As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Hari ni Nina kembali lagi. Kelmarin aje Geng interframe. Tak de nya der Geng nak ngadap type entri lagi. Katanya bukan senang nak tulis entri rupanya. Huru hara otak dia nak bina ayat. Padan muka dia. Haha.. Nasi Goreng Paling Simple Sedap
Mmm… Macam tak cukup gelak laaa. Wakakaka..!! *gelak besar + jahat sambil guling-guling* haha . Ok apa, bukan selalu dapat kenakan dia! Oopss.. nakal punya isteri kann… hehe (dengan harapan Geng tak baca) :p
Dah dahh… Usah melalut. Ok, kembali lagi dengan perkongsian resepi dari Nina. Tapi .. macam biasa lah, resepi yang biasa-biasa dan resepi paling simple, mudah tapi sedap! Perasan. Ikut selera tekak kami laa.. hehe
Kalau korang nak cari resepi yang perlu 3hari 3malam kena siapkan bukan kat sini ehh.. Tak akan jumpa! Tapi kalau setakat nak masak menu yang sesenang ala masakan kampung ke, western ke, Chicken Chop ke, Kek Coklat Paling Sedap ke .. semua ada dalam ni.
Senang jer.. Korang gi kat home pastu cari kat search. Korang type laa apa aje menu yang terlintas kat fikiran dan anak tekak korang. Semua yang Nina kongsikan tak de yang susah pun. Gerenti korang mampu masak! Sebab Nina pun bukannya reti sangat masak. Haha.. Kita belajar sesama ehh… Baik hati campur jujur kan Nina ni.. mengaku tak pandai masak. Hehe.. Serius, bukan poyo.
NASI GORENG Paling Simple Sedap
Bahan-bahan
Lebih kurang 4 cawan Nasi putih
4 ulas bawang putih – diketuk dan cincang halus
1 biji bawang merah – dihiris dadu nipis
3 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
Sedikit Sos Ikan
Lebih kurang segenggam ikan bilis – dicuci, direndam kemudian ditumbuk halus.Lebih kurang segenggam ikan bilis – cuci dulu bersih-bersih kemudian toskan
Rencah :-
2 biji telur
Sayur kacang panjang – dipotong kecik
2 batang fish cake – dipotong kecil
Minyak untuk menumis
Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak dan pecahkan telur, goreng telur menjadi ketulan kecil dan ketepikan
2-. Kemudian masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk halus. Goreng seketika. Kemudian masukkan fish cake goreng seketika diikuti bahan rencah lain. Goreng lagi..
3-. Kemudian masukkan nasi bersama bawang putih, bawang besar, sos tiram, dan telur yang telah diketepikan tadi. Gaul rata hingga kesemuanya sebati masaknya.
4-. Perasakan dengan garam dan beberapa titisan minyak bijan dan sos ikan. Tutup api dan sedia dihidang….. Senang kan…..
Bismillah …
Nasi Goreng ni Nina masak ngan anak sulung Nina – Eillya. Cuti sekolah kali ni dia nak belajar masak. Kiranya menu ni dah masuk dalam buku catatan resepi dia. Pasni jangan tanya nak makan apa, gerenti dia dok ulang ketagih nak masak nasi goreng lak… Hari tu dia masak Udang Goreng Butter. Sejak tuu asal nampak udang dia nak masak udang goreng butter… Haha… Positif positif. Sabar jer laa . . .
ui..sedapnya nampak goreng tu..:)
nasi goreng pun sodap..hahaha
kalau tengok gambar dah sedap sangat dah tu…
kalau ada banyak nasi putih lebih..nasi goreng lah jadinya.
Mudah je campak2. Tapi tak apa, asalkan sedap. hehehe
Nasi goreng simple macam ni laa yg best, mau bertambah tambah bila makan hehe
campak-campak je pun tapi nampak sedap tu..
This topic is very interesting and I am interested but do not know where to find, thankfully you create this topic, hope everyone will help me
That’s an amazing fried rice recipe you have shared. I am going to note down the steps and cook it for myself.
ok