Tamat dah happy ending Drama BERI SEDIKIT WAKTU lakonan Zara Zya bergandingan bersama Aqasha. Drama yang cukup santai mengupas tentang penyakit OCD. Ya OCD boleh sembuh dengan jalani rawatan dari pakar. Kesinambungan slot Samarindra diteruskan dengan drama seram suspen Drama MISTERI MONA berkisarkan kehidupan pesakit mental. Bila cakap mental ni orang selalu andaikan orang gila.
Sesuatu yang menarik bakal dikupas tentang ikatan kekeluargaan, kasih sayang antara adik beradik, cinta tulus ikhlas seorang suami yang menjaga isteri sakit mental dan kecekalan seorang gadis terpaksa bekerja jaga pesakit mental demi kelangsungan hidup.
Sinopsis Drama MISTERI MONA
Mengisahkan Anom (Janna Nick) seorang wanita lemah lembut yang menghidap penyakit mental yang kronik. Trauma zaman kanak-kanak nya yang yang amat sadis. Bapa tiri yang panas baran selalu memukul mendera ibunya antara faktor Anom mengidap penyakit mental.
Anom mendapat rawatan dengan Dr Nadeem (Redza Rosli) dan kemudian berkahwin. Suaminya amat risau akan keadaannya Anom yang sering berhalusinasi tentang seorang wanita bernama Mona yang sering menghantuinya.
Dr Nadeem telah memberikan Anom segala ubat untuk membantunya mengawal kondisi halusinasinya, tetapi kerana pekerjaan Dr Nadeem yang terlalu sibuk, Nadeem mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya.
Anom sakit
Farah merupakan seorang gadis yang jujur dan rajin mula menjaga Anom kerana dirinya telah menganggur sekian lama setelah tamat pengajiannya. Pada mulanya Farah selesa menjaga Anom, sehingga suatu hari, Farah mula melihat keadaan Anom yang sebenar apabila Farah terleka untuk memastikan Anom mengambil ubatnya, lalu Anom meroyan pada malam itu. Farah teruk dimarahi Dr Nadeem dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Ketika keadaan semakin baik, dan Anom juga semakin rajin mengambil ubatnya, Anom mula menyatakan bahawa dia sering mendengar suara seorang wanita di loteng rumahnya, lalu menyiasatnya sendirian.
Hati-hati, bukan semua yang ada di depan kita itu benar
Misteri menghantui Farah
Tanpa diduga, tiba-tiba satu pesanan nota bertulisan tangan berada dalam handbag Farah. Farah cuba membandingkan tulisan tersebut dengan Dr Nadeem dan Puan Anom malangnya tidak sama! Farah mula mengesyaki sesuatu dan mula menyiasat misteri tersebut.
Hari demi hari, satu persatu kejadian yang terjadi dan semakin banyak misteri! Tentang Anom, Dr Nadeem dan rumah itu sendiri
Satu hari Farah terkejut apabila mendengar jeritan Anom lalu bergegas ke arah Anom. Ketika itu, sebuah kejutan besar buat Farah apabila Anom berkata,
“Aku dah lepaskan Mona……”
Siapa Mona?
Adakah Dr Nadeem tahu kewujudan Mona di loteng selama ini?
Mungkinkah Farah mangsa Dr Nadeem seterusnya?
Jeng jeng jengggg… Drama MISTERI MONA ni agak seram dan suspen!
Nina dah tonton 2 episod dan sukakan kelainan slot Samarinda kali ni. Idok ler dok kisah cinta, kawin paksa, scandal sana sini, rebut harta dan kebanyakkan drama cliche. Tapi tetap gak tonton Drama Sangat! HAhaaa
Hebat lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Elisya Sandha. Sinematografi nya cantik! Nina suka..
Episod akhir MISTERI MONA
Cer tonton! Best ke best kannnn??
Drama genre psiko thriller arahan Amor Rizan. Ditayangkan pada bulan Disember 2020.
JUDUL : MISTERI MONA
EPISOD : 8
TARIKH TAYANGAN : Disember 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Aquila Emas Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Redza Rosli, Elisha Sandha, Ruzana Ibrahim, Zizan Nin, Zarynn Min, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syed Irfan, Alif Hadi, Syafi Tee, Siti Aishah Bujang, Amir Rahim
WATAK PELAKON MISTERI MONA
Janna Nick sebagai Anom
Redza Rosli sebagai Dr Nadeem
Elisha Sandha sebagai Farah
Ruzana Ibrahim sebagai Mona
Zizan Nin sebagai Razlan
Zarynn Min sebagai Laila
Ainin Batrisya sebagai Anom
Duerra Mitilda sebagai Mona
Lagu OTS Drama MISTERI MONA
Lagu pembukaan : Suatu Pernah – Fynn Jamal
Lagu penutup : Misteri – Openg
Sejujurnya memang match betul lagu Fynn Jamal ni dengan drama MISTERI MONA
Dengan intonasi, bait lirik, suara Fynn Jamal bagaikan satu aura buat drama ini. Ada laa rasa macam seram seram sikit. Cer dengar https://youtu.be/YlBa9TSkICE
Setuju tak? Huhuuu . . .
Lirik Lagu Suatu Pernah Fynn Jamal
Habis sudah madah
Tak ada satu pun yang tertinggal
Setiapnya telah kau ambil dan terus engkau jual
Seolah tak pernah memakna apa
Seolah tak pernah kau inginkannya
Seolah tak pernah
Dikutipku bila sudi
Dibila tidak, dibiar mati
Dan lebih menyakitkan
Kutetap tunggu di tepi jalan
Seperti tak pernah ku ada harga
Seperti tak pernah kita bersama
Seperti tak pernah kau mahu aku
Tak pernah rindu, tak pernah rayu dulu
Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Suatu yang pernah
Yang pernah
Terlebur hancur kebal rusukku
Berkecai sepai, terpecah belah
Terima kasih atas ajarmu
Cinta tak wujud
Ah tak pernah
Dan dengarkan jeritku
Jujur tak terfitnah
Kau hanya bagiku
Suatu yang pernah
Korang dah tonton? Best tak . . .
Berdebar-debar jer nonton kannn? Sesekali layan drama grene psiko thriller gini syok gak!
btl2 mistri ni k.nina..:)