Tak sengaja tertengok Drama Camelia. !! Oh tidak… Sakit jiwa, rasa nak hempuk-hempuk screen tv. Cepat-cepat sedar diri, hempuk TV tak akan selesaikan kemarahan. HAhaaa… Stress nonton! Sinopsis Drama Camelia
Awatnya, kenapa? Lakonan Datin Diana Danielle dan Ain Edruse memang terbaik mantap beb. Pelakon lain pun semua watak memang in. Korang kena tengok!
Baca : sebelum ni – Sinopsis Drama CINDAI lakonan penuh emosi Ayda Jebat
Sebelum tu, kot ada darah tinggi sila pi makan ubat dulu. Risau heart attack. Huhuhuu… Akak dah pesan wokeyyyy
Moh baca Sinopsis Drama Camelia ni
Drama Camelia ni agak berat dengan emosi. Penuh dengan stress, masalah dalaman yang penuh dendam, hasad dengki, negetif dan kecelaruan identiti.
Drama ini mengisahkan kisah sebuah keluarga di mana kebahagiaan, kasih sayang ditutupi dengan dendam, hasad dengki dalam sebuah keluarga yang porak peranda . Masing-masing punya perangai suka meroyan.
Mariam lakonan Diana Danielle seorang gadis kampung yang simple, baik, lemah lembut, sopan santun. Dia punya baik sampai dia jarang memikirkan tentang diri sendiri hanya lebih pentingkan dahulukan untuk orang lain.
Malik lakonan Saharul Ridzwan merupakan anak angkat keluarga Mariam. Sejak bapa Malik meninggal, keluarga Mariam yang menjaga Malik sehingga dewasa.
Malik amat sayangkan kedua-dua adik angkatnya Mariam dan Marina. Akan tetapi Malik selalu menyebelahi Mariam bila terjadinya pertelingkahan antara Mariam dan Marina.
Marina lakonan Ain Edruse – adik Mariam seorang yang nakal, agresif, pemarah, selalu memberontak dan mencetuskan masalah dalam keluarga ini dan selalu inginkan segala kemahuan nya dituruti terutama Tok Su nya yang terlalu manjakan Marina.
Dari kecil hidup Mariam penuh dengan detik-detik sukar. Konflik yang terjadi membuatkan Mariam mengalami tekanan perasaan yang kronik. Kesannya Mariam mengalami mental illness split personality.
Hai Saya Camelia!
Kau tanya aku kenapa? Aku ni dah nak giler tau tak? – Mariam
Ok, leason here, you leasso me clearly. Awak tak giler! – Camelia
Ok sah aku tak giler? Orang yang cakap sorang-sorang ni giler. Ok aku tak giler. – Marina
Kisah bermula pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yang dipajak.
Tok Su terlalu sayangkan Marina hingga timbul cemburu dan dendam dalam diri Mariam. Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yang dikatakan amat cantik berbanding dirinya.
Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki ‘split identiti’.
Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik daripada Marina. Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.
Satu hari Mariam mendapat keputusan cemerlang SPM dan ini amat mengembirakan membanggakan Tok Su. Sejak itu, Tok Su mula beralih kasih sayang nya kepada Mariam sehingga menyebabkan Marina cemburu dan mula berdendam pada Mariam sehingga mereka dewasa.
Maka mula laaa Mariam dendam Marina dan Marina pun sama mula berdendam bencikan Mariam. Depa ni dok negetif thinking jerrr…!!
Malik yang akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha untuk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yang dipupuk sedari kecil dapat mengalahkan ‘Camelia’.
Memori yang terluka
Akan tetap aku leraikan
Hanya untuk dirimu
Cintai ku dengan sepenuh hati
Jangan pernah lukai
Cintai ku dengan seadanya
Antara bait-bait lirik lagu OST CAMELIA – Cintaiku nyanyian Alyah
Best gak layan lagu ni. Lirik simple dengan kekuatan suara Alyah. Meremang dibuatnya.
Mampukah Malik mengembalikan Mariam dan hapuskan Camelia dalam diri Mariam?
Bagaimana pula nasib Marina?
Apakah kesudahan konflik antara Marina dan Doktor Azman?
Siapakah sebenarnya yang menghidapi split personaliti?
Tonton drama bersiri ‘Camelia’ yang disiarkan di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce dan Hafidz Roshdi. Diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Akan menemui penonton bermula 16 Januari, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.
JUDUL : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Januari 2020.
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa’wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Malik
Diana Danielle sebagai Camelia / Mariam
Ain Edruce sebagai Marina
Hafidz Roshdi sebagai Dr Azman
Lisdawati sebagai Zakiah / Mak Su
Qistina Raisah sebagai Marina
Puteri Balqis sebagai Mariam
Redzwan Adha sebagai Malik
Naskah yang sarat berat dengan watak yang penuh dengan jiwa dan emosi. Korang yang ada darah tinggi dinasihatkan sila laaaa makan ubat dulu sebelum nonton drama CAMELIA ni. HAhaa… Ingat tau! Stress dia tahap tak leh bawak bincang.
Tak tahu nak kata tapi kah mental illness ini sangat relaven sekarang. Tak mampu dinafikan inilah realiti kehidupan..
Kot korang terlepas episod, korang boleh laaa search dan layan tonton online drama CAMELIA di TV3 Youtube Official
Ada jer dikalangan kita yang ada split identiti. Ker korang sendiri? Eerrkkkk….
tengok drama ni… mula mula tertanya gakk sape camelia.. rupa rupanya terkeluar kot cermin si camelia tu…