As’salamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sapa pernah makan Pretzel? Apa tuu….Alaaa… Roti yang berpintal-pintal tuu… Tau tak? Cer ingat, pernah kann.. . .
Kat mana? Pasti ada yang cakap pernah beli kat Makcik Anne
Itu jawapan yang standard. Mostly ramai yang pernah beli buatan Makcik Anne. Bohong laaa kalau bilang tak pernah kann.. acecehh~Tak baik bohong, dosa!
Buat penggemar roti pintal aka pretzel, meh sini Nina nak share kat mana nak pekena Pretzel yang terlajak gebus, lembut, syiokkk makan sampai boleh lupa orang kat sebelah. OOppss…!! Tak bermaksud pun
PRETZ N’ BEANZ CAFE
Terletak di IPC Shopping Mall, Mutiara Damansara.
Kalau dari Ikano, betul-betul tepi pintu masuk ke IKEA dan bertentangan Starbuck.
Kalau pegi jalan-jalan di IKEA lepas kaunter bayaran, arah ke kanan dan terus aje pastu uolls akan nampak belah kanan Cafe ini. Ia menyajikan menu utama yang berasaskan dari doh pretzel yang amat lembut walaupun dah sejuk bersama coffee. Menu yang ringkas, menarik dan menyelerakan. Uniknya lagi, ada pizza dari doh pretzel. Pertama di Malaysia tau.
Apa yang menarik disini?
Pertama sekali Pretzel lah kann….. dah Cafe pun nama Pretz. hehee . . .
Nina sukakan rasa nya yang terlajak gebus, lembut. Selalunya Nina makan agak liat kena main tarik-tarik sama gigi gitu terutama sekali bila dah sejuk! Tapi kali ini ternyata berbeza. Dah rasa sekali, makan lagi, makan lagi dan lagi …. ehh . . Lupa lak kengkawan lain belum makan! HAhahaa . . . buruk tul perangai Nina hehee Sedap weiii…..!! Serius tak tipu you
Pretzel Cinnamon Sugar – RM6.25 |
Pertama kali Nina rasa gigitan pertama Pretzel dari Pretz n Beanz ni hati Nina melompat girang.
Prizel Basil Cheese – RM7.30 |
Sapa sangka doh Pretzel sedap dijadikan pizza. Lembut…
Memang terasa perbezaan kesedapannya ngan pizza yang biasa kita makan. Walaupun Nina antara menggemar pizza di pasaran, namun doh Pretzel Pizza ini telah mengusik selera Pizza Nina sebelum ini. Ternyata sedap! Tak mampu Nina menidakkannya…
Pretzel Pizza Hawaian Chicken (10″) – RM22.15 |
Pretzel Pizza Hot Pepper Chilli Chicken (7″) – RM15.80 (sedap, tak pedas sangat pun) |
Pretz n Stew Chicken Green Curry ni menepati selera Nina. Memula Nina cecah pretzel ngan kuahnya, pastu cecah lagi, makan lagi …. rasa lak ayamnya. Lembut dan cukup empuk. Makan lagi, cecah lagi dengan pretzel dan lagi dan lagi . . .. #Ehh… Lupa lak nak bagi kengkawan rasa! hahaha .. . .
Memang sedap wei~ Recomended. Tak sangka Pretzel gebus ni match lak ngan green curry. Nasib baik laaa hidang 2 aje pretzel untuk Green Curry ni, kalau boleh bawak roti, mau sebuku roti pun Nina boleh belasah sorang! Harus cuba tau…
#ceehh ….. pesan lagi. Kuah dia sedap!
Pretz n’ Stew Chicken Green Curry – RM17.90 (sedap weii ….. suka sangat!) |
Champignon Baked Egg – RM17.90 |
Lepas ni bila senang Nina singgah lagi nak repeat order Green Tea Latte dan Piccollo Latte.. Rasa coffee yang not strong tapi tetap terasa keunikkan kopi nya. Wallaaa~~
Saya suka , saya suka ….!!
ikut arah jam / dari kiri jam 10 – Caffe Latte RM11.00 jam 12 – Green Tea Latte – RM11.90 (sedap….!!) jam 6 – yang ini Nina order… Piccolo Latte RM7.90 Suka! |
Dah selesai makan harus order dessert kan…..
Kami order yang pasti membuat uolls tenung lelama screen ni.
Sememangnya menggugat jiwa raga tatkala menikmati dessert Pretz n’ Beanz ni…
Kombinasi yang membunuh jiwa!
Choc cake bersama lava ganache coklat yang melimpah mengalir
Harus cuba!
Volcano Chocolate Cake With Ice Cream – RM 13.65 (upload ni pun leleh air liur) |
American Cheese Cake – olcano Chocolate Cake With Ice Cream – RM 13.65 (upload ni pun leleh air liur) |
Kat sini tak gitu, selesa aman tenteram
tetiba posing… amacam, boleh jadi model pizza tak?? Verangan! hahahaa. . . . |
Parking
Senang jer parking kat sini… Melambak! Masuk aje kat zone parking turun bawah pepandai laa cari yang kosong. Cuma kalau weekend memang agak padat. Tapi kena rajin round pusing pasti ada. Security pun kerap dok usha sekeliling.
Pembayaran auto ticket, sebelum keluar sila lah bayar dulu kot lupa lak nanti jenuh Q dah panjang kat exit buat kena marah orang nanti. Ya… sila take note ya!
Kalau tak pun, paling mudah guna aje Touch n Go. Baki kena minima RM15. Touch aje card dah settel.
Pretz n’ Beanz ini baru beroperasi dan so far ada 2 cawangan. Yang mula-mula buka di Solaris. Dengar citer akan ada beberapa cawangan tak lama lagi…
Sila laaa singgah dan nikmati hidangan mabeles terlajak gebus! Menepati citarasa Nina…
Recomended … Pretzel nya Nina bagi 5 Bintang!
Ini lah geng gosip yang lepak-lepak santai menceriakan petang sabtu Nina…
Makan, borak, makan, borak, makan sampai licin, borak, gelak, ketawa, gelak, ketawaaa…..
#Ehh ….. tetiba ada gegeran gempa bumi. Sapa gelak bawak Tsunami tuuu?? Eerkkk~~ tak sebut nama punnn hehee
Nanti kita repeat makan sini lagi ehh . . . . indahnya~
Tungler leh mkn best