As’salamualaikum dan Salam Sejahtera, Baru-baru ni Nina gi Tanah Rata, Cameron Highland. Banyak betul jagung kat sana. Biasa lah Cameron Highland kannn… Sinonim dengan strawberry. Tapi selain strawberry, ada pelbagai buah-buahan lain. Semuanya segar-segar. Resipi Bubur Jagung Keledek Sagu
Jagung pun ada. Macam-macam jenis lak tuu… Ada madu, mutiara dan lagi best jagung Cameron Highland ni sedap dimakan begitu saja. Tak payah rebus dulu pun sedap. Jagung madu dan mutiara makan mentah-mentah gitu pun sedap!
Asal ke sana nampak jagung, asal ke sini nampak jagung akhirnya Nina pun TERbeli. Cultures shocked konon! Beberapa longgok gak laaa kami borong. Geng yang belanja, dia bayarkan. Apa lagi borong selagi ada depan mata. HAhaaa..!!
Pas dah bahagikan tuk family sorang sikit, ada baki kat rumah Nina bikin bubur. Sebelum ni dok buat Bubur Jagung Barli . Rupanya letak keledek dan sagu manis nya lagi menyelerakan.
Mmmm…. Kombinasi jagung sagu dan keledek. Memang layan makan bubur panas-panas. Lemak manis gitu. Seronok lak kejap lembut, kejap rangup jagung.
Ehh… sendiri buat, sendiri puji. Ahaks!
Dah, Jom intai resepi Nina. Mana lah tau kot boleh bagi idea kat uolls prepare dessert tuk petang ni….
Resipi BUBUR JAGUNG KELEDEK SAGU
Bahan-bahan
2 cawan jagung fresh (dibersihkan dan ambil bijinya sahaja)
4ketul keledek (size kecik) -dibuang kulit, potongan dadu
Secawan sagu -cuci bersih kemudian toskan
1 kotak kecil santan
500 ml air – kalau nak kuah lebih boleh lah tambah lagi …
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cara penyediaannya
1- Didihkan air dalam periuk. Masukkan keledek, rebus separa masak.
2- Bila dah separa empuk masukkan jagung, sagu dan gula, masak seketika hingga jagung lembut
3- Kemudian masukkan santan, tunggu hingga mendidih sambil kacau sentiasa.
4- Setelah mendidih, rasakan dengan garam secukup rasa (sikit jer – kang masin lak)
5- Tutup api dan sedia dihidangkan
ppssttt >>>> nak dimakan samada sejuk mahupun panas pun sedappp!
ikut citarasa masing-masing 🙂
Okies, selain jagung bahan asas bubur korang pun boleh mix match kombinasi bahan asas bubur. Keledek pun sesuai korang letak ChaCha + sagu. Nina dah pernah share Resepi Bubur ChaCha Keledek Manis buat juadah manisan berbuka puasa lepas. Sedap juga. Cuba lah!