Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Cara Buat Puding Milo Oreo
November 27, 2019April 4, 2023

Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak

Seronoknya Cuti Sekolah

Isi Kandungan hide
1 Seronoknya Cuti Sekolah
2 Aktiviti Cuti Sekolah
3 Puding Milo Oreo
4 Resipi Puding Milo Oreo
5 Cara buat Puding Milo Oreo
6 Related posts:
7 Heavenly Carrot Cake lagi dan lagi ~~~ Kenangan terukir dihati....
8 Vanilla Muffin with Kismis
9 Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore ... Sedap dan mudah aje nak bikin!
10 4 Tips To Help You When Decorating For An All-White Room

Cuti sekolah ni paling sibuk dah tentu surirumah. Stress weyhh . . .! Haru hara rumah di buatnya. Celik jer mata anak-anak maka bersiap sedia lah berjuang berperang sehingga depa tido.  Bukan mudah … bukan mudah yaa…  Cara Buat Puding Milo Oreo

Yang mana anaknya sorang tuu, memang feel like

“ Oohh love this moment. Spend time together-gether with my love. Pegi nonton wayang, shopping, jogging bersama, sarapan pasti  pi opis husband lunch sesama. Memang enjoy! ”

Tu yang anak satu, cer anak 5 cam Nina ni. HAHAAHAAA…!! Tak mampu jari jemari ni meluahkan membina ayat. Wakakakaa . . .!!

Aktiviti Cuti Sekolah

Anak-anak ni selalunya akan diam masa makan. Rasa nak tenang nyaman sunyi sepi kejap rumah ni, saat mereka makan laaa… Depa enjoy their food.

Aktiviti masak bersama anak-anak antara aktiviti Nina dengan anak-anak masa cuti sekolah ni. Memang depa ni minat nak tahu cara persedian untuk sesuatu menu tu terjadi. Antara favorite depa adalah puding.

Cara Buat Puding Milo Oreo Viral Jadi Menu Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak. Seronok dapat buat sesama. Mereka explore cara penyedian menu favorite mereka

Puding Milo Oreo

Memang sedap makan puding ni terutama sejuk-sejuk. Nyaman jer rasa tatkala masuk ke mulut tekak  ni. Sejuk! Nak plak puding  bersusu. Berkhasiat kannn untuk anak-anak.  Meh Nina share  dessert favorite anak-anak Nina

Cara Buat Puding Milo Oreo

Resipi Puding Milo Oreo

Saiz bekas: 8″ bulat Bahan-bahan 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar) 4 cawan air  atau 1 litter ¾ cawan gula 1 tin Susu Cair (nak guna susu kotak UHT pun ok) ¾  cawan Milo 1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

Cara buat Puding Milo Oreo

1.- Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula, masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih. 2. Asingkan 2 cawan ke dlm periuk yang lain dan campurkan milo sehingga sebati. 3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam bekas acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku. Nak tutup kejap api pun boleh, risau terlupa hangit lak.. Parah! Apabila permukaan nya mula mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih (susu) tadi. Taburkan biskut oreo. Tekan bagi masuk tenggelam. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi. Kalau tadi korang tutup api, panaskan semula baru tuang atas adunan putih. Pelan-pelan tuang tau supaya adunan tak tercampur. 4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam petisejuk.

Resipi Puding Milo Oreo

Tips Melapis Puding  a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sebab takut lapisan tidak melekat. Jika membeku semua, guris-guriskan permukaan dengan garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya. b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Selamat mencuba …!!  Tak susah pun, try dulu.. Dah jadi nanti confirm korang kemaruk nak buat lagi dan lagi. Seronok satu kepuasan bila pudding korang menjadi dengan jaya nya tau! Anak-anak lagi laaa excited tengok hasil kejayaan depa.

Resipi Oreo Cheese Cake Paling Mudah Sedap Tanpa Bakar

Tapi buat yang tekak omputeh sukakan kek cheese, Nina rekemen korang cuba Resepi Cheesekut Tiramisu Paling Mudah Sedap tanpa bakar tanpa oven jugak nih. Wajib cuba sebab dah cuba gerenti korang rasa tak puas nak lagi dan lagi..!! Resepi mudah ni sesuai buat korang yang baru cuba-cuba nak niaga dari rumah.

Buat korang yang suka kan resipi kek tanpa bakar, tanpa oven gini Nina suggest korang cuba Resipi Kek Batik Viral Lembut Gebu Sedap nih. Serius sedap betul. Rekemen korang cuba!

Related posts:

Heavenly Carrot Cake lagi dan lagi ~~~ Kenangan terukir dihati....

Vanilla Muffin with Kismis

Resepi Sambal Goreng Pengantin Singapore ... Sedap dan mudah aje nak bikin!

4 Tips To Help You When Decorating For An All-White Room

Lifestyle Parenting Resepi Aktiviti Cuti SekolahAktiviti kemahiranCuti SekolahDessertInfo - ParentingParenting storyPencuci mulutpudingPuding Milo Oreoresipi

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (3)

  1. nina ismawati says:
    November 28, 2019 at 7:03 pm

    yummy..sedap tu..lusa nti nk buat puding ni laa

    Reply
  2. ummi nani says:
    November 28, 2019 at 7:20 pm

    rajinnya mama, nak order jer la..on ke onz?

    Reply
  3. Ismi maizura says:
    November 28, 2019 at 8:00 pm

    Sedap nye..pernah bt dulu tp skrg dh jarang bt

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes