Skip to content
Nina Mirza
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Lifestyle
  • Resepi
  • Parenting
  • Review
  • Tips
  • Travel
  • Drama Movie
Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

Drama PUJAAN HATI KANDA
March 4, 2021March 4, 2021

BEST SANGAT ke Drama PUJAAN HATI KANDA? TV3 dok ulang tayang.. Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah

Tamat sudah Drama Rahimah Tanpa Rahim. So far ok laaa happy ending! Tapi ramai jugak yang terkilan sebab so so jer lakonan barisan pelakon. Entah laaa.. Pendapat memasing. Katanya Rahimah slow sangat, bebal. Tak kan laaa b***h memanjang iyer tak? HAhaa . . . No komen! Sebab hakikatnya ada jer insan sebegini. Drama PUJAAN HATI KANDA

Isi Kandungan hide
1 Sinopsis Drama PUJAAN HATI KANDA
1.1 Related posts:
2 Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy
3 Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3
4 Western Food pun dah ada delivery! Murah dan sedap lak tuu... | GARAGE WESTERN
5 OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA

Malangnya . . .
Slot Akasia meneruskan dengan Drama Ulangan! Why why why TV3?
Ya Drama Ulangan Tahun 2018. Ramai jugak agak kesal. Tapi chillx laa beb
Di saat PKP ni banyak production tak done siapkan drama so sila bertabah.

Slot Akasia diteruskan dengan Drama PUJAAN HATI KANDA.
Drama hot meletop satu ketika dulu. Mana kan tidak trending, lakonan hebat gandingan mantap Mira Filzah dan Remy Ishak. POOOJAAN HATI RAMAI Rakyat Netizen hokeyyy! Jommm . . . Baca sinopsisnya. Kasi refresh jalan cerita yang best ni.

Drama PUJAAN HATI KANDA

Sinopsis Drama PUJAAN HATI KANDA

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. – Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai.

Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara.

Tiara – Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” – Danny

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Saksikan drama 28 episod ini terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Pelakon: Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Dian P Ramlee, Catriona Ros.

Drama Pujaan Hati Kanda adaptasi novel karya Aulia Iman. Menemukan sekali lagi gandingan Remy Ishak dan Mira Filzah. Drama ni memang hot meletop. Gandingan kedua-duanya memang ada chemistry! Love sangat

Drama PUJAAN HATI KANDA

Drama PUJAAN HATI KANDA

JUDUL : PUJAAN HATI KANDA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Disember 2018 DAN ULANGAN 3 March 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Aulia Iman
PENULIS SKRIP : Intan Zarina
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

WATAK PELAKON
Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
Mira Filzah sebagai Tiara
Sarah Hildebrand sebagai Nadine
Syazwan Zulkifly sebagai Pali
Elisya Sandha sebagai Reena
Mustaqim Bahadon sebagai Kashah
Azar Azmi sebagai Fatimah
Omar Abdullah sebagai Dato Megat Aiyub
Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah
Reen Rahim sebagai Suria
Taufiq Hanafi sebagai Naim
Qazem Nor sebagai Rizman

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Pujaan Hati
Penyanyi : Adira
Lagu & Lirik : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Ending dia dah tau! Happy ending tapi tak syok laaa kasitau. Iyer tak?
Kot ada yang belum tonton. Kita kasi suspen kat derang. Baru syok nonton.. WakaHAhaaa gelak jahat

Related posts:

Ikan sekarang mahal kan? Ikan murah goreng berlada sambal cili hijau padang sedap weyy

Sinopsis Drama ADAM CHEMPAKA TV3

Western Food pun dah ada delivery! Murah dan sedap lak tuu... | GARAGE WESTERN

OH SAKITNYA! BAHAYA ULSER MULUT MEMBESAR SAMPAI KENA OPERATE. KESIAN ANAKKU YANA

Drama Movie Lifestyle Review Akasia TV3Drama Adaptasi NovelDrama bestDrama InfoDrama sangatDrama TV3drama TV3 7pmMira FilzahPUJAAN HATI KANDARemy IshakSarah HildebrandSinopsisSinopsis Drama

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CATEGORIES

  • Drama Movie
  • Lifestyle
  • Parenting
  • Resepi
  • Review
  • Tips
  • Travel

ABOUT ME

Nina Mirza

Lifestyle & Parenting Blogger since 2011.

Mendapat pendidikan dalam Business Management dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam Banking, Property dan bidang Oil & Gas.

Blog NinaMirza.com adalah satu medium dimana Nina kongsikan segala resipi dan tips tentang masakan, kecantikan, parenting, travel dan review produk dan event.

Hubungi Nina untuk lebih lanjut
Email : nina.azlan1@yahoo.com

AWESOME BLOG

©2025 Nina Mirza | WordPress Theme by SuperbThemes