Hollaa .. . Hari ni mood ala western. Kengkonon jer western sebab bahan asasnya pasta. Kebiasaan kat rumah Nina pasta favorite derang adalah spiral. Mungkin sebab comel kot pusing pusing gitu. Kalau spaghetti so so jer. . Resipi Mudah PASTA GORENG TRAFFIC LIGHT
So hari ni Nina kongsikan Resipi Mudah Bekal Sekolah Eilhan – PASTA TRAFFIC LIGHT. HAhaa.. Cam gedik lak nama dia kannn?
Actually sebab bahan yang ada dalam fridge ni capsicum warna merah, kuning dan hijau sebab tu laaa kita namakan dia traffic light. Kalau ada capsicum warna hijo jer mungkin mana dia Pasta mak ko hijo kot! HAhaaaPengsan!
Yes, resipi dalam blog Nina mostly semua yang mudah, ringkas, simple dan cepat di masak sebab idok daku punya masa panjang untuk berada lelama kat dapur.
Weekend jer selalaunya Nina spend time lama kat dapur , tu pun sebab penyediaan bahan asas lepas Geng balik pasar. Cuci segala bahan sesiap, potong kecik sesiap, pack ikut kuantiti yang akan dimasak sesiap. Kalau daging Nina akan terus rebus . Cili untuk buat sambal pun Nina akan masak sekali banyak macam nak buat kenduri gamaknya. Sekawah gitu.. So masa memasak antara Isnin-Jumaat akan jadi cepat.
Maka, weekend Nina masa di dapur lebih lama.. Lagu mana, anak ramai so masak banyak, dan masa pun agak lama. So far cara gini jer yang Nina praktikkan. Alhamdulillah Geng pun banyak membantu keje-keje kat dapur.
Okies, sebelum Nina celoteh panjang, moh ler tengok resipi Mudah PASTA TRAFFIC LIGHT yang Nina sediakan ni. Bahan pun campak jer apa yang ada dalam fridge.
Resipi Mudah PASTA GORENG TRAFFIC LIGHT
Bahan
Sepeket pasta pilihan – Nina pilih spiral favorite Eilhan
Setin mushroom button slices
Capsicum merah, kuning dan hijau – potong dadu
Isi Ayam secukupnya – potong dadu
1 senduk sos tiram
Bawang besar – potong dadu
Bawang kecil beberapa ulas – ketuk, cincang halus
Minyak untuk menumis
Cara penyediannya
1-. Rebus pasta hingga masak dalam air mendidih yang di tambah sedikit garam dan minyak. Kemudian toskan lalu ketepikan
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga keperangan. Kemudian masukkan isi ayam, masak sehingga masak.
3-. Kemudian masukkan sos tiram dan mushroom . Gaul hingga masak. Pastu masukkan pasta yang dah dimasak tadi. Masukkan capsicum. Gaul rata semuanya.
4-. Sedia dihidangkan…
Masak pasta ni mudah jer.. TIPS Cara Masak Pasta Yang Betul
Boleh buat utk Zahra n Qhaliff ni..
mudah je resepi die..boleh la buat kat anak bekal sekolah die nanti. kena pergi cari bahan2 dulu
kemain nama pasta eh kak haha creative mommy akak ni. kalau saya jenuh la hari2 nak pikir menu and decoration
Haaa..bolehla Sal try nanti . Simple je menu pasta dan mempermudahkan nak masak sebab bila bangun pagi agak kelam kabut. Tq kak niena
Comel nyer bento box yang you buat for your kid. Untung dia dpt mama yang baik hati macam you. Keep up the good work yeah.
Nampak sedap. tapi anak saya tak makan pulak kalau meriah macam ni. hahahaha. banyak ragam budak-budak ni
Memang gitu gak cara paling senang untuk Rawlins sediakan my meals. Haha. Now teringin plak nak buat pasta lepas baca nie. Haha
suka tengok bekal untuk anak akak ni, ceria betul, dari warna bekas makanan hinggalah isi di dalamnya. selera diorang nak makan
Cantik! Sangat warna warni…pandai kak nina gubah. Mesti ceria dan seronok je nanti anak2 sis makan kt sekolah yeyy
sama lah, spend masa yang lama jugak dekat dapur lepas beli barang dapur. Kurang la sikit masa untuk prepare bahan tu
Sis nak share kat adik Sis, anak dia Mia tu suka makan pasta.. kadang dah tak tau idea nak masak gaya mana pasta hahaha..
Okay boleh ikut resepi ni. Anak za suka makan pasta.. Mesti dia suka tgk kaler2 mcmni. Thanks kak share idea
Suka pasta macam ni. Simple tapi sedap. Anak-anak Marsha pun suka makan pasta. Memang seronok tengok dorang makan.
Wahhh, pasta goreng is one of my favorite dish ni… my housemate rajin masak ni for us dulu2.. lama we tak buat ni dah… boleh suggest menu ni la.. 🙂
Baca tajuk excited dah. Pasta trafiic light. Oh rupanya capcium merah, kuning & hijau. Mesti anak excited nak makan kan. Pasta dia colourful
Kita klo nk cepat pon buat pasta cmni senang kn hihi… Tp rebus pasta awal2 dulu… Budak2 suka mknn cmni
Untungnya anak2 Nina dapat mak rajin buat bekal mcm ni. Hehe. Btw, pasta tu nampak sedap and healthy.
halla halla comelnya bonda…buat pasta kalerfull…nak2 tgk mesti terujakan..comel jer ala bento
wah! meriah makanan dia hahahaah nampak macam banyak bahan tapi sebenarnya very healthy and boleh pujuk diorang untuk makan sayur. cuma kena didik yang merah tak semestinya cili. dulu kite salu ingat camtu
cantik yer warna warni.. anak2 huda tak suka capsicum, xleh la nak buat warna warni camni.. kek coklat tu nampak sedap gak
Ada pembantu ok, kerja senang. Fikir rebus pasta tu, kene awal la kan..
Oh wow this is so colorful and i m sure the children will love it
Meriah warna menu.