Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

McDonald's 40 tahun HAPPY MEAL
November 25, 2019November 25, 2019

Yeahhh…!! Teruja nak kumpul McDonald’s SURPRISE HAPPY MEAL . Ada 14 Ikonik Mainan Limited Edition

14 Mainan Ikonik McDonald’s Muncul Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal

Isi Kandungan hide
1 14 Mainan Ikonik McDonald’s Muncul Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal
2 McDonald’s Surprise Happy Meal
2.1 Mainan Surprise dalam Happy Meal
2.2 Mainan Ikonik McDonald’s Muncul Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal
2.3 Edisi terhad Surprise Happy Meal
2.3.1 1- Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988 2- Fireman McNugget (McDonald’s): 1988 3- McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988 4- Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989 5- Grimace (McDonald’s): 1990 6- Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991 7- McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993 8- Hamburglar (McDonald’s): 1995 9- Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996 10- Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997 11- Tamagotchi (Bandai): 1998 12- My Little Pony (Hasbro): 1998 13- Furby (Hasbro): 1999 14- Hello Kitty (Sanrio): 2013
2.4 Parties @ McD, McDonald’s Malaysia
2.5 Kenapa Parties @ McD best?
2.6 Ruang di McD bukan untuk Birthday Parties aje!
2.7 Camner nak tempah Parties @ McD?
2.8 McDonalds 40 tahun HAPPY MEAL 14 Ikonik Mainan Edisi Terhad
2.9 Related posts:
3 Biskut Raya Paling Senang Sedap - German Cookies
4 Ayam Ponteh Taucu
5 Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!
6 Fuuhhh... Seram seyh Drama DAH MATI PUN CANTIK Astro

McDonald’s Surprise Happy Meal

Satu ketika dulu masa Nina keje, bila lunch buntu nak makan apa Nina akan makan kat McDonald’s. Restoran family favorite Nina! McDonald’s Surprise Happy Meal

Dan tanpa segan silu dengan selamba Nina akan order Happy Meal. Lantak laaaa orang nak kata apa.  Lagipun Nina small size,  bukan orang perasan pun.  Untung kita kan!  HAhaaa…

Nina selalu beli Happy Meal  sebab menu dan portionnya menepati size perut dan citarasa Nina (Happy Meal dapat air Ribena) tapi mainan kat dalam nya buat Nina rasa surprise tiap kali terima kotak Happy Meal.

McDonald's Surprise Happy Meal

Mainan Surprise dalam Happy Meal

Dan sekarang,  saat teruja dapat mainan dalam Happy Meal turut mempengaruhi  anak-anak Nina. Moment mereka excited  bukak kotak Happy Meal nak tahu dapat mainan apa tuu sukar diterjemahkan.

“Yeahhhhh…  Eicha  dapat minion! Comel nya..  Ehan dapat apa?  “

Mereka bertukar-tukar koleksi  sebab selalunya akan dapat mainan yang berbeza.  Lain minggu,  lain bulan,  lain hari lain ikoniknya.  So surprise.  Love that moment!

Mainan Ikonik McDonald’s Muncul Kembali Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Happy Meal

40th YEARs HAPPY MEAL McDonalds special edition 14 ikonik

Oh yes!  Dah 40 tahun dah rupanya Happy Meal ni.  Sejak Nina umur 2 tahun dah ada set Happy Meal.  Pepandai laaa korang kira umur Nina.  🙈🙈

Peminat pengumpul tegar ikonik Happy Meal tentu sekali tak akan lepaskan peluang mengumpul koleksi istimewa  ini kannn?

Edisi terhad Surprise Happy Meal

Ada 14 ikonik istimewa untuk di buat koleksi.
Yang mana satu favorite  korang?
Kalau Nina opkos Hello Kitty yang comel ni harus ada dalam simpanan.

McDonald's 40 tahun HAPPY MEAL

Surprise Happy Meal boleh didapati di restoran McDonald’s seluruh negara mulai 28 November ini.  Save the date beb! Cepat tau… selagi stok masih ada.

“Kami sangat teruja membawa rakyat Malaysia mengimbas kembali detik-detik manis dengan mainan-mainan paling ikonik Happy Meal pada masa lalu, seperti Beanie Babies dan Tamagotchi. Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.

McDonald's Surprise Happy Meal

Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi dan edisi terhad berikut, yang pastinya amat dekat di hati pelanggan-pelanggan McDonald’s sejak sekian lama:

1- Cowboy McNugget (McDonald’s): 1988
2- Fireman McNugget (McDonald’s): 1988
3- McNugget Carrier Mail (McDonald’s): 1988
4- Hamburger Changeable (McDonald’s): 1989
5- Grimace (McDonald’s): 1990
6- Dino Happy Meal Box Changeable (McDonald’s): 1991
7- McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel): 1993
8- Hamburglar (McDonald’s): 1995
9- Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers): 1996
10- Patti the Platypus (Ty Beanie Baby): 1997
11- Tamagotchi (Bandai): 1998
12- My Little Pony (Hasbro): 1998
13- Furby (Hasbro): 1999
14- Hello Kitty (Sanrio): 2013

“Membuka kotak Happy Meal sering menjadi detik keriangan seisi keluarga, dan ia mewujudkan satu hubungan istimewa antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi kami, Happy Meal bukan sekadar menu yang kami tawarkan – ia juga membantu mewujudkan kenangan terindah atau ‘feel good moments’ di kalangan keluarga,” tambah Melati.

Parties @ McD, McDonald’s Malaysia

Masa Nina kecik dulu pernah berpeluang  pegi majlis Harijadi kawan di McDonald’s.  Zaman tu sapa yang buat Birthday Party kat McDonald’s  dikategorikan  orang have have gitu.

Dan sekarang Nina berimpian nak adakan Birthday Party anak kat McDonald’s  juga.  Nak anak Nina rasai saat yang tak akan mereka lupakan seumur hidup.

Kenapa Parties @ McD best?

PARTIES McDONALDS

Giler tak best?  Bukan saja dihidangkan favorite food kanak-kanak , dekorasi  turut disediakan,  belon-belon yang menarik pasti buat anak-anak excited!

Bukan tu aje,  malah ada aktiviti yang akan  dikelolakan oleh staff McD. Ada game yang akan buat semua seronok terhibur.

Ada rezeki rakan-rakan Ronald  McDonald’s  akan datang untuk surprise nanti. Opkos majlis akan lebih meriah dan jadi kenangan terindah  mereka.  Tetamu yang dapat join sama  pun tentu seronok berkongsi kegembiraan kannnn?

Ruang di McD bukan untuk Birthday Parties aje!

Ya, melalui Parties @ McD, McDonald’s Malaysia menyediakan ruang untuk rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur untuk mengadakan pelbagai sambutan.

Kita selalu fikir  ruang tersebut  untuk birthday jer kannn? Sebenarnya majlis lain pun boleh.  Contohnya majlis perjumpaan semula omputeh kata reunion. Jumpa kawan sekolah lama tentu akan mengimbau kenangan  masa sekolah kannn? Masa kecik sesama dating kat McD ker.  Ooopssss…!!  HAhaa..  McD pun antara  tempat  favorite study group Nina dulu-dulu. Sapa sama macam Nina dulu? HEhee..

PARTIES McDONALDS

Selain Parties @ McD, McDonald’s Malaysia juga menyediakan Meetings @ McD dimana para pelanggan boleh menggunakan restoran-restorannya sebagai tempat mengadakan mesyuarat di luar pejabat. Lebih santai,  kurang laaa stress dari meeting kat office kann?

Sambutan-sambutan ini merupakan peluang bagi orang ramai berkumpul untuk mencipta dan menikmati detik-detik manis bersama keluarga, sahabat dan orang tersayang. Setuju kannn?

Camner nak tempah Parties @ McD?

Senang jer…  Korang boleh terus ke lokasi pilihan untuk booking atau  melalui aplikasi McDonald’s Malaysia, yang boleh dimuat turun di Play Store dan Apple Store, atau di laman web McDonald’s Malaysia di http://www.mcdonalds.com.my

Sapa nak buat majlis kat McD tu  jangan lupa  ajak Nina tau.  Dan…  Ingat tau 28hb. November  ni dah boleh pi serbu McD beli Happy Meal dan kongsikan mainan  ikonik mana korang dapat.  Limited edition  beb!

McDonald's Surprise Happy Meal

Ppsstttt…  Nak pesan  ni,  kot korang dapat Hello Kitty kann,  sudi laaa tukar suka sama suka ngan Nina. Please please pleaseeess….
Kalah perangai anak.  HAhaa..

McDonalds 40 tahun HAPPY MEAL 14 Ikonik Mainan Edisi Terhad

ada di pasaran bermula 28hb November 2019 diseluruh McDonalds. Dapatkan segera

Related posts:

Biskut Raya Paling Senang Sedap - German Cookies

Ayam Ponteh Taucu

Roti Lapis Daging Cheese..... Nyummy!

Fuuhhh... Seram seyh Drama DAH MATI PUN CANTIK Astro

Lifestyle Parenting Review HAPPY MEALIkonik MainanLimited EditionMcDonaldsMcDonalds Happy MealParties McDRestoran Familytempat makan besttempat makan sedapToys

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (18)

  1. Nadia Johari says:
    November 27, 2019 at 3:38 am

    best mainan legend ni..nak kene beli sebb terhad..lagi satu boleh buat party tu..huhu..bolehla nanti buat party dekat sini..ehehe

    Reply
  2. nurul aqidah azahar says:
    November 28, 2019 at 10:50 am

    mcd memang dari dulu keluarkan mainan mini yang comel2 macam tu. Ida sendiri ada koleksi ibu ida simpan dari zaman kecil lagi. Memang legend, sekarang memang dah takde. Orang tngok pun terkejut sebab barang lama

    Reply
  3. Eiza GreenAppleKu says:
    November 28, 2019 at 2:42 pm

    Surprise Happy Meal memang rare. Rugi la kalau tak dapatkan salah satu koleksi dia. Sis pun kadang-kadang layankan saja kehendak Hud bila dia tau Happy Meal ada mainan best. Toys dapat, makanan pun dapat. Hud suka milo ais no ice kiub dan naget. Fries dia bagi mak dia makan.

    Reply
  4. Rawlins GLAM says:
    November 28, 2019 at 3:33 pm

    Yeah. Rawlins boleh tambah lagi koleksi mainan Rawlins – dah cukup 2 almari kaca tempat Rawlins menyimpan mainan dari McD nie.

    Reply
  5. Salina Johari says:
    November 28, 2019 at 4:48 pm

    Ala…Sal nak kumpulkan jugak. Dapat mengimbas kembali kenangan masa muda remaja dulu. Tq McD sebab kembalikan nostalgia !

    Reply
  6. xul says:
    November 28, 2019 at 5:00 pm

    BALIK KERJA KEJAP LAGI ZUL NAK BELI hAPPY mEALS SET NI, NAK KUMPUL KOLEKSI MAINAN YANG LIMITED EDITION NI. BARU CANTIK LETAK DALAM BILIK

    Reply
  7. Bella Jamal says:
    November 28, 2019 at 6:24 pm

    Wah memang tgh laris sekarang. Ada yang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan mainan ikonik ni. Kawan baru pi area Setpaak, tak de org beratur katanya. Mungkin org KL tak heran kot. Hehehe

    Reply
  8. Dura Norell says:
    November 28, 2019 at 8:39 pm

    Byk juga mainan happy meal yg dura tak pernah tgk! Huhu

    Reply
  9. huda halid says:
    November 29, 2019 at 8:03 am

    Best yer mainan ikonik dah boleh dapat kat McD jer skrg! Dah lama teringin nak arrange birthday party untuk anak2 kat Mcd ni.. hope one day tercapai

    Reply
  10. Mat Drat says:
    November 29, 2019 at 8:09 am

    Bagus la McDonald’s buat macam ni, dapatlah mak ayah kumpul semula toy Happy Meals. Ada antara koleksi ni, masih elok Mat Drat jaga

    Reply
  11. Aju Mohit says:
    November 29, 2019 at 8:18 am

    teringat masa sekolah menengah dulu, memang suka buat koleksi semua mainan kat mc d ni. hmm bolehla kalau nak celebrate birthday yang tersayang kat sini. sure bebudak happy

    Reply
  12. Mus says:
    November 29, 2019 at 9:51 am

    Untunglah siapa dapat. Comel comel semuanya.. anak anak saya suka kumpul ni

    Reply
  13. sis gee says:
    November 29, 2019 at 9:53 am

    memang ikonik sungguh tahun 80an pun ada tuuu…nak kena terjah nih!

    Reply
  14. preciousCLA says:
    November 29, 2019 at 9:58 am

    Aiits yang ni betul-betul peminat setia McDonalds kan kan kan…. kalau dapat collect semua 14 ikon tu kan best. boleh nak show shiiikitttt hahah

    Reply
  15. Ayu Rafikah Mohd Amin says:
    November 29, 2019 at 11:53 am

    bestnya kalau dapat buat parti di mcd..mesti menarik dan meriah..suka dengan pilihan makanan di mcd yang memenuhi citarasa kanak-kanak.

    Reply
  16. Mahamahu says:
    November 29, 2019 at 2:34 pm

    Wow dapat 14 Iconik mainan MCD ker bestnya hehehe kita tengok hari tu promo yang Hello Kitty tu memang ramai giler orang tak sangat sambutan hangat wakakak tapi kita tak terpedaya wakakak sabar-sabar…

    Reply
  17. Kak Feni says:
    November 29, 2019 at 3:37 pm

    Nak kena serbu McD lagi lah ni.

    Reply
  18. Marina says:
    November 29, 2019 at 10:52 pm

    Ya ampunnn sukanye mainan legend ni. Wajib pegi beli happy meal ni. Anak anak marina mesti teruja

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes