As’salam semua …. Apa khabar? dah makan lunch? Nina baru jer selesai makan Lunch. Alhamdulillah ….. Dah licin pinggan mangkuk baru nak update entry. Hehehe . . . Disebabkan kebuntuan melanda ditambah pulak dengan cik “M” bertahta dalam badan hari nie, Nina masak menu yang paling ringkas dan cepat. Apa erkkk …..?? Ikan Kembung Masak Singgang menu Nina hari ni.
Ya , Ikan Kembung Masak Pindang menu paling cepat! Paling simple, ringkas, senang sangat laa.. Campak-campak aje semua pastu tunggu mendidih masuk ikan, tunggu mendidih lagi siap !! Makan pun sedapp ….. ada rasa masam-masam pedas sikit. Layan laaa kalau makan ngan nasi panas-panas atau bubur nasi sambil hirup kuahnya. Aduyai asyik sungguh! Ok, over Hahaa
Jom tengok resipi Nina ….. (walaupun Nina pasti semua orang tahu masak pindang nie) Ada ker yg tak tahu. Eermmmm….??? No comment laaa . . …
Ikan Kembung Masak Pindang Paling Simple Mudah Cepat
Bahan-bahan
5 ekor ikan kembung sederhana besar
2 biji bawang besar – dimayang halus
2 ulas bawang putih – nina ketuk ajerr
1 inci kunyit hidup – nina ketuk ajerr
1 inch halia – nina ketuk jer ( tapi ada orang tak masukkan halia. Terpulang ikut korang)
2 batang serai – nina ketuk pas tu hiris besar-besar
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Hahaa..
1-2 biji cili merah dan cili hijau – hiris serong
1 keping asam gelugur
2 biji tomato – belah empat
garam, gula secukup rasa
Cara-caranya :-
1- Ikan dibersihkan lalu ditoskan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih kunyit, halia,serai dan cili padi. Rebus hingga mendidih
2- Kemudian masukkan asam gelugur, kacau dan biar mendidih.
3- Lepas tuu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan hijau. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan garam & gula secukup rasa.
4- Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama nasi panas-panas.
Pas tu hirup kuah nyaaa… Slurpp.. slurppp ….. heheee. . . .
Selain masak Singgang Ikan Kembung, korang boleh jer cuba Singgang Bendi . Sedap gak weyyyy hirup-hirup kuah dia!
Slurpp Slurpp…!! Kalau demam, ini antara menu pembuka selera. Makan ngan nasi bubur InsyaAllah boleh habis seperiuk. Hehehe . . .
Kalau citer bab menu pembuka selera waktu demam, Nina paling suka makan yang masam-masam. Pastu pedas-pedas. Perghhh… Sedap! Korang kena cuba makan Sotong Rex Masak Asam .
Menu ni pun best..SA kalau buat letak bendi banyak2..sedap..kawankan dengan sambal belacan
hahaha..ni lg 1 pebret amy..x jemu2, mau x sedar bertambah2 nasi klu dpt msk pindang ni..nk2 letak bendi byk2..sedapnye..
Amelia, aahhhh…. sedap kann buh bending banyak-banyakk…
Sama lah taste kita. Sep!
Di sbb kan hari ni minyak masak kat rumah dh hbs terjadi nya lah menu masak pindang simple n sedap tq
Salam Nina
Malam ni pakcik nak guna resipi di atas.
Pakcik nak masak untuk anak pakcik yang baru melahirkan anak
Harap2 sedap..
Wa’alaikumussalam Pakcik,
Selamat memasak. Moga menepati citarasa Pakcik sekeluarga.
Tahniah untuk pakcik sekeluarga sempena ahli baru dan Selamat berpantang buat anak Pakcik
tq. resepi ni jd msakan tgh hr ni.
I would like more information about this, because it is very nice., Thanks for sharing.
Walaupun Nina pasti semua orang tahu masak pindang nie..
Salam sis. Apa beza masak pindang dengan singgang ye?