Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

December 26, 2016December 27, 2016

NICKELLSKIN SERUM Triple Stemcell | Cantik berseri bak artis Korea…

An-nyeong-ha-se-yo… Yoo-Hoo! jal jinaess-eo yo?
Alamak..! Amenda laa yang Nina dok merapu pepagi ni.. Haha.. Korang jangan tak tahu, tuu laaa ayat Koleya. Hari ni Nina speaking koleya laa plak! Hehe… NICKELLSKIN Triple Stemcell Serum kulit cantik berseri 

Isi Kandungan hide
1 Nickellskin Triple Stemcell Serum
2 Kebaikkan Serum Nickellskin Triple Stemcell
2.1 1. Berkuasa melembutkan kulit
2.2 2. Penyerapan maksima ke dalam kulit
2.3 3. Memperbaiki semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering
2.4 4. Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit
2.5 5. Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN
3 Kelebihan Serum Nickellskin Triple Stemcell
3.1 • Merawat jerawat dan jeragat • Menghilangkan kesan parut • Mencerahkan kulit wajah • Mengecilkan liang pori pada wajah • Merawat kulit wajah yang berminyak • Melembabkan kulit muka • Memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman • Mengurangkan whitehead dan blackhead • Menegangkan dan menganjalkan kulit wajah • Merawat bekas jerawat berlubang • Sesuai untuk semua golongan
3.2 NICKELLSKIN Triple Stemcell Serum kulit cantik berseri
4 Related posts:
5 Makan BEST kat Sg Buloh | Nasi Kambing Abam Botak... Rare laaa
6 Melaka Oh Melaka...!! Interesting places in Melaka yang harus dikunjungi
7 Kat mana Nasi Daun Pisang sedap? | Curries N Claws
8 Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee

Mesti korang yang tak tahu nak tahu maksud tadi tuu kannn..?? Ertinya … Apa khabar? Kekadang Nina ni banyak gak terpengaruh TV. Tengok juga citer Saranghae tuu . House manager lah katakan. hehe.. Bila tengok citer Korea selalu verangan nak cantik, gebus, flawless macam pelakon citer tuu.. Boleh jatuh cinta bila nengok kulit wajah depa. Dah laa putih pastu muka depa tampak bersih berseri dari dalam kulit tuu. Cantik halus mulus..

Nickellskin Serum Triple Stemcell
Alahai… bersih nya kulit dia

Ahaa.. Hari ni Nina nak share ngan korang pasal produk yang pertama ada kat Malaysia menggunakan teknlogi farmasi dan kosmetik terkini dari Korea. Korang lah orang pertama Nina nak kasitau. Manalah tau dengan info tentang serum yang Nina kongsikan, korang pun boleh flawless secantik artis Korea. Tak dapat pegi Korea, kita guna teknologi Korea pun jadi laa… :'(

Nickellskin Serum Triple Stemcell

Nickellskin Triple Stemcell Serum

Serum ni menggabungkan bahan termahal dan berkualiti dalam industri kosmetik. Ia diperbuat dari kolagen ikan Salmon yang dipelihara rapi dan berkualiti dan dianggap sebagai kolagen mewah oleh golongan selebriti luar negara. Korang pernah tahu tak yang kolagen ikan Salmon mempunyai protein kulit yang seakan sama dengan protein kulit manusia. Nina pun baru tahu… Molekul ikan Salmon ni sangat halus sehingga mampu menembusi lapisan dermis dan epidermis kulit manusia dengan amat baik sekali dan sekaligus meningkatkan keberkesanan produk ini. Patut laa ikan salmon mahal kann..??

Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia. Gabungan teknologi farmasi dan APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) yang terdapat di dalam NICKELLSKIN ini mampu memberikan hasil yang sangat luar biasa pada kulit manusia. Kuasa TRIPLE STEMCELL-nya pula mampu memperbaharui struktur kulit manusia dan menggantikan dengan kulit baru seperti kulit bayi.

Aduduu… Nampak tak kuasa bahan terbaik yang ada dalam Nickellskin Triple Stemcell Serum? Sebab tu agaknya kulit wajah selebriti Korea dan cantik-cantik belaka.

Nickellskin Serum Triple Stemcell

Kebaikkan Serum Nickellskin Triple Stemcell

1. Berkuasa melembutkan kulit

Serum ini telah dimasukkan kolagen di dalamnya yang berfungsi untuk melembutkan dan menganjalkan kulit. Kolagen kita sebenarnya semakin berkurangan apabila umur meningkat dan kulit yang kekurangan kolagen akan mudah kendur, kedut dan kasar. Kolagen ikan Salmon di dalam NICKELLSKIN berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada di Malaysia.

2. Penyerapan maksima ke dalam kulit

Sodium Hyaluronate yang berada di dalam kulit mampu memaksimumkan penyerapan kolagen ke dalam kulit. Seperti yang kita tahu kolagen yang paling bagus adalah kolagen yang mampu menyerap dalam kulit dengan lebih sempurna. Sodium Hyaluronate dapat membantu kolagen dan bahan Triple Stemcell di dalam serum NICKELLSKIN menyerap lebih jauh ke dalam kulit manusia. Ianya lebih berkuasa daripada ASID HYALURONIC yang tengah top di pasaran sekarang. Jadi, NICKELLSKIN sebenarnya merupakan ADVANCE TECNOLOGY.

