Day 8 , Salam Ramadhan buat semua. Bulan Puasa ni memang ke laut dalam sikit blog Nina. Tak done nak update kerap cam dolu. Masa limited. Akan tapi, Nina usahakan selit selit masa yang ada , seperenggan sehari gitu. Ok Poyo! End up, sehingga today, dapat lah se artikel penuh gini. Aduh entah apa merepek lak Nina ni.. Cara Masak Kuey Teow Goreng
Di facebook dan di instagram Nina, jemput follow Instagram nina.mirza sempat laaa upload seketul dua gambar bila ada masa terluang. Lebih kerap berbanding di blog tapi tau jer laaa FB IG bukan seronok tulis panjang-panjang. Feel nya kurengg..
KueyTeow Goreng simple ringkas cepat masak.
Ya biasanya #MenuBerbukaPuasa Nina yang simple simple jer. Jarang sekali nasi sebab nasi nanti kita orang makan masa sahur. So untuk berbuka puasa biasanya mee, pasta, bihun, kuey teow atau roti. Resipi ni dah ulang kali dok guna.
IDEA 30 menu buka puasa berasakan mee, pasta, bihun, kuey teow, roti – NO NASI
Okies, sebelum Nina terusan membebel entah apa-apa, moh lerr Nina kongsikan cara Masak Kuey Teow Goreng style Nina. Yang pasti simple, cepat dan mudah!
Cara Masak Kuey Teow Goreng Sedap Mudah
Bahan-bahan
1 paket kuey teow 1 kg
Bawang merah
Bawang putih
Sesenduk nasi Cili Giling Puteri – nak pedas buh laa lebih ehhh
Sos Tomato, Sos Tiram agak-agak dalam kurang sesenduk nasi
Kicap Jalen Lemak Manis- Nina curah jer janji cantikkan warna Kuey Teow Goreng Nina dan seimbangkan rasanya.
Air secukupnya dalam 1/2 cawan kot
Minyak untuk menumis
Rencah Nina masukkan aje apa jer bahan yang ada alam fridge. (Fish cake, taugeh wajib ada baru sedap kuey teow goreng, dan daun kuchai. Kot ada sis ayam ke, udang ke, kerang ke buh jer ikut suka)
Cara Masak Kuey Teow Goreng Sedap style Nina Mirza
1.- Tumis Bawang merah, Bawang putih. Pastu masukkan cili giling Puteri, masak sampai pecah minyak. Bestnya cili giling Puteri ni, dia cepat masak pecah minyak. Jimat masa! Patutnya takyah tumis bawang merah bawang putih pun tak pe sebab dia 3in1.
2.- Ok lepas tu masukkan sos tiram dalam 1 senduk, sos tomato 1 senduk dan kicap secukup rasa.
3.- Masukkan fish cake, masak seketika. Tambah air biarkan mendidih.
4.- Pastu masukkan kuey teow. Gaul rata. Dah sebati masukkan taugeh dan daun kuchai. Suka masuk last sebab Nina suka taugeh tu rangup!
5.- Siap.. Mudah kannn?
Korang berbuka apa tadi?
Oh ya, Cili Giling Puteri ni antara favorite Gili Giling segera favorite Nina. Stok wajib ada kat rumah ni, sebab bila rushing nak masak sambal ke, atleast Nina dah ada cili giling yang gerenti buat masakan Nina lebih sedap.
Tapi kalau ada masa, Nina rajin juga bertapa kat dapur sambil menggunting-gunting cili kering, buang biji, cuci banyak kali sampai air tak keruh, pastu rebus, pastu cuci lagi, pastu blend dan masak dalam sekawah gitu sampai pecah minyak. Fuhhh . . . tu belum add on pakej jari jemari pijar sampai muka pun pijar. Gatal tangan pi lap mata laa, garu hidung laaa. Padan muka sendiri! HAhaaa
TIPS Masak SAMBAL SEDAP Tapi Senang Mudah jer …
Korang suka cili giling instant brand apa?
Sedapnya tengok kuew teow ni..Memang mudah masak ni. Cili giling guna Puteri juga