Ehem ehemm.. Dapat banyak daging korban ke tuu? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kata pepatah orang tua dulu-dulu. Tapi berpada-pada lah, jangan tamak sampai terambil rezeki orang lain. Buat yang melaksanakan ibadah korban, bahagian sendiri hanya 1/3, tu pun dah macam banyak kann. Daging yang kita dapat bukan satu bahagian sahaja, bukan daging batang pinang je untuk kamu seorang ya, campur-campur bahagian so proses nak masak, lembutkan daging memang makan masa lama. Hari ni Nina kongsikan tips petua lembutkan daging dengan cepat. Semoga perkongsian nina sedikit sebanyak membantu urusan korang di dapur.
Pembahagian Daging Korban
Nina selitkan sikit perihal pembahagian yang afdhal bagi daging korban. Tidak dinafikan ada je segelintir kita yang tidak tahu atau pura-pura buat tak tahu hak masing-masing. Entah laa.. Namun sedia maklum ramai orang di Malaysia biasanya mengikut pembahagian daging seperti ini:
- 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli keluarganya;
- 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
- 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.
Ini pembahagian yang dilakukan oleh majoriti rakyat di negara ini. Walaupun ia boleh diikut, namun terdapat cara pembahagian daging lain yang lebih afdal.
Bagi mereka yang berkorban, ia paling afdal untuk mereka sedekahkan keseluruhan daripada korban tersebut dan hanya mengambil beberapa ketul atau suapan sahaja.
Ia juga disunatkan untuk memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran. Amalan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa baginda melakukan ibadah ini.
Pembahagian daging ini dilakukan seperti ini kerana ia boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri.
Pembahagian daging korban ini hanya untuk jenis korban yang sunat sahaja.
Bagi mereka yang melakukan korban wajib seperti korban nazar, ia wajib untuk menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.
Ok dah settel bab bahagian masing-masing, maka bahagian kita yang ada kena lah dijaga diuruskan sebaiknya agar tidak terjadinya pembaziran, kekufuran nikmat dari Allah.
DAGING LIAT ?
Makan daging adalah makanan sunah. Daging yang lembut, empuk memang sedap. Masak apa pun sedap! Tapi daging liat memang spoil mood nak makan. Bukan apa, nak gigit daging liat ni gigi pun boleh tercabut. Naya! Silap haribulan, sambil makan dok korek-korek isi daging yang terselit celah gigi. Malu je! Pastu lepas makan sakit gusi pulak yang datang. Gusi lenguh kunyah daging. Kalau budak-budak, mau depa kunyah-kunyah buang. Dah macam makan chewing gum gamaknya. Huhuu…
15 TIPS PETUA LEMBUTKAN DAGING DENGAN CEPAT
TIPS KE MITOS ?
MASUKKAN SUDU BERSAMA GARPU
Walaupun kedengaran pelik, inilah antara petua melembutkan daging yang paling top, mudah dan popular. Kiranya ini memang petua orang dulu-dulu.
Cuma letakkan sebatang sudu bersama garfu besi ke dalam periuk dan rebus bersama daging. Ada pesan kena letak sudu dan garfu baru mereka bekerjasama melembutkan daging. HEhee..
Memang cepat lembut, daging cepat empuk sebab dipercayai sudu ni dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Selain guna sudu besi / tembaga, ramai juga menggunakan sudu porselin / kaca. Secara sains nya, dipercayai sudu ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.
Nina sendiri gunakan tips petua dan cara ini, memang betul lembut dagingnya!
BIJI / BUAH KURMA
Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh empukkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan empuk lembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak. Bagi yang tak mahu ada rasa kurma dalam masakan, boleh gunakan bijinya saja.
Nina pun selalu guna tips ini dan memang menjadi dengan jayanya! Daging superb lembut dengan cepat dan lagi rasa daging lagi sedap, manis kurma meresap dalam daging.
BAKING SODA
Lepas potong nipis-nipis daging tu rendam je dengan Baking Soda dalam 15 minit, pastu bilas bersih-bersih. Cara ni sesuai untuk masak kicap atau yang resepi kena goreng dulu. Tak sesuai untuk masak rendang atau yang seangkatan dengannya.
Nina tak pernah cuba tapi ramai kengkawan pernah cuba dan bersetuju dengan tips ini. So korang boleh lah cuba.
CUKA
Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat.
LEMON / LIMAU NIPIS
Selain cuka, lemon atau limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh membantu melembutkan daging dengan pantas.
Caranya sama, perahkan ke dalam rebusan atau perapkan bersama daging selama beberapa jam / semalaman sebelum dimasak.
GULA BATU
Masukkan beberapa ketul gula batu ke dalam rebusan daging. Insha Allah, akan menjimatkan masa untuk daging masak dengan lembut. Mungkin kot jadi sebab method dia lebih kurang macam kurma.
DAUN BETIK MUDA
Ini tips petua orang lama. Katanya daun betik muda mampu empukkan daging dengan cepat.
Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik. Janji betik! InsyaAllah menjadi.
AIR KELAPA
Rebus daging dengan air kelapa, tak kira kelapa muda atau kelapa tua. Memana pun boleh, rebus dalam masa yang lama. Jika kering airnya tambah dengan air biasa. Tentu daging lebih empuk, lembut dan masakan daging lebih sedap.
GUNA MINYAK MASAK
Biasanya, bila nak melembutkan daging, orang akan rebus. Tapi petua ini berbeza kerana ia menggunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Panaskan. Kemudian masukkan daging. Air dari daging akan keluar sendiri. Guna api yang kuat. Kacau sekali sekala sahaja sampai air kering.
Tips petua empukkan daging dengan cepat
Bila air hampir kering, kacau banyak kali. Bila air kering, daging akan jadi lembut dan empuk. Memang mudah dan simple je. Lepas tu bolehlah masak daging tersebut mengikut cita rasa anda.
GUNA AIS
Cara ini sesuai dipraktikkan bila nak masak lauk berasaskan daging seperti sup daging atau sup tulang. Resepi goreng tak sesuai. Memang sekejap sahaja proses memasaknya. Caranya adalah
Rebus daging terlebih dahulu selama 20 -30 minit. Masa air tengah menggelegak, masukkan ketulan ais yang banyak! Kena banyak betul tau. Hasilnya, sekejap sahaja daging yang dimasak jadi empuk. Kemudian bolehlah ditambah bahan-bahan rencah sup yang lain, mengikut resipi masing-masing.
Ada yang dah cuba experiment guna ais katanya tak jadi punnnn! Huhuuu
PERAP TEPUNG GANDUM / TEPUNG JAGUNG
Perapkan daging bersama tepung gandum atau tepung jagung dalam 30 minit sebelum dimasak.
BUAH KERAS
Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk dan kuah akan rasa lebih sedap.
LAGI TIPS PETUA EMPUKKAN DAGING
METHOD 7557 no apa pulak ni? eerkk
MASAK 7 MINIT, 5 MINIT TUTUP, 5 MINIT BUAT 7 KALI
Method ni remeh sikit sebab korang kena dok depan dapur. Tak boleh pi memana. Sebab masa merebus kejap on kejap off api. Tapi why not, sambal menunggu tu tengok Kdrama pun sempat je.
Korang hanya perlukan 17 minit untuk lembutkan daging tanpa pressure cooker.
Caranya potong daging ikut citarasa. Masukan daging ke dalam periuk dan masukan air lebih sikit dari daging, letak garam sikit. Nyalakan api dapur, bila air dah mendidih, buang buih-buih daging yang naik tu. Kecikkan api. Tutup periuk tadi, kalau boleh penutup kaca, sebab mudah nak tengok kut luar.
SEPANJANG MASAK TAK BOLEH BUKAK PENUTUPNYA YEA!
Dengan api perlahan tu, masak selama 7 minit, pastu tutup api dapur, diamkan selama 5 minit.
Masak lagi 5 minit, tutup api, diamkan lagi 5 minit.
Masak lagi 5 minit, tutup api, diamkan 5 minit, baru bukak penutup periuk. InshaAllah daging dah lembut.
CARA MEMASAK / POTONG DAGING YANG BETUL
Akhir sekali, pastikan potong daging berlawanan dengan urat daging tu. Bila masak pula, pastikan periuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut.
Method paling senang tips petua lembutkan daging
Guna jer la PRESSURE COOKER!
Oopsss sorry! Terpaksa masuk list sebab ini paling cepat mudah
Masuk dalam periuk, tekan on, tak sampai 15 minit daging dah settle kelembutannya bak gadis desa. Lagi lama daging dok dalam periuk, boleh disiat-siat terus jadi serunding awak. Mudahnya hidup.
Jangan tanya brand apa, takmo selit nama sebab ini bukan content sponsor . HAhaa
Ada rekemen N0_ _A , ada kata AM_AY pun bagus, ada kata RUS__L pun ekonomi, tak kurang ada yang bilang P_RRY S__TH pun ok. Entah ler.. Sila sponsor baru kita citer. HAhaa
JANGAN PAKAI TIPS petua ini untuk lembutkan daging. BAHAYA!
Walau apa pun tips dan petua , boleh je cuba
Cuma amat lah TIDAK DIGALAKKAN atau omputeh kata straight to the point JANGAN letak sesuatu yang memudaratkan kesihatan. Contohnya ada tips suruh letak Panadol sebab kita semua sedia maklum Panadol tu kan ubat. Oh tidak!
Bahan yang terkandung dalamnya bukan untuk dimakan sesukahati tanpa pantauan doktor. Panadol bukan untul semua peringkat usia.
Bayangkan sup daging untuk baby yang makan. Apa kesannya Panadol yang masuk dalam badan baby? So cuba lah tips lain yang banyak dah Nina kongsikan. Bersederhana lah dalam apa jua yang kita lakukan.
13 Resepi daging yang sedap wajib cuba !
So dah tahu dah tips petua lembutkan daging boleh lah cuba pelbagai menu kegemaran seisi keluarga.
Nina yang baik hati kongsikan untuk korang 13 koleksi RESEPI DAGING yang sedap wajib korang cuba!
Tq share tips berguna ni..Yang selalu guna tips letak sudu..padahal ntah apa relevannya ntah