• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH TV3

February 12, 2020 by Nina Mirza 3 Comments

Amacam korang ending Drama CAMELIA ? Rasanya semua pun puashati kannn, memasing terima pengajaran dari kesilapan mereka. Nina harap tak yah laaa ada CAMELIA 2. Tak sanggup stress nonton lakonan Diana Danielle  dalam watak split personality dia tu. Menjadi seyhh..!! Drama MAAF TAK INDAH

Okies, sana sinin dok nampak muka  Azar Azmi jer ni.. Lepas satu drama ke satu drama. Lepas Astro ke TV3 pastu Astro ni TV3 lak… Meletop letop si cantik manis ni. Tahniah!

Apa nak heran, lakonan dia pun memang superb.  Sejak drama Drama trending NUR 2 , dan  seterusnya banyak lagi drama. Baru-baru ni jer… Masih di tayangkan kat Astro drama Dua Takdir Cinta. Best sempoi giler lakonan dia. Suka tengok!

Baca : Full Sinopsis Drama DUA TAKDIR CINTA lakonan Azar Azmi yang superb , romantik komedi sempoi giler!

Eh … terpanjang lak bebel. HAhaa… Ok, pengganti drama CAMELIA ni lakonan Azar Azmi bergandingan dengan Azlee Khairi. Dah tonton dan best gak depa berdua ni berlakon sama.  Naskah ni agak berat dengan emosi.

Drama MAAF TAK INDAH

Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH

Perkahwinan Syazan dan Raimie cukup indah. Mereka melalui saat-saat yang penuh kebahagiaan. Tapi panas tak lama, hujan ribut taufan mula melanda bahtera mereka. Semuanya mula berubah apabila Syazan disahkan mengandung.

Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan belum mahukan anak lagi tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandungnya.

Kerana kesilapannya Syazan dihukum oleh Raimie. Bagi Raimie kesalahan Syazan itu terlalu besar. Yelah….  Syazan ingin membunuh zuriat mereka sendiri! 😱

Dengan izin Allah, bayi itu selamat dilahirkan. Tetapi angkara perbuatan Syazan, Adam lahir tak sempurna. Adam cacat!

Kau tengok! Sebab kau, sebab kau… Apa yang jadi ni sebab kau Syazan!

Namun orang kata naluri seorang ibu.. Saat melihat anaknya, hati Syazan diterpa rasa bersalah. Lantas kemaafan dipohon dari suami, namun Raimie keras hati untuk berikan kemaafan, walau Syazan melutut memohon keampunan.

Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila. Camner laaa Zila ni tetiba boleh wujud?

Episod sedih hidup Syazan bermula. Dia diceraikan, di buang keluarga sendiri. Apakan daya semuanya telah terjadi. Raimie pergi membawa anak mereka.

Segalanya hilang! Semampunya dayanya Syazan mulakan hidup baharu. Semua penuh duka lara. Bukan mudah Syazan bangkit untuk meneruskan hidupnya.

INFO Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH

Lima tahun berlalu . . .
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama.  Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa.

“Saya nak jumpa Adam.”-Syazan.
“Temankan saya untuk satu malam. How bout that?”-Raimie. Kejamnya Raimei..!!

Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu.

“Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka.”-Syazan

Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah ikatan yang terlerai akan bersambung kembali? Siapakah Tia?
Jeng jeng jengggg….

Semuanya akan terjawab dalam drama MAAF TAK INDAH ni…

Drama adaptasi novel Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang mengisi slot Samarinda TV3. Menemukan gandingan Azlee Khairi dan Azar Azmi. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Zamriez Golden Pictures.

JUDUL : MAAF TAK INDAH
EPISOD : 18 episod
TARIKH TAYANGAN : Februari 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan

WATAK PELAKON
Azlee Khairi sebagai Reimi
Azar Azmi sebagai Syazan
Ruhainies sebagai ziela
Fizo Omar sebagai Jai
Zuhayr sebagai Adam
Cassia Iman sebagai Tia

Sinopsis Drama MAAF TAK INDAH

Setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya,
Setiap hikmah ada pengajarannya,
Setiap pengajaran mematangkan kita,

Kenapa dan mengapa?
Kita lalui dan tempuh dengan penuh sabar.
Kita tengok pada diri kita,
Suatu terjadi pasti ada silapnya,
Kita perbaiki, kita hanya manusia biasa,
Tiada apa yang boleh mengubah jika bukan diri kita.
Slowly but surely…

Aku terkontang kanting tapi aku tidak menyalahkan sesiapa,
Semua kerana diri aku.
Walaupun pahit biarpun perit,
Aku telan aku genggam,
Aku simpan segala terpalit,
Aku semat pada yang terdalam.
– syazan syahira shariman –

Adakala memberi peluang kedua itu harus. Mana tahu peluang kedua itu akan lebih membahagiakan kita kannn..??

Menarik jalan cerita nya kann? Naskah hebat ni tentu Uummphhh dengan lakonan Azar Azmi , Azlee Khairi dan barisan pelakon lain yang hebat-hebat!

Kot korang terlepas episod Drama ni, korang pi laaa search kat Tonton Online Drama MAAF TAK INDAH TV3 Malaysia Youtube Official

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Personal, Review Tagged With: Azar Azmi, Azlee Khairi, Drama 10pm, Drama Adaptasi Novel, Drama best, drama MAAF TAK INDAH, Drama sangat, Sinopsis

  • Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
    Raya sakan Nina tahun ni! HAhaa.. Shopping Branded Handbag di SELLECTION.COM
  • 15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
    15 Resipi Mudah BUKA PUASA Menu EAT CLEAN khas untuk awak!
  • Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
    Buffet Ramadhan 2021 SUDIRMAN CAFE Koptown EDC Hotel KL BEST Murah Sedap!
  • SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
    SYSTEMA Kempen GUMBATTE Towards Healthy Gums and Teeth
  • APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
    APAKAH PRODUK MUSLIM BENAR-BENAR MUSLIM?
  • Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
    Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU episod akhir. BEST giler gandingan Intan Najwa dan Redza Rosli
  • Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
    Cuba beralih ke NEW.BIE tak sangka bagus berkesan merawat kulit muka bermasalah
  • AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM
    AQIQAH Online Anak Lelaki di Mekah mudah dengan AQIQAHCENTER.COM



Comments

  1. Zuriah mohamad says

    July 3, 2020 at 10:23 am

    Kenapa tak blh cri ya video ni di.mana2 youtube….x da jln crita yg penuh pun. Cari cr byk kali still x ada

    Reply
    • Nur says

      July 7, 2020 at 12:58 am

      Mmg… mungkin mereka tak bagi sebab ada isu menggugurkan bayi

      Reply

Trackbacks

  1. sinopsis Drama RINDU YANG TERINDAH TV3 - Nina Mirza says:
    March 16, 2020 at 12:18 am

    […] tamat sudah Drama Maaf Tak Indah  yang cukup touching, sarat dengan emosi dan pengajaran oleh lakonan hebat gandingan Azar Azmi dan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • RESIPI PULUT SERUNDING
    By : Tiffin Biru
  • Camana nak selesaikan masalah si Qhaliff ni ?
    By : Ben Ashaari
  • Dengki Ke ?
    By : Saidila Lifestyle
  • MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA
    By : Sohoque
  • Bila Monitor PC Baru Pakai 3 Bulan, Dah Rosak!
    By : Hafiz Rahim
  • Jangan Putus Asa
    By : Mama Kembar Tiga
  • KEDAI CERMIN MATA MURAH DAN VIRAL DI SUNGEI WANG PLAZA KL
    By : YB Shehan

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa