Sapa suka makan tauhu? Dulu Nina tak suka makan tauhu tapi kalau tau foo faa memang favorite. Laju jer makan. Entah kenapa tauhu goreng ke yang orang dok bilang sedapnya tauhu sumbat, tauhu masak pastu masuk dalam kuah atau sup ke memang bukan citarasa tekak selera Nina. Kat tekak ni rasa macam span basuh pinggan. Eh! macam pernah makan span! Haha.. Sila abaikan Khasiat Tauhu
Korang tahu tak tauhu (baca betul-betul. Bnayak huruf T A H U) semua dekat-dekat. hehee…
Korang tau tak tauhu ni banyakkkk khasiatnya. Rugi laa sapa yang tak suka makan tauhu! Nina ler tuu Alhamdulillah… Anak-anak Nina semua boleh aje makan makan tauhu. Bagus depa ikut selera tekak Abahnya. Tapi sekarang Nina dah reti makan tauhu selain tau foo faa!
Jom ambik tahu khasiat TAUHU
Khasiat Tauhu
Membekalkan Tenaga Tambahan
Tauhu adalah sumber zat besi yang baik. Setiap 100 gram tahu membekalkan 30% zat besi yang diperlukan oleh badan setiap hari. Zat besi yang terkandung dalam tauhu akan bersatu dengan hemoglobin di dalam badan dan membantu proses pemulihan serta pelepasan oksigen ke seluruh tubuh dan seterusnya menghasilkan tenaga baru.
Mencegah penyakit jantung
Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan protein soya yang terkandung dalam tauhu secara kerap dapat membantu menurunkan LDL iaitu kolesterol buruk tanpa menjejaskan atau menurunkan HDL (kolesterol baik) dan mengelak dari risiko penyakit jantung.
Kandungan protein yang tinggi dalam tauhu membantu mengelak dari rasa cepat lapar. Tauhu juga antara makanan yang rendah kalori (kira-kira 80 kalori dalam 100 gram), jadi ia sangat sesuai diambil oleh mereka yang sedang berdiet. Sapa diet tuu..??
Mencegah osteoporosis
Tauhu juga dikatakan kaya dengan sumber kalsium (bergantung kepada jenis tauhu). Ia dapat membantu melindungi dari penyakit berkaitan tulang seperti kelemahan tulang, rheumatoid arthritis dan osteoporosis. Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa isoflavon dalam makanan soya boleh mengukuhkan kepadatan jisim tulang. Jadi ia sesuai diambil oleh mereka yang ada masalah tulang dan wanita dalam tempoh menopause. Mak Mak harus lebih kan tauhu dalam menu harian ni…
Masalah rambut gugur
Ahaa… masalah ni pun mak mak ramai yang alaminya! Rambut kita memerlukan banyak protein untuk membantu pertumbuhan. Bila kita kurang mengambil protein, tubuh akan mula menyerap protein dari rambut. Ini akan menyebabkan masalah rambut seperti rambut mudah gugur dan rambut kering dan bercabang. Jadi jika korang ada masalah rambut, lebihkan makanan berprotein seperti tauhu.
Anti-penuaan
Kerap makan tauhu juga akan membantu melambatkan proses penuaan secara ketara. Tauhu membantu mengekalkan keanjalan kulit dan menghalang penuaan. Malah ada juga petua untuk melembutkan kulit menggunakan tauhu. Caranya hancurkan tauhu menjadi seperti pes dan sapukan ke muka. *janganlah nanti tahu yang dah dihancurkan tuk buat Tauhu Kukus Goreng tetiba jadi mask muka lak! Kesian anak tunggu nak makan tauhu.. haha
Walau apa pun yang kita makan, biarlah bersederhana… Dah tahu khasiat tauhu ni bagus untuk kita tapi andai di makan berlebihan juga boleh mengundang penyakit. Ada yang cakap, bukan Nina cakap minum Air Soya berlebihan semasa mengandung tak bagus. Baby nanti berpotensi ke arah ekzema. Penyelesaiannya >>>> Bersederhana !!
Nah… Nina kongsikan beberapa menu yang sedap best berasaskan tauhu.
Tauhu goreng sumbat isi ayam
Tauhu Bunga Terbalik
Ok, pasni jom makan tauhu.. Bukan saja berkhasiat tapi ini juga menu jimat! hehe… Oh ya.. Tauhu ni sangat penting buat rencah Mee Goreng Mamak dan bahan asas utama Rojak Mamak. Dah tahu khasiat tauhu kan… Pasni masak menu berasaskan tauhu lak ya.. Korang mula dari awal menu tauhu ngan anak-anak. Jangan macam Nina, dah kawin anak berderet baru reti dan suka makan tauhu. Hehe..
Daaa . . . .
Khasiat Tauhu
Asalkan makan secara sederhana. Elok je makan tauhu ni. Sumber protein
Sayya paling suka makan tauhu sumbat.. kalau makan memang tak ingat isteri kat sebelah.. ehehe
Tauhu sumbat kegemaran saya dan suami. Tapi tak pernah buat. Beli je.
Saya suka makan taufu…. tauhu goreng adalah kesukaan saya .. hmm patutlah saya nampak muda je selama ni .. hahaha… 😛
Tauhu sumbat ni berselera di bulan puasa jer nina.. Pcl la suka sangat buat menu berbuka puasa. san gat menyelerakan.
I really like reading through a post that can make people think. Also, many thanks for permitting me to comment!
I am very much pleased with the contents you have mentioned. I wanted to thank you for this great article