As’salam dan salam sejahtera bro and sis
Macam lain yea intro hari ni kan…?
Korang jangan risau ni memang blog Ninamirza. Hari ni sudi-sudi la korang baca coretan wa pulak . Mesti korang tertanye-tanye siapala wa ni kan? hehehe …(tetiba nyibok kat sini). Wa la suami Nina (Lan) yang selalu dia panggil GENG tu.. FIM Asia Supermoto 2016
Okla Hari ni wa nak cite sikit
First time wa pergi event baru-baru ni tanpa wife. Selalu wa temankan dia. (sebenarnye wakil untuk wife, dia tak dapat join jaga baby)
Wa gi ke satu event sukan permotoran ngan group blogger KBBA – Kelab Blogger Ben Ashaari kat Shah Alam . Wa pergi berdua ngan anak jantan wa namanye Eilman (coti sekola boleh la bawak dia kesian dok rumah makan, tido, g tusyen, belaja masak dari mama dia ..hahaha…) kasi dia brutal sikit muka dahla JAMBU ikut mama dia..
Nama sukan permotoran tersebut :
Kejuaraan Supermoto FIM Asia 2016 pada 17 & 18 December 2016. Bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam
Kat sana abg bro ni yang bawak kitaorang, so wa jadi orang speshel kat sana. Best ooo… Dapat masuk dalam track. Orang biasa-biasa nengok dari jauh jer.
Antara negara-negara yang involve tuk perlumbaan tersebut seperti Malaysia, Australia, Japan , Philippines , Rusia, Singapore, USA, China , South Korea, Indonesia, Hong Kong , New Zealand, United Kingdom dan Taiwan .
Dengan cuaca yang agak tak mengizinkan pada mulanye tak menghalang wa dan group blogger KBBA melepaskan peluang nengok perlumbaan peringkat keempat (final). Sebelum ni derang lawan kat Australia, Indonesia, Philiphine. Weiii…Akhir kat Malaysia. GEMPAK tuh..
Okeylah dipendekkan cerita wa nak belanja sikit ngan korang gambo-gambo sepanjang event yang wa dah gi ni..
FIM Asia Supermoto 2016 Gempak ..!!
Pergghh… Teruja juga wa tengok ini bukan nye filem aksi yang di adaptasi tapi satu perlumbaan yang memerlukan kelengkapan , skill dan pengalaman yang cukup mantappp!
Fuhhh…memang mantap gile… Terror lah diaorang
Bukan calang-calang orang mampu mengendali motosikal secekap diaorang.
Antara raider yang wa dapat jumpa dari dekat
Malaysia – Juara FIM Asia Supermoto Championship 2016 – Muhd Habibullah (Gabit)
*Kesinanbungan :
Sukan permotoran ni aktiviti yang positif bila merempit di tempat yang betul. Sapa sangka ianya bermanfaat dan mampu mengibarkan Jalur Gemilang ke peringkat Antarabangsa.
Terima kasih banyak pada Kelab Blogger Ben Ashaari. Beruntung wa dapat join aktiviti derang. Hurmm… pastu wa kena tulis cerita lak. Susah gak rupanya. Haha
Bagi yang memahami erti jiwa & motor yang SEBATI dengan rider…. akan paham maksud setia (kata2 BFF)
Ini yang dinamakan industri permotoran dengan aksi diluar batasan minda.
wahhh best review!!! kipidap!
Terima kasih “saya budak baru belaja kalau sala tlg tunjukkan” 😉
Wahhh lepas ni Lan boleh ada blog sendiri ni. Nina tulis resepi, Geng review sukan. Terbaik!
Tulis blog? Aaaa…mmmmm…..!!!?? Tak de jawapan lg buat masa ni….hehehe
Lepas nie dah leh buat blog sendiri abg lan…kipidap
Banyak nak kena belaja lg ni ..nak buat cerita ni pun kena hantok Kat dinding bnyk X baru kelua….idea…hihihi
Part last sedih baca kenapa “wa” x de dlam gmbar…kbba hehe tp gmbar cun
Gambar sis & blog lg GEMPAKKK…bru tahu Kerja seorang blogger tu cam mana….
Fuuhh..,,,(sambil lap peloh Kat dahi)….
Waaaa waaaaaa… Dah mula mengasah bakat penulisan dah… Leh ganti wife dah kalau beliau bizi… Hahahaa…
intro memang sermpoi, nak tergelak baca! hehehee
tapi memang seronok rasa pengalaman ni.
terbaik lah….tengok bapak lagi teruja dari anak heheheh
si kecik dah boleh gantikan tempat ibu heheheh buat rvieww. best kan tengok live
Your article is very useful, the content is great, I have read a lot of articles, but for your article, it left me a deep impression, thank you for sharing.
The content you share is really helpful for me. I hope you will provide more great information.