAND | FAMILY DAY KBBA9 happening enjoy bersama keluarga

Lifestyle Resepi Dessertkueh mueh tradisionalKuih Muih Tradisionalmenu kenduripudingPuding sedapresipi mudahSagu Gula Melakasukatan cawan

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. Cie says:
    January 22, 2020 at 9:57 am

    anak-anak suka sangat sagu gula melaka ni. tapi kami suka makan dengan susu cair.

    Reply
  2. Mrs Singh says:
    January 22, 2020 at 1:08 pm

    Thankyou for sharing dear,,,love this esp musim panas sekarang
    Mrs Singh. Ipoh

    Reply
  3. Pingback: Sagu Bronok Kukus | Resipi Mudah Juadah Berbuka Puasa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes