Akhirnya tamat sudah drama trending HATI YANG TERSAKITI . mencarinyaMenarik nya drama ini tidak lah ending cliche seperti drama lain mesti nak happy ending. Sebaliknya episod akhir Drama Hati Yang Tersakiti agak tergantung endingnya. Sinopsis Drama BERI SEDIKIT WAKTU mengganti slot Samarinda TV 3 lakonan Zara Zya dan Aqasha ini lebih santai, relax, sedikit komedi.
Akan tetapi, sebagai penonton Nina berpuashati! Sebab Mona berjaya jadi self fish mempertahankan maruah diri dia sendiri dari diperkotakkatikkan oleh insan yang dia sayangi. No More! Yelah, sebelum ni terlalu baik sampai biarkan diri dia disakiti. Kadang kala berbuat baik tak berpada-pada memang memakan diri. Banyak pengajaran dari drama ini sebenarnya.
Sinopsis Episod Akhir Drama HATI YANG TERSAKITI
Akhirnya Farah meninggal sakit kanser sewaktu melahirkan anak Haris. Sengaja dia tipu Haris kata anak Ihsan. Baik nau lak Ihsan ni.. Sian dia!
Agak lama Haris nak move on dan kemudian mula redha dan meneruskan kehidupan nya tanpa jemu setiap hari Haris hantar video pada Mona dengan harapan terbuka hati Mona untuknya.
Selepas kematian Farah, Ihsan berjumpa Farah menyampaikan amanah Farah mahu Mona menjaga anaknya dan dia mahu anaknya nanti menjadi sebaik Mona kelak. Walaupun berat menerimanya, Mona akur …
Tak lama kemudian, terbuka hati Mona menemukan Haris dengan anak mereka. Dalam kegembiraan, Haris terkejut bila Mona memperkenalkan lagi seorang bayi – anak Haris bersama arwah Farah. Mona nekad membesarkan kedua-duanya dan antara Mona dan Haris biarlah jodoh yang menentukan segalanya….. Kira ok laa endingnya kannn?
Sinopsis Drama BERI SEDIKIT WAKTU
Okies! Dan slot Samarindra seterusnya dihiasi dengan Drama BERI SEDIKIT WAKTU lakonan Zara Zya bergandingan dengan Aqasha. Eermm… Dah lama Aqasha tak muncul kann? Suka lakonan beliau.Last tengok lakonan Aqasha dalam Drama IRONI KASIH bergandingan dengan Intan Najuwa.
Dan lakonan Zara Zya memang best! Drama SEADANYA AKU bersama Azlee Khairi. Ramai tak sabar nak tonton gandingan Zara Zya bersama Aqasha . Adakah mereka punya chemistry? Kedua-duanya punya lakonan superb natural.
Kisah Hananiah yang lurus lakonan Zara Zya
Mengisahkan perjalanan hidup Hananiah (Niya) lakonan Zara Zya yang telah berkahwin dengan pilihan hatinya Farhan lakonan Shahz Jaszle. Pada mulanya kehidupan mereka bahagia seperti pasangan lain.
Mereka berdua berkahwin pada usia yang muda. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman.
Namun tanpa diduga sesuatu terjadi mengubah keseluruhan hidup Niya.
Farhan telah menceraikan Niya dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya.
Farhan pulang ke rumah ibunya, Puan Faridah dan memberitahu kisah yang tidak benar. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu. Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).
Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong. Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya.
Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada En. Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan.
Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya dan anaknya tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya.
Mampukah Hananiah mengadap En. Imran , bos yang OCD Perfectionist, cepat marah, cerewet sangat segala hal
Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik. Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran.
Selain mudah panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu.
Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman. Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi.
Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf.
Dalam pada itu, Farhan meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya. Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut.
Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?
Mampukah Niya kembali bahagia?
Sempurna kah En. Imran untuk Niya?
Apakah yang terjadi setelah Niya tahu kebenaran sesuatu yang disembunyi En. Imran?
Alamak! Dah happy-happy dah jumpa En.Imran, sekali ada lagi dugaan hebat perlu ditempuhi oleh Niya. Hurmm . . . Dah nama pun drama iyer tak? Sila laa stress dan nikmati drama ini.
Sinopsis Full Episod hingga Akhir Drama BERI SEDIKIT WAKTU
Episod 1
Hananiyah menanti kepulangan Farhan untuk menyambut hari jadi Farhan sehingga tertidur. Keesokannya, Farhan masih belum pulang.
Episod 2
Hananiyah mendapat notis bahawa rumahnya kini dilelong. Farhan sudah lama tidak membayar duit rumah. Malah, Ahlong mula datang menuntut hutang Farhan.
Episod 3
Hanya dalam satu malam tanpa disangka, Farhan menceraikan Hananiyah dan meninggalkannya dengan alasan dia tidak dapat hidup bersama wanita itu lagi.
Seterusnya akan Nina update dari hari ke hari sampai Episod Akhir Drama Beri Sedikit Waktu ni ehh . . . Stay Tune!
Nantikan drama bersiri ‘Beri Sedikit Waktu’ gandingan Aqasha dan Zara Zya di slot Samarinda TV3. Drama arahan Zamri Zakaria, terbitan Suhan Movies & Trading.
JUDUL : BERI SEDIKIT WAKTU
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2020
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
IDEA ASAL : Insheera Nordin
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
PENGARAH : Zamri Zakaria
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir
Nah … korang layankan Disebalik tabir Drama BERI SEDIKIT WAKTU
WATAK PELAKON Drama BERI SEDIKIT WAKTU
Aqasha sebagai Imran
Zara Zya sebagai Hananiah
Shahz Jaszle sebagai Farhan
Farisha Irwayu sebagai Sofia
Man Raja Lawak sebagai Nasir
Rayyan Iman sebagai Lukman
Ain Sufia sebagai Elly
Ummar Dzariff sebagai Imran
Aryana Amani sebagai Sofea
Throw on some ballet flats and grab a small handbag for a simple daytime look.
Tie it just below your waist and above your hips to create an hourglass shape for your figure.