Nickellskin Serum Triple Stemcell

3. Memperbaiki semua jenis kulit sama ada kulit sensitif, kulit berminyak atau kulit kering

NICKELLSKIN mampu memperbaiki apa jenis kulit sama ada jenis berminyak, kering atau sensitif. Ini kerana Triple Stemcell & kolagen ikan Salmon dalam NICKELLSKIN mampu membunuh yis di dalam kulit manusia yang akan menyebabkan kerosakan kulit seperti kulit sensitif, berminyak atau kering.

4. Memudarkan jeragat, parut, bintik hitam dan cela pada kulit

NICKELLSKIN mengandungi APPLE, GRAPE & ARGAN STEMCELL (TRIPLE STEMCELL) serta daun alovera & Cactus Extract yang merupakan anti-kanser dan mampu mencerahkan bahagian kulit manusia yang sudah dicemari dengan JERAGAT, PARUT JERAWAT, BINTIK HITAM dan sebagainya. NICKELLSKIN bebas dari bahan pencerah yang terlarang seperti MERCURY, PARABEN & HYDROQUINONE yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar produk pencerah di Malaysia.

5. Mudahnya menggunakan NICKELLSKIN

Kenapa mudah? Benda yang mudah – mudah ni paling Nina suka! Sebab nya dengan hanya satu produk ni dah lengkap penjagaan kulit wajah Nina. Tak perlu lagi nak kena pakai toner, pastu krim malam. Tuk pagi lak nak kena sapu krim siang atau sunblock. Leceh kan..? House manager macam Nina sangat laa sibuk. Kelam kelibut dibuatnya. Tak done nak sapu macam-macam. Baru nak tepek toner bayi dah teriak. Acaner nak cantik? Dengan Serum Nickellsin semuanya sudah digabungkan menjadi SATU. Best nya! Jimat masa..

Dalam NICKELLSKIN ni dah ada Toner + Moisturizer + Serum + Sunblock SPF 35. Wahh… All in one gitu! Lepas cuci muka seperti biasa (gunakan pencuci Sabun muka Super Collagen) kemudian sapu je terus serum kat muka arah atas ke bawah dan tepuk-tepuk bagi meresap. Settel..

Bila umur dah meningkat ni kolagen kat kulit muka mula berkurangan. Pastu akan menampakkan kulit muka yang kendur, kedut dan kasar. Lagi haru biru bila mulanya jeragat muncul. Rosak pemandangan… huhuu
Dengan Nickellskin Triple Stemcell Serum, masalah kekurangan kolagen mampu di atasi sebab kolagen ikan salmon di dalam Nickellskin berkuasa 10 kali lebih tinggi dari kolagen jenis lain yang ada kat Malaysia ni..

Nickellskin Serum Triple Stemcell

Kelebihan Serum Nickellskin Triple Stemcell

• Merawat jerawat dan jeragat
• Menghilangkan kesan parut
• Mencerahkan kulit wajah
• Mengecilkan liang pori pada wajah
• Merawat kulit wajah yang berminyak
• Melembabkan kulit muka
• Memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman
• Mengurangkan whitehead dan blackhead
• Menegangkan dan menganjalkan kulit wajah
• Merawat bekas jerawat berlubang
• Sesuai untuk semua golongan

Apa yang lebih bagus akan Nickellskin ni ianya 100% bebas Merkuri, Hydrokuinone dan Paraben! Dengan ini kulit wajah kita akan bebas dari kanser kulit. Selamat!

NICKELLSKIN Triple Stemcell Serum kulit cantik berseri

Menarik kann..?? Kalau korang nak tau lagi.. (dah kejung jari jemari Nina ni..) korang usha kat

Facebook: www.facebook.com/nickellskinhq

Intagram: @nickellskinhq
Call/Whatsapp: +6017-3780217

Ok.. annyeong maksudnya Good bye.. Daaa

Related posts:

Makan BEST kat Sg Buloh | Nasi Kambing Abam Botak... Rare laaa

Melaka Oh Melaka...!! Interesting places in Melaka yang harus dikunjungi

Kat mana Nasi Daun Pisang sedap? | Curries N Claws

Sinopsis Drama DEMI RINDUMU Astro lakonan Janna Nick dan Sean Lee

Lifestyle Review Tips camner nak cantikCantik Persis Celebriticerah berseriflawlessinfo - kecantikannak cantikNICKELLSKINproduk kecantikanserumStemcellTriple Stemcell Serum

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (7)

  1. Mama Kembar 3 says:
    December 27, 2016 at 10:18 am

    Wahh all in one? Senang laa nak pergi mana tak payah bawa banyak banyak produk kan

    Reply
  2. yanieyusuf says:
    December 27, 2016 at 11:08 am

    Boleh yanie beli ni, nanti pergi Korea tak ada lah ketara sangat hihihi

    Reply
  3. mas saari says:
    December 27, 2016 at 1:06 pm

    semua dalam 1 botol, memang berbaloi!
    nak guna dan bawak ke mana saja pun senang.

    Reply
  4. mas saari says:
    December 27, 2016 at 1:09 pm

    semua dalam 1 botol, mremang berbaloi!

    Reply
  5. shiqeen sattar says:
    December 27, 2016 at 3:52 pm

    nina x pakai apa pn mmg cun dh

    Reply
  6. yayacendana says:
    January 7, 2017 at 3:45 am

    wuuuu awet muda laa akak ….

    jemput jenguk sini dan komen . tq 😀 http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    Reply
  7. Dura Norell says:
    January 28, 2017 at 7:26 pm

    Best la ade product cenggini, all in one, senang nak bawa dalam handbag

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes