Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

April 11, 2019April 11, 2019

Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?

Amboi … !! Kemain eksyen Eilhan ada koleksi pinggan Upin Ipin. Boleh dapat FREE jer… Korang nak ke?

Isi Kandungan hide
1 TERKINI : Dapatkan koleksi UPIN IPIN dengan pembelian Susu DUTCH LADY
2 DUTCH LADY – anjurkan Smart Adventurer / Pengembara Bijak
3 Hadiah menarik!
4 Related posts:

Amboi amboi … Tengok tu kemain eksyen sokmo dak Eilhan ni bila dapat koleksi pinggan Upin Ipin. Dok tayang jer kat abang kakak dia sengaja kasi jeles. Terutama sekali adek Eicha. Sampai merajuk menangis Eicha. Dah satu keje lak mama nak kena pujuk Eicha. Haishhhh … Geram tul! Kadang tu bikin stress dibuatnya. Memang dia ni, suka menyakat bikin riuh rendah rumah. Macam nak pecah rumah ni hah!

Cantik kann..? Anak mana yang tak minat dengan karektor kartun Upin Ipin. Sebut aje, gerenti depa ni kenal. Karektor kembar seiras yang baik, mendengar kata dan bijak. Penceritaan dalam siri Upin Ipin pun banyak  menitikberatkan nilai murni, berbuat baik sesama insan dan cerita yang penuh dengan manfaat , menyampaikan mesej yang baik untuk di tonton pelbagai lapisan masyarakat.

TERKINI :  Dapatkan koleksi UPIN IPIN dengan pembelian Susu DUTCH LADY

Ahaa…!! Berita baik tuk anak-anak yang minum Susu Dutch Lady.  Sapa anak dia minum Susu Dutch Lady? Cer angkat tangan sikit ….

Sapa tak kenal Dutch Lady kannn…? Susu   tepung   rumusan   untuk kanak-kanak Dutch Lady yang dirumuskan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan ke   atas   mengandungi   5X   DHA.  Dah lama dah susu Dutch Lady berada kat pasaran.

DUTCH LADY – anjurkan Smart Adventurer / Pengembara Bijak

Okey ..! Nak share berita baik ngan korang ni, pada bulan Mac dan April  ni – Dutch Lady menjemput semua keluarga Malaysia ke Smart Adventurer/Pengembara   Bijak,   yang   mengambil   inspirasi   dari   Upin   & Ipin,   sepasang   watak   animasi   popular   yang   memberikan   nilai-nilai   murni melalui   cerita-cerita   pengembaraan   mereka.

Banyak   cabaran   yang menyeronokkan tersedia seperti  maze  pagar sesat untuk kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan bersama dengan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya. Dan paling best, penyertaan   adalah   PERCUMA!

Sambil   anak-anak   berseronok   mengambil bahagian  dalam cabaran, ibu-ibu boleh mengambil peluang   untuk   memahami   rangkaian   susu   tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady dengan 5X DHA ni. Opkos kita perlu lebih tahu apa yang terbaik untuk diberikan pada anak-anak kita kannn..?? Ambil tahu dan faham penting untuk tumbesar anak si manja yang terlajak manja kita tu…!!

Hadiah menarik!

Antara hadiah  menanti yang akan disediakan antaranya koleksi Upin & Ipin yang menarik  seperti pinggan, bekas air, dan set jag serta gelas. Gerenti anak-anak excited dapat ni..!!

Untuk maklumat tentang lokasi dan tarikh, butiran hadiah   dengan pembelian,   korang   layari www.smartmoments.com.my  eh …

Jomm join pengembara bijak!

Related posts:

Kuey Teow Goreng Bodo pun sedap!
Bila baby Eilhan dah pandai menyelongkar.... terhasillah interior design terkini. HSE first!
Sinopsis Drama MARRY ME SENORITA . Ada chemistry ke lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann?
Sinopsis Drama CINDAI TV3 - Lakonon Ayda Jebat penuh emosi Terbaik laaa
Lifestyle Parenting Review DUTCH LADYInfo - ParentingInfo - SemasaPengembara BijakSusu FormulaUPIN IPIN

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (28)

  1. YB Shehan says:
    April 11, 2019 at 2:14 pm

    wah.. nk botol air tu lahhh hahahaha..

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says:
    April 11, 2019 at 2:25 pm

    Budak budak kalau dapat benda Upin Ipin memang syok lah

    Reply
  3. Salina Johari says:
    April 11, 2019 at 3:20 pm

    best la pinggan tu…bukan kata anak , mommy pun teruja tau !

    Reply
  4. Nadia johari says:
    April 11, 2019 at 11:21 pm

    Anak kita minum susu ni.. Wah nak joinla.. Upin ipin siapa tak suka kan..

    Reply
  5. mas saari says:
    April 12, 2019 at 9:21 am

    Wahhh kalau tunjuk kat anak ni, mesti suruh beli!

    Reply
  6. el says:
    April 12, 2019 at 10:45 am

    alamak terlepas lak roadshow diorg kat Queensbay tu..kalau tak mmg dah ajak anak2 pergi tengok upin ipin sana..diorg pun suka sgt dgn upin ipin..xpe..jomlah kita beli susu dutch lady utk dptkan pinggan yg comel tu hihi

    Reply
  7. Chrissella says:
    April 12, 2019 at 12:08 pm

    wahhh bestnya. masih ada peluang lagini sebab April dekat Plaza Merdeka.

    Reply
  8. khai artzfar says:
    April 12, 2019 at 3:49 pm

    amboi budak-budak suka la ni! dapat pinggan upin dan ipin. mesti nak suruh makbapak belikan semata-mana nak pinggan. comel betul hehee

    Reply
  9. xulhlmi says:
    April 12, 2019 at 4:02 pm

    comelnya botol upin ipin tu, mesti budak-budak suka! Bagus Dutch Lady ni buat collaboration dengan Upin Ipin, baru bole tarik minat kanak-kanak .

    Reply
  10. Rawlins GLAM says:
    April 12, 2019 at 4:08 pm

    My sisters bengang je sebab anak-anak dah besar dan tak menyusu – tapi semua nak koleksi pinggan tu. Haha. I suruh diorang beli dan bagi susu tu kat our cousins yang ada kids.

    Reply
  11. Julia Mahir says:
    April 12, 2019 at 4:40 pm

    Wahh ada pinggan Upin Iin mesti pasni senang nak suruh makan. Kalau anak I dapat pinggan dia suka, konfem lama la sikit dia menghadap makanan dia tu. Haha

    Reply
  12. TENGKUBUTANG says:
    April 12, 2019 at 5:04 pm

    OO.. beli susu Ducth Lady dapat pinggan Upin Ipin free yea.. amboih.. kalau harraz nampak mau nya suruh beli.. tapi bukan dia minum pun susu lain.. risau tak serasi pulak.. ni mama nya pun dha terbekenan tengok pinggan tu.. hahashah

    Reply
  13. Maisarah says:
    April 13, 2019 at 12:47 am

    Best la dia dapat koleksi pinggan Upin Ipin tu hehe. Bukan budak-budak je suka, saya pun sama haha. Menarik event ni. Ibu bapa patut bawa anak-anak kecil mereka ke sini. Dapat juga belajar sesuatu kan

    Reply
  14. Zharif Azis says:
    April 13, 2019 at 2:30 am

    Wahhhh comelnya hadiah pinggan tu !! Nak kne collect jugak nie sementara stok masih ada. Kang dah habis gigit jari pulak. Mesti budak2 suka dpt pinggan upin ipin nie.

    Reply
  15. Cik puan Ena says:
    April 13, 2019 at 2:56 am

    Ala cutenye gift. Anak ena memang lama minum dutch lady. Ni kalau dia tahu ada kartun upin ipin confirm suruh cari.haha.. eh geram taw lawa sangat.

    Reply
  16. Mimi says:
    April 13, 2019 at 8:33 am

    Budak budak memang suka upin ipin. Anak saya minum susu dutch lady bolehlah beli nanti. Mesti dia suka sebab dia memang minat upin ipin.

    Reply
  17. Bonde Zaidalifah says:
    April 13, 2019 at 9:10 am

    Wahh bestnya beli Sus dapat pinggan, Zaman Cik Fatin dulupun Bonde selalu mengumpul free gift macam ni.. sebab boleh digunakan tak membazir beli dan kumpul. Comellah pinggan Upin Ipin tu

    Reply
  18. Syiera says:
    April 13, 2019 at 9:54 am

    Wah menarik ni. Medina minat sangat upin ipin. Dia mmg minum dutch lady. Boleh la beli hehhehe thanks bagitau

    Reply
  19. jiashin says:
    April 13, 2019 at 10:18 am

    Wow so cute, bet a lot of kids are attracted to these cute gifts.

    Reply
  20. emi says:
    April 13, 2019 at 10:28 am

    Mahunya dia tak suka kan? Mestilah suka. Emi ingat emi zaman kecik dulu, even zaman sekolah rendah. Pernah sekali menang contest mewarna. Hadiah dapat 1 set pinggan gambar kartun. Sukanya la hai. Hari2 nak makan guna pinggan tu. Heheh

    Reply
  21. Izaramli says:
    April 13, 2019 at 12:50 pm

    Eh comelnya pinggan tu. Anak iza suka upin ipin. Tapi dia tak minum susu dutch lady. Acano ni? Hahah. Tapi nak pinggan tu. Haha

    Reply
  22. Liez says:
    April 13, 2019 at 2:37 pm

    Ni anak2 tak tahu ni.. klau tahu memang jenuh diaorg paksa belikan sorang satu.. comepnya pinggqn upin ipin ni.. seronok dpt sinpan mcm2 koleksi brgan upin ipin ni

    Reply
  23. Ayu Rafikah says:
    April 13, 2019 at 4:34 pm

    Comelnya pinggan upin ipin. Anak2 mesti excited kalau dapat pinggan macam ni hehehe. Susu dutch lady ni mmg feveret anak sejak dulu lagi.

    Reply
  24. AlongMurni says:
    April 15, 2019 at 11:39 pm

    Wah!! Bestnya.. Nie anak AM mesti suka.. Dah la dpt minum susu dutch Lady.. Pastu dapat lagi gift produk kartun animasi kegemaran diaorg iaitu upin ipin. Pas ni kena beli la sbb dapat pinggan upin ipin.. Mesti diaorg seronok nak guna bila mkn kan??

    Reply
  25. Sunshine Kelly says:
    April 16, 2019 at 2:24 am

    Best nyer ! I nak botol air tu la, let me check out how to redeem it. Thanks for sharing this info tau.

    Reply
  26. Chaza Xiaojie says:
    April 16, 2019 at 1:41 pm

    Cantiknya pinggan upin ipin! Kalau gini, mak dia pon suka. Hahahah cantik kot. Anak² confirm selera makan bertambah. Nak join pon sangat. Tapi tulah, ank² cx minum fernleaf heheh tapi mcm nak try juga ni hahaha kot rezeki

    Reply
  27. Ruby says:
    April 21, 2019 at 9:00 am

    Akak, Ruby pun dah dapat pinggan upin ipin Siamang Tunggal. Anak ruby punyalah happy. Sebab mereka dah tengok filem. So lg la excited bila ada merchandise macam ni. Hehehe. Comel kan kak.

    Reply
  28. Anna Martin says:
    May 11, 2022 at 3:26 pm

    Thanks for sharing this amazing content. Your information is really very outstanding to read.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2023 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes