• Tentang Nina
  • Contact
  • Arkib
  • Disclaimer

Nina Mirza

Recipe & Review by Nina

  • Home
  • Resepi
  • Review
  • Parenting
  • Travel
  • Personal

Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA TV3. Obsesi memusnahkan segalanya!

January 3, 2021 by Nina Mirza 2 Comments

Tamat sudah Drama grene psiko thriller yang menarik perhatian ramai, DRAMA MISTERI MONA lakonan Janna Nick, Redza Rosli dan Elisha Sandha. Walaupun drama ini hanya 8 episod namun olahan menarik part kesinambungan setiap episod membuatkan penonton tertunggu tunggu apa akan jadi episod seterusnya. Masa nonton hati ni dok berdebar-debar, seriau jer .. Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA

Mana yang terlepas Drama Misteri Mona, rekemen korang tengok jangan tak tengok. Memang superb best drama ni. Berkisahkan personaliti disorder . Kena tonton baru dapat faham dan selami apa yang depa rasakan.

Next slot Samarindra di hiasi dengan Drama BOUGAINVILLEA gandingan lakonan hebat Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana. Semuanya dah agak lama tak muncul di kaca TV tapi memasing punya aura yang tersendiri.

Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA

Sinopsis DRAMA BOUGAINVILLEA

Mengisahkan kehidupan Aryanna (Intan Ladyana) dan Adrian (Beto Kusyairy) yang bahagia bersama anak-anaknya. Adrian seorang arkitek yang berjaya namun beliau sangat workaholic! Sentiasa sibuk dengan kerja nya aje.

Namun Aryanna sangat memahami kesibukan suaminya itu walaupun adakalanya dia terasa hati dengan Adrian. Banyak tugasan anak-anak Aryanna yang uruskan dan dia melaksanakannya dengan sempurna.

Bibah (Ziema Din) dan Mimie (Nora Danish) tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie mempunyai seorang kawan baik, Ali (Ameerul Asyraf) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya yang boleh memberinya keselesaan dan kesenangan. Ianya turut disokong oleh mak ngah nya, Bibah.

Mimie juga sangat mengagumi keluarga Adrian dan Aryanna. Baginya keluarga itu begitu sempurna dan sepadan sangat. Hazira (Hanna Aqeela) pula kawan Aryanna daripada zaman kolej. Dia sangat rapat dengan keluarga Adrian dan anak-anak Aryanna serta bebas untuk keluar masuk ke rumah pasangan itu.

Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji apabila suatu hari Aryanna kemalangan dan tidak sedarkan diri ketika pulang daripada medical checkup. Atas nasihat ibu dan mertuanya, Adrian kemudiannya telah mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna demi keperluan dan kebajikan anak-anaknya.

Kebetulan pula Mimie baru sahaja berhenti kerja. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie itu amat menyenangkan Adrian tetapi segala-galanya berubah selepas itu.

Sikap Adrian yang penyayang, baik, lembut dan setia terhadap isterinya telah menambat hati Mimie. Dia mula jatuh cinta dan berusaha menjadikan Adrian miliknya. Bermula laaa obsesif Mimie pada Adrian.

Mereka akhirnya ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie yang tidak berpuas hati kemudiannya berusaha mencari jalan untuk memisahkan mereka.

Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA

Suatu hari, Aryanna tersedar daripada koma dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang begitu obsesif terhadap suaminya dan berbahaya.

Apa yang berlaku seterusnya?
Sampai bila Aryanna berpura-pura hilang ingatan?
Mampukah Adrian mengotakan janji nya pada Aryanna setia hingga hujung nyawa?
Apakah Hazira benar-benar ikhlas berkawan baik dengan Aryanna?
Apakah yang Mimie lakukan bila mengetahui kebenaran tentang Aryanna?

Banyak nau dok konflik!
Kupasan menarik antara cinta, kasih sayang, curang, ujian perasaan antara suami isteri, kawan baik dan sikap obsesif yang keterlaluan hingga memusnahkan segalanya. Stay tune!

JUDUL : BOUGAINVILLEA
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 28 Disember 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASALL : Raja Azidah 
PENULIS SKRIP : Lynnda Sharudin
PENGARAH : Ayie Mustafa
PRODUKSI : Sha’s Media Sdn Bhd
PELAKON : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah

WATAK PELAKON
Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie 
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief

LAGU TEMA (OST) Boneka – Ernie Zakri 

Kita mencintai seseorang bukan kerana dia sempurna tapi kita kena belajar memahami dan melengkapi ketidaksempurnaan dia – Aryanna

Kot korang terlepas episod, dont worry! Korang boleh marathon tonton Online Drama Bougainvillea secara percuma di aplikasi iQIYI

Share this:

  • Facebook
  • WhatsApp
  • Twitter
  • Pinterest

Filed Under: Drama Movie, Personal, Review Tagged With: Beto Kusyairy, Drama 10pm, Drama best, Drama Info, Drama sangat, Drama TV3, Hanna Aqeela, INFO DRAMA TERKINI, Intan Ladyana, iQIYI, Nora Danish, Sinopsis Drama, Sinopsis Drama BOUGAINVILLEA, Tonton Drama Online

  • Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
    Resipi MUFFIN paling Mudah Sedap menu kudap cepat siap sesuai untuk sarapan atau minum petang
  • MISS MATCH drama komedi  cari jodoh di WeTV Malaysia
    MISS MATCH drama komedi cari jodoh di WeTV Malaysia
  • Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
    Idea Menu Sarapan Minum Petang Resipi JEJARI KENTANG KRISPI Mudah
  • Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir  Syirik
    Sinopsis Drama AKU YANG KAU GELAR ISTERI Seram! Realiti tentang Susuk Sihir Syirik
  • Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
    Episod AKHIR TAKDIR YANG TERTULIS plot twist sangat!
  • Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
    Stress dengan Kelas PdPR! Silibus ke laut dalam dah ni...
  • TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu  . . . .
    TIPS renovation ubahsuai rumah yang korang kena tahu . . . .
  • Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli Disokong TESCO dan JAKOA



Trackbacks

  1. Sinopsis Drama HADIAH DARI TUHAN - Nina Mirza says:
    January 8, 2021 at 9:44 pm

    […] confirmkan dan update sini yaaa. Stay tune!Pas drama ni, marathon tonton drama trending jam 10pm BOUGAINVILLEA lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana. Best drama […]

    Reply
  2. Sinopsis Drama TAKDIR YANG TERTULIS TV3 Full Episod Akhir says:
    January 26, 2021 at 8:09 pm

    […] sudah drama best trending BOUGAINVILLEA lakonan Nora Danish, Beto Khusyairi dan Intan Ladyana. Tak dinafikan barisan pelakon drama ni […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


CARIAN

 

Social Media

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • YouTube

Kelab Blogger Ben Ashaari

BACA NI LAK!

  • Laman Basikal di Taman Tasik Seremban semakin menarik !
    By : Ben Ashaari
  • 20 SOP JEMAAH WAJIB PATUHI SEKIRANYA IBADAH UMRAH DIBENARKAN KEMBALI
    By : Saidila Lifestyle
  • RESIPI LAKSA LEMAK
    By : Tiffin Biru
  • Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?
    By : Hafiz Rahim
  • Teringin Nak Bercuti ke Pulau Pinang!
    By : Mama Kembar Tiga
  • BANTUAN KHAS ANIS DIBUKA UNTUK PERMOHONAN
    By : YB Shehan
  • Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    By : Sohoque

Archives

© 2021 · NinaMirza.com · Setup by Hafiz Rahim & eXplorasa