Sapa suka minum coffee aka Nescafe? Cer angkat tangan sikit tengok!
Tak payah sorok, Nina tau ramai yang suka minum nescafe dan ada yang dah tahap addicted kann? Ngaku cepat….. Tak baik bohong nanti rumah terbakar tak de orang nak panggil bomba. Huh? Errkk~~ tak de kaitan ehh?
Haishh…. Kan ada citer budak yang suka bohong kata rumah dia terbakar, sekali bomba datang tak de pun kebakaran. Banyak kali lak tuu dia bohong. Pastu end the end, rumah dia betul-betul terbakar tak de sapa percaya dan tak panggil bomba pun. Hangus semuanya…. Itulah kisah dan tauladan untuk hari ini.
So jangan bohong! Itu juga perbuatan kejam syaitonnirrajimmm….. fuh fuhh… Pergi!
Sekian
.
.
.
.
.
.
.
..
.eh ehhh…. itu jer ker? Tadi tanya pasal nescafe.
Kan kan kannnn…… *tetiba lari tajuk* failled exam Ooopsss…!!
Hokey, citer tentang Nescafe. Bukan nak boikot atau menentang sesapa yang suka minum Nescafe tapi memandangkan ekonomi yang semakin maju dengan jayanya bersama GST tak lama lagi so Nina nak share kat uolls antara tips Nina nak kurangkan perbelanjaan kita.
Yang selalu minum coffee / nescafe Nestle tuu boleh laaa try yang murah sikit. Contohnya yang nie hah…. Hari tuu Nina shopping kat Tesco dan Nina dah try brand Tesco
Ok ker? Hhrmm….. Not bad. Ok jer… Still rasa coffee segera.
Murah. Baru RM9.90 /100gm ***ini bukan iklan nak promote brand atau bagai tapi sekadar sharing***
Selain tuu, uolls boleh gak try beli pack kecik brand lain yang murah sikit dari yang sedia ada. Kata nak jimat kann? So kena ada perubahan… Nak atau tak nak, perubahan itu perlu di saat sekarang.
Jangan nak berlagak sangat ehhh… Pak menteri kata yang keje bergaji kurang Rm5k sebulan tuu kategori miskin. So pepandai lah berjimat ikat perut, sekat tekak bagai yea.. *Maaf andai ada salah info dan ada yang terasa – tak bermaksud pun*
Macam Nina nie, bukan kategori addicted coffee yang perlu minum setiap pagi sebelum memulakan keje tapi kadang tuu kena gak minum cuz Nina baking lewat malam.
Nina nie permaisuri rumah aka homemade bakers, ada tempahan yang perlu Nina penuhi dan time Nina baking adalah time uolls tido. Dah memalam buta nak baking memang lah ngantuk yang amat so Nina memang akan minum coffee baru celik mata nak buat keje. Itu pun Nina buat light-light jer. Janji ada rasa sikit jadi laaa
Kalau tak minum coffee, jawabnya hangus lah cake ku…~~~ *lena dibuai mimpi sebelah oven*
hehee…
Tapi kan…. Dulu time Nina keje Nina addicted gak. Sekarang nie dah kurang sikit dah. Come babeh come ikut tips Nina.
Buat yang suka minum Nescafe/coffee segera tuu sila laaa
-. Kurangkan secawan dua setiap hari. Contohnya sehari uolls minum 3 kali so lepas 1hb April nie uolls minum laaa secawan ajer. Sebaiknya pagi jangan ambik. Tahan nafsu tuu! Sampai petang agak-agak ketaq sangat baru buat secawan. Try laaaa…..
-. Kalau sebelum nie uolls buat 2sudu teh untuk secawan, pasni just buh 1 ½ sudu ajer memula then try 1sudu teh lak…. Lelama just buh gula/susu/creamer ajer~ hahaha…. Tipu lah tuuu!
-. Yang buat guna 3in1, jangan buh sepaket terus, buat ½ ajer… kalau macam cair sangat, air nya pun ½ .
-. Try set dalam fikiran yang uolls tak memerlukan coffee setiap hari. Cakap kat diri coffee tuu tak bagus untuk kesihatan. Memang tak bagus pun kann… Terasa nak minum ajer pi minum air suam, terasa nak minum ajer pi minum air suam. Lelama dah kenyang air suam, sure tak mau minum pasal dah kembung air suam. Kalau buat pun gerenti tak habis nanti. Kan dah rugi…… Degil..!! Hehhee….
-. Kalau nak juga minum rasa coffee …. Cuba lah makan gula-gula Kopiko jer (janji ada rasa coffee tuu)
Cukup tak tips? Agak-agak berjaya tak…?? Try laaa…
Kalau tak berjaya juga, uolls try buat 10paket 3in1 dalam 1cawan. Minum 4kali sehari sampai uolls migraine. Dah sakit padan muka… Pastu gerenti beringat dan tak akan buat lagi. Hahaha…..!! Jangan mare nanti kena jual…. Gurau ajer~
Actually minum coffee nie tak de memudaratkan sangat. Ok jer….
Semua pun bermula dari kita sendiri. Set kan dalam fikiran. .. InsyaAllah…